MATTA FAIR.. industri berbilion ringgit..

No automatic alt text available.

MATTA FAIR

This is billion industry
Akan tetapi kita belum kuat menguasainya dengan lebih luas dan menguasai pasaran yang cukup bernilai dalam membangunkan ekonomi negara dan ummah.

Perlu lebih ramai usahawan Muslim meneroka industri pelancongan ini dengan lebih luas dan kukuh
Bukan sekadar industri umrah malah kita perlu besarkan lagi jaringan bisnes Muslim Travel bersama rakan muslim kita dari seluruh pelusuk dunia



Di MATTA FAIR 2017 di PWTC ini amat jelas sekali penguasaan industri pelancongan di negara ini oleh kaum Cina yang dilihat begitu agresif merebut peluang dan potensi yang amat besar ini.

Mereka bersungguh merangka strategi dan promosi serta menjalinkan hubungan yang baik dengan semua agensi pelancongan besar di seluruh dunia bagi menguasai pasaran pelancongan yang mana ia telah menjadi satu trend atau aliran dan keperluan kepada kehidupan kita masa kini.



Agensi-agensi pelancongan Muslim dilihat masih terpinggir dalam menawarkan pakej-pakej hebat dan menarik berbanding agensi-agensi besar sedia ada yang menawarkan pakej yang hebat, lengkap dan menarik.

Sebenarnya pasaran pelancongan amat besar dan luas dan banyak lagi pasaran pelancongan yang menarik belum diterokai dan menjadi kelebihan kepada agensi Muslim untuk terokainya seperti pasaran di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Yaman, Tunisia, Maghribi, Kazakhstan, Azerbaizan dan lain-lain lagi yang sepatutnya memberi kelebihan kepada usahawan Muslim danlam menjalinkan hubungan niaga sesama Muslim.

Begitu juga pasaran di negara bukan Islam tetapi mempunyai komuniti Muslim yang ramai seperti Xian, China, Mongolia, atau di mana-mana sahaja. Itu belum lagi menerokai pasaran pelancongan dimana tempat-tempat yang pernah di sebut di dalam AL Quran dan juga tempat-tempat sejarah Nabi dan Rasul A.S.
Ayuh luaskan dan besarkan jaringan kita dalam industri pelancongan ini dan sememangnya ia adalah industri yang bernilai berbilion Ringgit.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog