Posts

Showing posts from 2019

Nasi Goreng Ikan yang sedap di Kedai Koffie, Kg Losong Haji Long, bagai masakan ibu...

Image
Kedai Koffie di Kg Losong Haji Long kini menjadi tumpuan dengan pelbagai menu menarik dan suasana kedai yang santai dan menarik. Pelbagai menu menjadi tarikan pengunjung dari masakan panas, masakan barat malah hingga ke snek berat dan ringan. Semuanya nampak sedap. Begitu juga dengan pelbagai pilihan minuman seperti pelbagai pilihan minuman susu goncang atau 'milk shake'. Harga bagi setiap makanan dan minuman juga berpatutan dan mampu dinikmati oleh semua golongan. Kedai Koffie yang diusahakan oleh Puan Haslinda dan dan suami ini terletak dilokasi strategik iaitu jalan menuju ke Muzium negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam serta jalan menuju ke LPT. Admin sendiri mencuba Nasi Goreng Ikan yang memang sedap dan klasik bagaikan masakan ibu serta Kopi Ais. Berbaloilah datang ke sini... #setiupost #terengganupedia #makan

Di antara Nasi Ayam Terbaik Terengganu di Restoran Nurul Iman, Batu Buruk..memang terbaik

Image
Restoran Nurul Iman yang terletak di hadapan SMA (A) Sultan Zainal Abidin, Batu Burukyang juga sekolah Admin dulu adalah antara restoran Nasi Ayam yang terbaik di Terengganu. Bayangkan selepas 30 tahun meninggalkan alam persekolahan disini, masih boleh menikmati keenakan nasi ayam sebagaimana zaman sekolah dahulu. Malah ada antara pekerjanya yang dulu masih bekerja hingga kini dan pemilik restoran yang yang dulu muda dan hensem masih setia menjaga kaunter dan menerima bayaran daripada pelanggan walaupun harganya sudah jauh berubah iaitu dulu RM.2.50 sepinggan dan kini RM5.50 sepinggan. Apa yang istimewanya restoran ini, ia hanya menyajikan 2 menu sahaja iaitu Nasi Ayam dan Rojak Ayam atau orang Terengganu menyebutnya 'Rojak Keling' . Setiapkali datang menjamu selera di sini, orang dan dan parking sentiasa penuh dengan pelanggan setia yang mungkin mempunyai memorinya yang tersendiri tentang restoran dan makanan di sini. Jika anda ingin datang ke sini, lokasinya a...

Macamana nak dapatkan harga Flight MURAH kat Online?.....

Image
Sebenarnya ramai dari korang yang tertanya-tanya camne nak dapat flight harga murah kan. Lepas tu mesti korang nak bandingkan harga dengan cara yang paling senang sebab korang malas nak research lebih-lebih kan. Kalau bukak internet browser je dah banyak tab yang korang nak bukak sebab nak cek satu persatu. Tu belum nak tau sama ada fully book atau tak. Lepas tu kalau nak buat booking pon kadang-kadang nak kena pakai kad kredit. Sebab tu aku tulis artikel ni nak cerita kat korang yang korang cuma pergi ke 1 apps je tak payah pening-pening nak cari cheap flights online . Baca slow-slow k. hehehe..  Korang pernah dengar atau ada baca kat mana-mana pasal Traveloka tak? Kalau tak pernah aku suggest mula-mula sekali korang install Apps traveloka atau boleh surf internet pergi ke web dia. Contohnya kalau korang nak book flights to Langkawi , korang boleh find out kat situ. Korang kena pilih sama ada sehala atau pergi balik, kemudian korang pilih korang nak naik kapal terbang d...

Nasi Dagang Atas Tol di Cafe Pozi Kubang Badak.

Image
Nasi Dagang Atas Tol  (NGAT) adalah satu nama yang menjadi sinonim dengan makanan Terengganu dan sudah menjadi ikon makanan Terengganu dan berada pada kelas tersendiri. Baru-baru ini admin sempat untuk membeli secara bungkus Nasi Dagang Atas Tol ini di Cafe Pozi di Kubang Badak. Memang terbukti begitu ramai sekali menikmati nasi dagang tersohor ini samada makan di cafe mahupun yang membungkus untuk di bawa pulang.Memang kena beratur tetapi tidak lama dengan sisem jualan yang sistematik dan efisien kepada pelanggan. Terdapat dua bahagian iaitu bahagian makan di kedai dan satu lagi untuk yang ingin membeli secara bungkus. Rasa nasi dagangnya memang terbaik serta gulai ikan aya bukan sahaja sedap malah besar juga ketulannya dengan harga RM4 sebungkus, memang berbaloi. Dan NDAT ini boleh dimakan sampai ke petang dan jika di simpan didalam peti sejuk boleh saja dinikmati pada bila-bila masa. NDAT di Cafe Pozi adalah cawangan keempat selepas di lokasi asal dekat kubur ...

