Posts

Showing posts from March, 2018

Citizen Scientist atau Saintis Komuniti buat YM Tengku Azam Tg Mat daripada Universiti Malaysia Terengganu

Image
sumber: utusan online Admin mengucapkan tahniah kepada YM Tengku Azam Tg Mat di atas penganugerahan 'Citizen Scientist' atau Saintis Komuniti oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Lebih dikenali sebagai Ayahku adalah seorang yang bergiat aktif terutama dalam menjaga pemuliharaan Setiu Wetland dengan begitu bersungguh bagi memelihara kesinambungan warisan  dan kehidupan tradisi samada dalam memastikan alam sekitar terjaga dan dalam masa yang sama penduduk dapat mencari rezeki dengan baik selain mengekalkan kelestarian alam untuk generasi masa depan. Melalui Sahabat Alam Yah Ku menyumbangkan khidmat bakti kepada komuniti dan juga dunia akademik di lapangan. Amat besar sumbangan Ayahku kepada Setiu Wetland dan komuniti setempat. Penuh pengalaman dan cerita serta sejarah setempat dan Ayahku amat rapat dengan perubahan yang berlaku disekeliling Setiu Wetland. Sekalung perhargaan Admin buat Ayahku Teng Ku Azam di atas sumbangan beliau kepada komuniti dan Setiu Wetl...

Rakyat malaysia ranking kedua dunia mainan 'CANDY CRASH' hebat....

Image
Rupanya rakyat Malaysia antara ranking tertinggi dalam mainan yang amat popular pada satu ketika dahulu iaitu 'CANDY CRASH' atau mainan gula-gula warna warni dengan mainan di tahap 3136. Menduduki tangga kedua dunia dan pertama di Malaysia. Memang hebat. Admin sendiri tersangkut di tangga 460++ dah lebih setahun dan masih tersangkut ... Tak sangka genius game ni pun bukanya budak-budak, tetapi otai dan bapak budak. Anda pula di tangga ke berapa... sumber: siakap keli #setiupost #terengganumyheritage #candycrash

Ekspo Terengganu 2018 dilanjutkan sehingga esok 4 Mac 2018

Image
KUALA NERUS - Waktu pameran Ekspo Terengganu 2018 yang sepatutnya berakhir 10 malam ini akan dilanjutkan sehingg a 6 petang Ahad. Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat di negeri ini untuk mengunjungi ekspo terbesar yang pernah dianjurkan itu. "Sehingga semalam, ekspo ini telah menerima lebih daripada 420,000 pengunjung dari seluruh Terengganu sekaligus mencapai target yang kita sasarkan iaitu 400,000. "Jadi, saya ingin umumkan yang ekspo Terengganu akan dilanjutkan sehingga 6 petang esok supaya lebih ramai rakyat datang melihat sendiri kemajuan dan pembangunana di negeri ini, katanya pada majlis penutup Ekspo Terengganu di pekarangan Kompleks Sukan Gong Badak, di sini sebentar tadi.

Anda Perlu Tahu... Hak anda sebagai pekerja

Image
Apabila syarikat mahu buang pekerja (retrenchment) kerana masalah kewangan, ini yang anda perlu tahu. Last in, First out (LIFO) adalah satu prinsip di mana maji kan perlu mengutamakan pekerja yang lebih senior daripada pekerja yang lebih junior untuk diberhentikan. Majikan perlu membuang pekerja asing terlebih dahulu dan pekerja tempatan kemudian. Keutamaan perlu diberi kepada pekerja tempatan lebih dari pekerja asing. Ini diperuntukkan di dalam seksyen 60N, Akta Kerja 1955. Pampasan saguhati. Bagi pekerja yang telah berkhidmat selama 1-2 tahun, jumlah pampasan MINIMUM yang telah ditetapkan oleh Akta Kerja adalah 10 hari gaji bagi setiap tahun (10 hari x tahun khidmat). Bagi pekerja yang telah berkhidmat dalam tempoh 2-5 tahun, jumlah minimum adalah sebanyak 15 hari gaji bagi setiap tahun. Manakala bagi pekerja yang telah berkhidmat selama lebih dari 5 tahun, jumlah pampasan adalah sebanyak 20 hari gaji bagi setiap tahun kerja. “Saya dah terima pampasan, tapi saya da...

Bayi kembar lahir hanya kepala tanpa badan di Tawau meninggal dunia

Image
TAWAU – Saya redha dan ini kuasa Allah, itu antara luahan seorang bapa, Nelson Ahajul 33 tahun, apabila menerima bayi kembar perempuan yang seorangnya dalam keadaan sempurna manakala seorang lagi tidak normal. Kembar yang lahir selang masa 2 minit itu, hanya dalam bentuk kepala, mempunyai rambut, serta mulut dan mata yang juga tidak sempurna. Menurut Nelson, anak pertamanya lahir kira-kira pukul 2 pagi disusuli anak yang kedua, 2 minit kemudian, bagaimanapun anak kedua mereka tidak sempurna kerana hanya memiliki kepala, mulut, mata dan rambut. Ketika ditemui pemberita RTM di rumahnya di Kampung Baru Batu 4 Jalan Apas Tawau, Nelson menceritakan detik kelahiran anak kembarnya. “Kami tidak sedar, lepas tu macam kata bidankan, dia cuci dia mau tau benda tu apa, pagi baru saya tau, macam mana, kira budak juga kan, “katanya Menurut Nelson, sejurus selepas dilahirkan, bayi malang itu disahkan oleh imam sudah tidak bernyawa. Sehubungan itu, bayi tersebut akan dikebumikan di tanah...

Pengunjung blog