Posts

Showing posts with the label khazanah

Kota Lama Duyung, Pulau Duyung Terengganu, warisan yang terbiar.

Image
  Kota Lama Duyong terletak di Pulau Duyong kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar. Kota ini dikenali sebagai Kota Tok Hakim, telah dibina oleh Dato’ Biji Sura (Nik Mohamad bin Hitam) pada tahun 1919 dan siap pada tahun 1920. Ia dijadikan sebagai tempat belajar agama dan mengaji Al-Quran oleh penduduk sekitarnya. Kota Lama Duyong adalah antara tinggalan sejarah senibina yang cukup istimewa bagi Negeri Terengganu Darul Iman. Kaedah pembinaannya cukup unik serta kaya dengan seni ukir yang menarik. Kota yang diperbuat daripada bahan campuran seperti madu, kapur tohor, putih telur, pasir, batu dan sebagainya ini dibina di atas tanah berkeluasan lebih kurang 400 meter persegi. Ianya mempunyai 9 buah bumbung yang menutupi beberapa bahagian yang saling bersambungan dengan dapur, bilik mandi, surung, beranda dan titian. Rekabentuknya mirip istana kecil raja Melayu tetapi diperkayakan lagi dengan jalinan unsur-unsur pengaruh senibina  asing seperti Corinthian atau Mesir terutama pada ...

Penemuan Fosil Ikan Paus Purba di Wadi Al Hitan Mesir

Image
  Keajaiban Fosil Paus di Wadi Al-Hitan, Mesir SubhanAllah, betapa menakjubkan ciptaan Allah yang dapat kita saksikan melalui penemuan fosil-fosil purba. Salah satu penemuan yang luar biasa adalah fosil rangka paus berusia 37 juta tahun yang ditemui di Wadi Al-Hitan, Mesir. Wadi Al-Hitan, atau "Lembah Paus," adalah tapak arkeologi yang terletak di padang pasir Mesir dan diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO. Fakta Mengenai Penemuan Fosil Paus 1. Usia Fosil: Fosil ini dianggarkan berusia 37 juta tahun, memberikan kita pandangan unik tentang kehidupan laut purba. 2. Panjang Fosil: Rangka paus ini mempunyai panjang lebih daripada 65 kaki, menunjukkan betapa besarnya makhluk ini ketika masih hidup. 3. Lokasi Penemuan: Fosil ini ditemui di Wadi Al-Hitan, sebuah lembah di Gurun Barat Mesir yang terkenal dengan kepelbagaian fosil lautnya. Kenapa Fosil Paus di Padang Pasir? Satu soalan yang sering timbul adalah, bagaimana fosil paus boleh ditemui di padang pasir? Jawapannya te...

Teh Herba Aji Samat.. warisan orang tua

Image
AJI SAMAD -------------- Nama Tempatan : Aji Samad Nama Saintifik : Jackiopsis Ornata @ Jackia Ornata Family : Rubiaceae Nama Lain : Nyabau, Seluma, Selumar, Ulin Air, Ulin Paya, Stulang, Lebai Samad, Tongkat Aji, Akar Aji. Keterangan : Pokok ini boleh mencapai 16 meter tinggi . Batangnya berwarna putih kekuningan dan isi kayu berwarna kuning dan keras. Daun pokok setinggi 43 m dan panjang 86 cm. Stipules mengelilingi ranting, dengan hujung turus panjang sepanjang sisi. Daun bertentangan, lebat pada hujung ranting, ringkas, berurat sehingga berbulu. Bunga putih ke merah jambu, terletak dalam panicles. Buahnya hijau-kuning-merah, biji benih bersayap 3. Kaedah pembiakan adalah dengan biji benih. Tumbuh di kawasan berbukit dan lazimnya atas permatang. Atau kawasan berpaya gambut sehingga tanah berketinggian 400 m. Kegunaan : Khasiat ubatan - Minum air rebusan akar dan daun untuk tenaga batin dan sakit urat. Ia adalah herba tradisional yang banyak diketahui khasiatnya ol...

