Posts

Showing posts with the label ekonomi

MATTA FAIR.. industri berbilion ringgit..

Image
MATTA FAIR This is billion industry Akan tetapi kita belum kuat menguasainya dengan lebih luas dan menguasai pasaran yang cukup bernilai dalam membangunkan ekonomi negara dan ummah. Perlu lebih ramai usahawan Muslim meneroka industri pelancongan ini dengan lebih luas dan kukuh Bukan sekadar industri umrah malah kita perlu besarkan lagi jaringan bisnes Muslim Travel bersama rakan muslim kita dari seluruh pelusuk dunia Di MATTA FAIR 2017 di PWTC ini amat jelas sekali penguasaan industri pelancongan di negara ini oleh kaum Cina yang dilihat begitu agresif merebut peluang dan potensi yang amat besar ini. Mereka bersungguh merangka strategi dan promosi serta menjalinkan hubungan yang baik dengan semua agensi pelancongan besar di seluruh dunia bagi menguasai pasaran pelancongan yang mana ia telah menjadi satu trend atau aliran dan keperluan kepada kehidupan kita masa kini. Agensi-agensi pelancongan Muslim dilihat masih terpinggir dalam menawarkan pakej-pakej h...

Terengganu Optimis Capai 5 Juta Pelancong

Image
comotdomot.blogspot.com Terengganu optimis bakal mencapai sasaran kehadiran pelancong sehingga 5 juta menjelang akhir tahun ini, berikutan statistik Kedatangan pelancong asing menunjukkan peningkatan seramai 2.4 juta melawat negeri ini dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Statistik menunjukkan seramai 2 juta pelancong direkodkan melawat Terengganu dalam tempoh sama tahun lepas. Pengurus Kanan Tourism Terengganu, Ishamudin Hashim berkata, rekod kedatangan pelancong menunjukkan kenaikan seramai 400,000  berbanding tahun lepas memberikan gambaran jelas yang kita mampu mencapai sasaran yang ditetapkan, 5 juta pelancong menjelang akhir tahun ini. Ishamudin berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media selepas merasmikan majlis penutup Kursus “We are the host” yang berlangsung di Hotel Permai Inn, baru-baru ini. Kursus sehari, yang melibatkan pengayuh teksi roda tiga, pemandu kereta sewa lapangan terbang, artis budaya SUKTRA dan artis budaya Jabatan k...

Idea menarik: Mat Periuk tawar bufet serendah RM10 seorang

Image
BAGI  yang mencari hidangan berbuka ekonomi, namun masih menyelerakan, mungkin boleh cuba bufet Ramadan yang disediakan di MatPeriuk di Kampung Tersusun Tasek, Bercham, di sini. Dengan caj hanya RM10 seorang, MatPeriuk yang diusahakan oleh adik beradik ini tampil dengan kelainan dari segi pilihan hidangan untuk menarik perhatian pengunjung. Pengurus Operasi, Rafizatul Fairos Che Rose, 32, berkata, dengan harga serendah RM10, pengunjung boleh menikmati pembuka selera, pemanis mulut, aneka sup dan minuman dengan lebih 10 pilihan menu. “Ini percubaan pertama kami memandangkan restoran ini baru sahaja dibuka. Alhamdulillah sambutan diterima sangat menggalakkan. Ramai yang bersetuju dengan pilihan hidangan yang ditampilkan,” katanya. Mat Dengan RM10, pengunjung boleh nikmati rojak buah, salad, kuih muih, bubur, kek, buah-buahan, sup daging, sup ayam dan sup cendawan. Rafizatul berkata, terdapat juga hidangan ala carte yang menampilkan lebih 13 menu masakan Melayu dan Barat dengan har...

Hasil Laut sebagai sumber rezeki di Merang, Setiu, Terengganu

Image
REZEKI...seorang nelayan, Mat Isa Said sedang mengangkat temerang yang ditahannya bagi menangkap ikan kerapu di Pantai Merang, Setiu, kelmarin. Mat Isa yang bekerja sebagai nelayan sejak lebih 20 tahun itu memperolehi sebanyak 400 dan 500 ekor anak ikan kerapu setiap kali dia mengangkat temerang yang ditahannya. Mat Isa berkata, hasil tangkapanya itu dijual kepada penternak ikan kerapu dengan harga sekitar 15 sen seekor dan mampu memperolehi pendapatan antara RM50 dan RM60 sehari. Banyak...Isa menunjukan anak ikan kerapu yang ditangkapnya. Menurutnya, anak ikan kerapu ini ditangkap dengan cara merendamkan daun pokok celorang atap ke dalam laut selama sehari. "Daun itu diikat sebanyak kira-kira 15 berkas dalam satu tali panjang yang disebut temerang yang menjadi tempat anak ikan kerapu berlindung. "Kemudian daun ini akan digoncang untuk mengeluarkan ikan kerapu yang terlekat pada daun itu ke dalam bekas berjaring sebelum dialihkan ke dalam bekas yang mengandungi oksig...

Bengkel hala tuju 2014-2018, perkasa sektor pelancongan negeri Terengganu

Image
www.trekearth.com Oleh: Aida Abd Rahman Kerajaan negeri melaksanakan bengkel hala tuju pembangunan pelancongan dan kebudayaan bagi tempoh lima tahun untuk menghasilkan input terbaik memperkasakan sektor itu di Terengganu. Program tiga hari yang menghimpunkan agensi dan penggiat pelancongan seluruh Terengganu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Pengurus Kanan Unit Pelancongan negeri, Haji Ishamudin Hashim, berkata hasrat dan sasaran utama bengkel itu bagi mencari pendekatan serta mekanisme terbaik bagi perancangan strategik portfolio pelancongan serta kebudayaan.  "Bengkel ini dijadikan medan perbincangan serta percambahan fikiran bagi mewujudkan hala tuju pembangunan pelancongan dan kebudayaan yang baru bermula 2014 hingga 2018, selain menambah baik idea-idea daripada hala tuju terdahulu. “Perbincangan bengkel itu turut mmefokuskan perancangan strategik sekto...

Pengunjung blog