Budu, cencalok serta tempoyak.. rupanya sumber probiotik yang hebat...

Image
Oleh :   Dr Shariza binti Jamek Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, Universiti Malaysia Pahang Apabila kita bercakap mengenai probiotik, tentunya dadih (yogurt) serta minuman susu kultur seperti Vitagen, Yakult akan terlintas di fikiran kita dahulu. Ini kerana kita sedia maklum  terdapatnya kandungan kultur bakteria baik di dalam minuman tersebut. Namun bagaimana pula dengan makanan tradisional kita seperti budu, cencalok dan tempoyak, adakah mereka  boleh dikategorikan  sebagai sumber probiotik dan juga prebiotik?. Apa beza di antara prebiotik, probiotik dan juga sinbiotik ? Sebelum kita membincangkan topik ini dengan lebih lanjut, mari kita fahami dahulu istilah – istilah berikut; probiotik, prebiotik dan sinbiotik. Apakah perbezaan utama di antara ketiga-tiga istilah ini?. Probiotik menurut definisi daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan daripada Amerika Syarikat (FDA)  serta Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bermaksud bakter...

Bila makan durian, badan rasa panas.. kenapa yee

Image
Memandangkan sekarang musim durian, ramai yang berkongsi kegembiraan menikmatinya dan tidak kurang pula yang berkongsi cara memilih yang betul agar tidak tertipu dengan penjual. Perumpamaan yang sering dikaitkan dengan buah durian ialah  ‘tastes like heaven, smells like hell!’ . Benar atau tidak, ianya subjektif kepada individu. Buat saya, si penggemar ‘tegar’ durian, bau dan rasa durian saya sangat gemari. Maka tiadalah istilah ‘hell’ pada saya  😌 . Ada yang bertanya kenapa makan durian badan kita akan menjadi  ‘panas’ ?  🤔 Sebelum menjawab persoalan ini, kita haruslah faham apa yang dimaksudkan dengan ‘panas’ dan bagaimana mungkin ianya terjadi daripada tindakbalas yang dicetuskan oleh bahan kimia semulajadi dalam durian semasa penghadaman. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘panas’ badan? ‘Panas’ badan ini sebenarnya istilah yang dipraktikkan di dalam perubatan tradisional sama ada Melayu, Cina dan India. Selain daripada istilah ‘panas’, istilah berlaw...

Ubi Gadong.. walaupun beracun tetapi berkhasiat.. dan menjadi makanan yang enak orang Terengganu dan Kelantan

Image
Airul Ain Ashri & Azwan Mat Lazim, PhD Ubi gadong merupakan sejenis ubi yang eksotik di negara kita. Ia mungkin menjadi salah satu sumber karbohidrat suatu ketika dahulu, namun kini ubi gadong kian dilupakan. Oleh kerana ia mengandungi komponen sianida dalam kumpulan alkaloidnya, ubi ini perlulah direndam dan dicuci dengan bersih terlebih dahulu bagi membuang racun (discorina) sebelum boleh dimakan atau digunakan sebagai ubatan. Apa yang menarik, ekstrak daripada ubi ini telah digunakan sebagai salah satu ramuan dalam penghasilan racun bagi masyarakat tradisional Melayu dalam menuba ikan dan mengawal makhluk perosak bagi penanaman padi. Selain itu ia turut digunakan oleh pengamal ilmu hitam dalam ramuan santau atau sihir. Oleh kerana ubi ini tidak lagi digunakan secara meluas, maka kumpulan penyelidikan kami telah mengeksploitasi serta memodifikasi hasil daripada ubi ini kepada suatu bahan yang lebih sofisikated. Antaranya hidrogel, surfaktan, pengelmusi, titik nano dan salutan. ...

Pengunjung blog