Pokok Herba Pecah Beling atau Batu Jin... banyak khasiat terutama batu karang

Image
PECAH BELING -------------------- Pokok Pecah Beling yang dikenali juga dengan pelbagai nama seperti Pecah Kaca, Bayam Karang, Ngo Kilo, Keji Beling dan Jin Batu merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia. Daun Pokok Pecah Beling Di Malaysia, pecah beling atau nama saintifiknya (Strobilanthes Crispus) dari keluarga Acanthaceae, mudah ditanam dan hidup subur di kawasan-kawasan lapang atau belukar dan selalu dilihat sebagai rumpai atau tumbuhan yang tidak diingini. Daun pokok pecah beling banyak digunakan dalam perubatan tradisional seperti merawat kanser, kencing manis serta batu karang. Ia digunakan juga sebagai agen diuretic. Mengikut penemuan kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992), ekstrak air pecah beling mempunyai kompoun atau molekul yang boleh merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan mampu merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Manakala kajian makmal yang di...

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Image
SENARAI POKOK HERBA Nama-Saintifik-Pokok-Herba-OLERICULTURE Senarai herba menggunakan nama tempatan mengikut senarai abjad. Nama tempatan disenaraikan bagi kemudahan melihat dan mencari senarai herba dalam senarai nama saintifik dan kegunaannya. Sila tambah senarai jika anda mengetahui nama nama lain. A Agave Sisal / Fucrea - Agave Sisalana Aji Samad - Jackia Ornata Akar Cerita - Andrographis Paniculata Akar Som - Talinum Paniculatum Akar Manis - Glycyrrhiza Glabra Akar Pisang/ Kenanga Bangkok - Artabotrys Hexapetalus Akar Seratus - Peliosanthes Teta Akar Tarum - Marsdenia Tinctoria Akar Tengkuk Biawak - Fagraea Acuminatissima Alamanda Kuning - Allamanda Cathartica Anggerik Kesumba - Ara Beringin - Ficus Benjamina Ara Bumbong - Ara Tanah - Euphorbia Hirta Ara Songsang - Asam Jawa - Tamarindus Indica Asam Karanda - Carissa Carandas Asam Kerat Lintang - Buddha's Hand Lime Asam Gelugur - Garcinia Atrovirdis Asam Paya Kelubi - Eleiodoxa Conferta Ati-ati Merah - Coleus Blume...

Herba Batu Jin, penawar besar batu karang dan kanser...

Image
Hari ini admin ingin berbicara dan kongsi mengenai khasiat pokok herba Batu Jin atau Pecah Beling yang banyak terdapat disekitar kita. Khasiatnya dapat  membantu kita mahupun kawan-kawan serta saudara mara kita. Herba Batu Jin atau Pecah Beling atau nama sainsnya 'strobilanthes crispus atau saricocalix crispus ini dikatakan berasal dari Madagascar dan Kepulauan Indonesia dan juga turut banyak terdapat di Tanah Melayu atau Semenanjung Malaysia. Ia dikatakan telah lama digunakan oleh masyarakat Melayu dan orang-oang Asia bagi  menguangkan kesakitan dalam badan. Nama-nama lain bagi herba ini adalah pecah kaca, enyoh kilo, kecil beling, pokok batu karang, remek dan lain-lain. Banyak sekali namamya dan bermakna ia dikenali sebagai ubatan yang berguna dalam kehidupan masyarakat Melayu. Di antara khasiat dari herba ini adalah: anti diabetis anti kanser anti mikrob antu batu karang anti oksidan Hasil kajian makmal Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM mendapa...

Pameran Fotografi WILD TERENGGANU oleh DIGITAL DOME di UMT.. pakat mari belake..

Image
Satu pameran fotografi sempena “20th Colloquium of the Malaysia and Singapore Society Australia” (MASSA2018) akan diadakan di UMT sepertimana di bawah, semua di jemput hadir. sumber: FB Dome Sp

Bersedia menjadi USAHAWAN YANG HEBAT?.. jom join KNEO...

