Posts

Showing posts with the label Jerteh

Nasi Sup dan Daging serta ayam bakar yang menyelerakan di Kg Cherang Meliling, Jerteh, Besut, Terengganu

Image
  Bagi yang suka menu ringkas untuk makan tengahari boleh mencuba di Anjung Dinaa Selera Mesra berhadapan SK Alor Keladi. Dengan Menu Daging Bakar, Ayam Bakar, Ikan Bakar serta sup samada sup tulang atau sup perut bersama nasi sudah memadai untuk selera tengahari. Yang pasti semuanya sedap dan menyelerakan. Harga pun berpatutan.  Dibuka bermula jam 11.00 tengahari hingga habis sekita jam 4.00 petang dan sentiasa menjadi tumpuan pengunjung walaupun berada sedikit keluar dari bandar Jerteh. Rasa daging dan ayam bakarnya cukup sempurna rasa dan dipadankan dengan sup panas memang menambat selera. Jika anda dari Jerteh, ia terletak di sebelah kiri jalan berhadapan dengan SK Alor Keladi.

Sedap sungguh Aiskrim Gula Aren IKIYO ni...

Image
  Memang sedap sungguh Aiskrim Gula Aren IKIYO ni, rasa sekali dah jatuh hati terutama perisa Original. Kini ia boleh didapati di Izz Aiskrim dan Pizza di Kg Jawek dekat Kg Nyiur Tujuh Jerteh, Besut, Terengganu. Aiskrim adalah salah satu francais milik Chef Li atau Rosly yang banyak menulis buku motivasi berkaitan keusahawan makan dan minum dan turut membuka akademi bagi melatih para usahawan yang ingin berniaga. Harga yang diperkenalkan pun tidaklah mahal bermula dengan RM3 bagi saiz kecil dan RM6 bagi saiz besar serta pilihan beberapa jenis topping samada percuma dan tambahan. Apapun ia memang sedap dan anda patut mencubanya.

RM5.90 untuk Nasi Mandy Ayam.. murah sangat, sedap pula.. di Restoran Nasi Arab Al Amin, Jerteh, Besut, Terengganu

Image
Nasi Mandy Ayam Restoran Nasi Arab Al Amin yang terletak di simpang tiga Kg Gong Nering Jerteh atau Kg Mak Sara, menjanjikan kelainan dan resepi asli masakan arab ala Saudi. Menurut pemilik restoran, Ustaz Zulhasna, semua rempah ratus dibawa terus dari Arab Saudi agar ia kekal asli dan menepati citarasa Arab asli. suasana kedai yang santai dan ala ala Arab Menu yang diperkenalkan di restoran ini adalah Nasi Mandy samada ayam mahupun kambing. Sememangnya menu kambing sering mendapat perhatian dan pilihan ramai. Burmaah kambing memang sedap... Roti Arab bersama Fooul Shawarma yang juga sedap. Selain itu juga turut disediakan shawarma iaitu snek arab seakan kebab dan roti arab yang boleh di makan samada bersama Burmaah atau sup kambing mahupun Fouul atau masakan daging kisar bersama kacang bersama sos tomato atau Kibdah iaitu masakan organ dalaman samahati hati, paru, limpa  yang digoreng ala Saudi. Turut dihidang di sini adalah Teh Arab samada asli, ...

Mee Haji Jusoh Jerteh Terengganu memang terkenal lebih 30 tahun

Image
Mee Jusoh Jerteh yang terletak di bandar Jerteh, Besut, Terengganu memang amat dikenali dikalangan warga tempatan dan penduduk Besut. Telah mula beroperasi levih 30 tahun dahulu disebuah kedai atau gudang dipinggir Sungai Besut yang diusahakan oleh Haji Jusoh dan kini diwarisi oleh anak-anaknya. Premis ini telah mula beroperasi di kedai baru yang tidak jauh dari tapak perniagaan asal sejak awal tahun lalu kerana telah diambil alih alih oleh pihak berkuasa tempatan untuk pembangunan baru. Kedai Mee Haji Jusoh ini hanya me jual mee rebus sahaja dan tiada makanan lain dan hampir 50kg hingga 70kg mee diperlukan setiap hari bagi menampung permintaan pelanggan yang semakin meningkat. Harga sepinggan mee sekarang adalah rm6 dan memang berbaloi dan mengenyangkan. Bagi yang ingin mencuba mee rebus legenda ini boleh ke kedai Mee Haji Jusoh berhampiran Jambatan Jerteh dan tidak jauh dari Balai Polis Jerteh. #terengganumyheritage #visitbeautifulterengganu2017

Nasi daging bakar dan pulut mangga di Jerteh Kopitiam

Image
Kali ini sekali lagi admin membawa anda ke Jerteh Kopitiam di bandar Jerteh. Admin dimaklumkan oleh tuan punya kedai, Encik Jef, ada menu baru yang diperkenalkan iaitu Nasi Daging Bakar dan Pulut Mangga @ Pulut Pauh. Boleh dikatakan Jerteh Kopitiam ini sentiasa menjadi pilihan pengunjung dengan sentiasa ada pengunjung ke sini yang inginkan suasana makan yang santai dan relax. Menu yang di pilih admin adalah Pulut Mangga serta Nasi Daging bakar dengan sup perut serta Tomyam seafood. Dengan harga yang berpatutan ianya amat memuaskan hati.  Lokasi Kopitiam ini terletak berhampiran dengan Pasaraya Zon Ria dan Zaleha Textiles. 

