Posts

Showing posts with the label nostalgia

Pelita Raya 2025 mendapat sambutan yan luar biasa.. meriah sungguh

Image
  semalam berkesempatan mengunjungi Pelita Raya 2025 di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak. Sungguh hebat dan luarbiasa sambutanya. Gaya persembahan daripada agensi yang menyertai juga hebat dan menarik. Macam macam tema dan motif ditampilkan bagi menzahirkan suasana ceria Pelita Raya. Malah setiap reruai pameran juga turut menampilkan keunikan jualan masing masing. Macam macam menu rare dari daerah masing masing ditampilkan di sini. Sampai semalam sudah agak lewat sikit dalam jam 11.00 malam, tapi orang ramai masih berpusu pusu menikmati kemeriahan acara ini. Tak sempat nak jelajah secara lebih mendalam setiap ruang. Ambe singgah di Sesohor Setiu dan sempat menyapa Tuan DO Rizal bersama Tuan ADO Raja Faisal yang santai. Makanan di Setiu juga rare dengan menu Kepala Kambing dan lokan bakar serta kuih peneram dan macam macam lagi. Nampak colek ayam pun ada sesuai dengan suasana moreh. Ambe juga singgah ke reruai Pmint dan Kumpulan Syarikat PMINT yang bermotif...

Nasi Lemak Ikan Aya dan Air Jagung Kedai Lias depan KTS Kuala Terengganu... makan bersama memori

Image
Kedai Nasi Lemak Lias berhaadapan dengan Kuala Terengganu Specialist Hospital dan bersebelahan Permai Hotel Kuala Terengganu sentiasa menggamit kenangan zaman persekolahan di SMA Sultan Zainal Abidin (Atas) Batu Buruk, Kuala Tetengganu. Apa yang istimewa? Nasi Lemak Ikan Aya dan Air Jagung. Menu dari sejak zaman sekolah bermula 1989 sehingga mennggalkan sekolah pada 1993 masih boleh dinikmati sehingga hari ini. Makan disini dengan sendiri mengembalikan kenangan dan memori zaman persekolahan dengan bermacam-macam ragam antaranya sanggup panjat pagar waktu malam untuk beli nasi lemak, dikejar warden dan macam-macam lagi. Trick profesional juga digunakan seperti beli siap-siap nasi lemak dan teh peng sebungkus untuk pengawal. Kedai lias ni selain nasi lemak juga menjual laksa dan laksam serta laksa kuah merah atau laksa Terengganu selain nasi dagang.Sekarang turut menjual masakan panas bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa berubah. Makan bersama kenangan dan memori ...

Perasmian Pesta Pantai Terengganu 2017 berlangsung dengan meriah sekali

Image
Pesta Pantai Beautiful Terengganu 2017 telah dirasmikan dengan meriah sekali oleh YB Menteri pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato Seri Nazri Bin Abd Aziz pada 18 Mac 2017 di Pantai Batu Buruk. Pesta yang di 'kuasakan' oleh RED ONE' ini mendapat sambutan hangat para pengunjung dengan menampilkan tema 'Nostalgia main panta' yang cukup bermakna kepada rakyat Terengganu suatu ketika dahulu. Pelbagai aktiviti telah disusun dan dirancang sepanjang program berlangsung sejak 17 Mac hingga 25 Mac bermula jam 12.00 tengahari hingga 11.00 malam setiap hari. Antara yang menarik adalah aktiviti kebudayaan seperti persembahan wayang kulit, pameran barang-barang purba, persembahan dikir barat, busking tradisional, persembahan silatdan antara kemuncak perogram adalah Pertandingan Memancing RED ONE dengan hadiah juara RM40,000 pada 25 Mac 2017 jam 9.00 pagi. Sempena cuti sekolah juga tentunya memberi peluang pada semua pengunjung untuk merasai pelbagai makanan di...