Image
Wanting to start a business but don’t know where to start? Worry not as you can make your entrepreneurial dreams come true. Sign up and apply for the KNEO program for a chance to gain access to training materials as well as funding opportunities in building your business. For more information, kindly visit  https:// www.khazanahneo.com.my/ #setiupost

Gunung Sarut.. puncak tertinggi daerah Setiu, Terengganu... tarikan baru

Image
Gunung Sarut, Salah satu puncak tertinggi didalam daerah Setiu.. (1229mdpl). Hutan yg jarang di jejaki, memiliki flora & fauna yang masih terpelihara. Khazanah alam yang perlu dipelihara utk generasi akan datang. # visitterengganu Foto Kredit : Ijak Kenyir @FB visit terengganu

Pameran Koleksi Terpilih KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin

Image
Highlights:  Current Exhibition Kategori Acara:  Pameran Istimewa Tarikh Acara:  Sabtu, 10 Disember, 2016 - 09:00  sehingga  Khamis, 2 March, 2017 - 17:00 Lokasi:  Muzium Diraja @Jabatan Muzium Malaysia

400 Hektar Kawasan Setiu Wetland Diwartakan

Image
Kerajaan negeri mewartakan kawasan seluas 400 hektar di Taman Bencah Setiu atau lebih dikenali dengan Setiu Wetland sebagai Taman Negeri dalam usaha memulihara ekosistem serta biodiversiti alam semulajadinya. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, keputusan itu telah dibuat dalam mesyuarat Exco Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri kelmarin dimana untuk peringkat permulaan, tumpuan akan diberikan terhadap pembangunan kawasan itu bagi tujuan ekopelancongan. “Pada asalnya kawasan yang dicadangkan seluas 1,743 hektar, bagaimanapun pada peringkat awal ini perkara utama yang perlu ditekankan adalah bagaimana menjadikan kawasan 400 hektar yang diwartakan itu sebagai tarikan ekopelancongan terlebih dahulu. “Justeru, selaras dengan hasrat tersebut kerajaan negeri telah bersetuju meluluskan sebanyak RM500 ribu buat permulaan untuk tujuan pembinaan benteng di kawasan pantai bagi mencegah air laut memasuki kawasan hutan paya bakau yang telah dikenalpasti,” ujarnya. Beliau ber...

Gambar nostalgia dan kisah negeri Terengganu

Image
Gambar lama tentang Terengganu adalah antara khazanah yang amat berharga kepada negeri. Ia bukan sahaja menceritakan tentang sejarah, malah peradaban, kehebatan senibina, keunikan budaya serta suasana sebenar pada masa tersebut. Gambar di atas yang didapati hasil carian Google , dikatakan Istana Maziah yang lama dan dibelakangnya adalah Bukit Puteri. Indah sekali rekabentuk dan senibina bangunan. Andainya ia masih ada, tentunya pelancongan Terengganu akan menjadi sehebat Milan, Paris mahupun Venice yang meninggalkan kesan sejarah yang hebat. Manakala gambar ini pula menunjukkan perarakan bunga emas sebagai pertukaran hadiah dengan Kerajaan Siam. Tidak dapat dipastikan bila tarikh gambar ini. Ia menceritakan detik detik penting sejarah Terengganu dan ada nilanya yang tersendiri. Bangunan yang ada juga menunjukkan telah ada bangunan yang baik dan tersusun pada masa tersebut. Gambar ini pula menceritakan tentang Bandar Kuala Terengganu pada tahun 50 an. Dan ba...

Rodat- warisan budaya Terengganu

Image
RODAT  PENGENALAN  Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan seni persembahan  warisan Melayu tradisional yang masih aktif hingga kini dan tidak kurang juga  sebahagian daripadanya hanyut dibawa arus kemodenan. Namun pun begitu  setiap negeri di Malaysia mempunyai identiti seni budaya mereka tersendiri  yang masih kekal dan dikembangkan hingga ke hari ini. Kalau kita lihat di  negeri Kedah masih kedengaran Ghazal Parti, Pulau Pinang rancak dengan  dendangan boria, Selangor nyaring dengan keroncong, Melaka asyik dengan  dondang sayang, Johor tangkas dengan tarian kuda kepang, Kelantan popular  dengan dikir barat serta wayang kulit, manakala di Terengganu pula unik  dengan kelembutan lenggok dan nyanyian rodat.  Rodat merupakan hiburan tradisi yang mempunyai fungsi sosial berhubung  dengan pengisian kehidupan bermasyarakat. Pantun dan sajak yang  dinyanyikan dalam persembahan rodat mempunyai pera...

Pengunjung blog