Kopitiam Kg Raja.. mengembalikan nostalgia Jerteh dan Kg Raja

Image
Kopitiam Kg Raja yang terletak di sebelah kanan menghala ke Kuala Besut, kini menjadi antara Kopitiam yang menjadi tumpuan bagi mereka yang inginkan suasana minum kopi sambil bersantai. Dekorasi kedai yang ringkas dengan dihiasi gambar-gambar yang menceritakan bandar Jerteh serta Kg Raja suatu ketika dahulu cukup menggamit memori. Ia menambilkan kenangan klasik apabila merenung dan melihat kembali sejarah melalui gambar-gambar yang tergantung yang menjadi wardrop bagi kopitiam ini. Blogger dan anak ke sini untuk mencuba Masakan Nasi ala indo iaitu macam ayam penyet beserta sayur dan sambal. Susunan dan hiasan lauk nampak menarik walaupun ringkas. Kemudahan bilik sembahayang dan wifi juga disediakan dikopitiam ini. Menu -menu lain sebagaimana kopitiam lain seperti roti bakar dan pelbagai jenis kopi juga disediakan.

Masjid Seberang Jerteh, warisan senibina dan pertukangan Melayu

Image
Masjid unik yang tersergam indah Masjid Seberang Jerteh , Besut, Terengganu yang baru dibina bagi menggantikan masjid yang lama benar-benar menampilkan warisan senibina Melayu tradisional. Dengan binaan daripada kayu cengal, antara kayu pilihan dan terbaik tropika ia memberi kesan dan nilai estetika yang tinggi dan menyerlahkan lagi kehebatan seni pertukangan kayu Melayu. Gerbang bercirikan senibina istana lama  Dengan binaan bercirikan rumah tradisional Melayu dan Rumah Terengganu, ia bukan sahaja memberi keselesaan kepada pengunjung masjid malah menampilkan kesan istimewa binaan tradisional seperti aliran angin, seni pasak, dan juga nilai tradisi seperti membasuh kaki menggunakan gayung tempurung dan sebagainya.Binaan kolah di hadapan masjid juga mengembalikan nostalgia lama masjid pada zaman dahulu. Kolah air yang melambangkan nostalgia masjid Melayu lama Bagi mereka dari Kuala Terengganu, ia terletak selepas bandar Jerteh menghala ke Kota Bharu. Dan bagi m...

Lepak dan sambil minum di Jerteh Kopitiam

Image
Anakanda bersama dengan Ice Cream mix fruit  Hari itu blogger dan anak-anak ke Jerteh sambil menguruskan satu dua urusan di sana. Ada permintaan dari anak-anak nak makan aiskrim.  Blogger singgah di Jerteh Kopitiam dan anak-anak mula memilih menu mereka. Pilihan utama pastinya aiskrim. Maka terhidanglah aiskrim dengan mix fruit, banana split serta fried banana with ice cream. Blogger pula memilih Lychee kang. Untuk makan pula blogger mencuba Asam Laksa yang seakan-akan laksa Penang. suasana di sini yang selesa dan tenang menyebabkan ia sentiasa menjadi pilihan pelanggan walaupun kedudukan kedai sedikit tersorok. Namun bagi pelanggan yang sudah biasa, ia bukan satu masalah untuk mencari kopitiam ini. Yang ini pula bersama Banana Split... Antara Dessert yang paling best iaitu Fried Banana with Ice Cream

Alami Keindahan Kesenian Cordova, Sepanyol di Masjid Hadhari, Jerteh, Terengganu

Image
Masjid yang tersergam indah di bandar Jerteh ini amat indah sekali. Dengan keindahan kesenian tamadun Cordova, Sepanyol menjadikan Masjid Hdhari Jerteh ini uniuk dan indah sekali. Tak jemu mata memandang ciri-ciri arkitektur dan keunikan senibina yang berasaskan tamadun yang beratus tahun lamanya. Daripada kubah, bumbung, susunan dalaman membuatkan mata terpukau dengan keindahan ciri-ciri masjid zaman dahulu yang kini diabadikan dengan keindahan senibina moden. Terletak di tengah-tengah bandar Jerteh dan kini menjadi mercu tanda utama bandar Jerteh ini. Dengan kemudahan yang selesa berhawa dingin dan kemudahan lif akan memberi keselesaan terutama warga emas. Ia Juga turut dilengkapi dengan kemudahan dewan syarahan, pusat perniagaan serta kemudahan wakaf. Bagi mereka yang lalu di jalan utama Jerteh ini bolehlah singgah dan nikamti sendiri keindahannya.

Pengunjung blog