iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Saturday 3 March 2018

Anda Perlu Tahu... Hak anda sebagai pekerja


Image result for akta kerja
Apabila syarikat mahu buang pekerja (retrenchment) kerana masalah kewangan, ini yang anda perlu tahu.
Last in, First out (LIFO) adalah satu prinsip di mana majikan perlu mengutamakan pekerja yang lebih senior daripada pekerja yang lebih junior untuk diberhentikan.
Majikan perlu membuang pekerja asing terlebih dahulu dan pekerja tempatan kemudian. Keutamaan perlu diberi kepada pekerja tempatan lebih dari pekerja asing. Ini diperuntukkan di dalam seksyen 60N, Akta Kerja 1955.
Pampasan saguhati.
Bagi pekerja yang telah berkhidmat selama 1-2 tahun, jumlah pampasan MINIMUM yang telah ditetapkan oleh Akta Kerja adalah 10 hari gaji bagi setiap tahun (10 hari x tahun khidmat).
Bagi pekerja yang telah berkhidmat dalam tempoh 2-5 tahun, jumlah minimum adalah sebanyak 15 hari gaji bagi setiap tahun.
Manakala bagi pekerja yang telah berkhidmat selama lebih dari 5 tahun, jumlah pampasan adalah sebanyak 20 hari gaji bagi setiap tahun kerja.
“Saya dah terima pampasan, tapi saya dapati syarikat tak adil dalam proses pembuangan kerja. Boleh ke saya ambil tindakan ke atas syarikat walaupun dah terima pampasan?”
Jawapannya boleh! Walaupun pekerja sudah terima pampasan tapi dalam masa yang sama tidak berpuas hati dengan syarikat kerana proses ‘retrenchment’ tidak adil atau sebab lain, pekerja masih boleh membawa syarikat ke mahkamah dan menuntut sehingga 24 bulan gaji sebagai ganti rugi. Prinsip ini telah diputuskan di dalam kes Fong Yoke Heong (2008) 2 LNS 770.
Majikan yang memberhentikan pekerja atas sebab ia tidak lagi praktikal kepada syarikat dari sudut kos operasi dan masalah kewangan, perlu lah membuktikan di mahkamah dengan membawa bukti yang kukuh.
Majikan tidak boleh sewenang-wenangnya membuang pekerja atas alasan di atas tanpa bukti yang kukuh. Jika alasan yang diberikan tidak memuaskan mahkamah, mahkamah boleh memberikan pampasan kepada pekerja dengan jumlah yang lebih besar lagi daripada jumlah pampasan yang diterima pekerja dari syarikat.
sumber: FB Wan Shahrin

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog