Rasa nak Makan Rojak Keling.....kat mana paling best di Terengganu?


Image may contain: food

Baru-baru ini admin kebetulan ada urusan di Kuala Terengganu, tiba-tiba rasa nak makan Rojak Ayam atau orang Terengganu panggil Rojak Keling.

Tak tahulah kenapa ia digelar Rojak Keling. Apapun rojak ayam Terengganu ini memang unik dan sedap dengan kuahnya berkacang masam manis cukup rasa dengan jemput atau cekodok, tauhu goreng, telur ebus, ubi kentang rebus yang digoreng bersama salad dan hirisan ayam. Ada yang memasukkan paru dan limpa goreng.

Restoran Hidayah di Jalan Bukit Kecil berhampiran dengan Pasaraya Sabasun. Memang sedap rojak sini.
Minta kuah lebih sikit.

Ada banyak kedai atau restoran yang menjual Rojak Ayam yang sedap di Terengganu ini , di antaranya:

  • Restoran Nasi Ayam Nurul Iman, Batu Buruk
  • Rojak Sultan Chendering
  • Rojak Ayam Buluh Gading
  • Rojak Ayam Batu 6, Hadapan Pasar Batu 6
Dulu ada satu restoran yang admin rasa terbaik untuk Rojak Ayam iaitu di Pulau Kambing depan Kedai Perabot Tat Heng, lepas tutup tak tahu pindah kat mana. Rasa rojak ayam di sini antara paling sedap pernah admin makan dan memang puashati..

Mungkin anda yang tahu mana lagi lokasi rojak ayam yang sedap boleh komen dan bagi cadangan bagi memudahkan kawan-kawan kita penggemar Rojak Ayam Terengganu

#setiupost

Comments

Anonymous said…
Dekat jalan hiliran pun sedap.. kedai mengadap mesjid hiliran
shaharul said…
Dekat gong tok nasek dgr citernye rojak ayam yg paling sedap stkt ni..tp saya sendiri tak tahu kat ne tempatnya

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Pengunjung blog