Inilah RAYA... Pertandingan Pelita Raya Negeri Terengganu.. memang nostalgia

Image
Inilah RAYA sempena Pertandingan Pelita Raya peringkat negeri Terengganu yang sedang berlangsung di Kg Air Sejuk dan Kg Panchur Merah, Setiu, Terengganu. Pelbagai hasil kreatif dan menarik pelita raya membawa kita kepada kenangan dan nostalgia raya sewaktu zaman kanak-kanak. Dengan hiasan pengcahayaan yang menarik membuatkan kita rasa seronok dikelilingi cahaya pelita. Inilah RAYA... Jom kita kunjung dan anda sebagai pengunjung juga berpeluang memenangi duit raya dengan ber'selfie' dan dimuatnaikkan ke Facebook Pelita Raya Terengganu. Dengan jumlah 'like' terbanyak anda berpeluang memenangi duit raya dari Tourism Terengganu. Terma kasih Tourism Terengganu kerana penganjuran acara yang unik dan menarik ini dan mungkin boleh diluaskan lagi pada masa akan datang. @Tourism Terengganu @ FB Pelita Raya Terengganu

Gambar nostalgia dan kisah negeri Terengganu

Image
Gambar lama tentang Terengganu adalah antara khazanah yang amat berharga kepada negeri. Ia bukan sahaja menceritakan tentang sejarah, malah peradaban, kehebatan senibina, keunikan budaya serta suasana sebenar pada masa tersebut. Gambar di atas yang didapati hasil carian Google , dikatakan Istana Maziah yang lama dan dibelakangnya adalah Bukit Puteri. Indah sekali rekabentuk dan senibina bangunan. Andainya ia masih ada, tentunya pelancongan Terengganu akan menjadi sehebat Milan, Paris mahupun Venice yang meninggalkan kesan sejarah yang hebat. Manakala gambar ini pula menunjukkan perarakan bunga emas sebagai pertukaran hadiah dengan Kerajaan Siam. Tidak dapat dipastikan bila tarikh gambar ini. Ia menceritakan detik detik penting sejarah Terengganu dan ada nilanya yang tersendiri. Bangunan yang ada juga menunjukkan telah ada bangunan yang baik dan tersusun pada masa tersebut. Gambar ini pula menceritakan tentang Bandar Kuala Terengganu pada tahun 50 an. Dan ba...

Selera Ramadhan Buffet Hotel Permai Inn Kuala Terengganu RM59.90 seorang

Image
Buffet Ramadhan di Hotel Permai bertemakan NOSTALGIA SELERA RAMADHAN....Makanan yang disajikan memenuhi selera berbuka puasa anda. Jangan ketinggalan untuk mencuba sajian berbuka di hotel kami. Tempahan awal boleh dibuat melalui talian 09 - 6222122 samb. 607, Restoran Cahaya...Selamat Berbuka!!!!

Gambar-gambar Nostalgia TERENGGANU

Image
Istiadat pertabalan sultan Di antara gambar-gambar nostalgia Terengganu yang dikutip di Google Map. Besar sekali kenangan dan sejarah di sebalik gambar-gambar ini, terima kasih pada mereka yang telah upload dan kongsi gambar ini untuk tatapan sejarah. Banjir besar Bah Merah yang melanda Pantai Timur semenanjung pada tahun 1926 Bandar Kuala Terengganu pada tahun 50 an. Bangunan yang terlihat adalah yang kini menempatkan AMBANK sekarang di Jalan Sultan Ismail. Perarakan bunga emas ke Bangkok, SIam. Bunga emas bagi negeri Terengganu adalah hadiah kepada kerajaan Siam , bukan ufti atau wang perlindungan. Inilah yang tercatat dalam sejarah Terengganu. Bangunan Istana Maziah, ia satu binaan yang unik. Sultan Zainal ABidin III yang pernah memerintah Terengganu dan begitu kuat berpegang dengan ajaran Islam dengan bantuan para ulama Terengganu seperto Tokku Paloh dan ramai lagi.

Kopitiam Kg Raja.. mengembalikan nostalgia Jerteh dan Kg Raja

Image
Kopitiam Kg Raja yang terletak di sebelah kanan menghala ke Kuala Besut, kini menjadi antara Kopitiam yang menjadi tumpuan bagi mereka yang inginkan suasana minum kopi sambil bersantai. Dekorasi kedai yang ringkas dengan dihiasi gambar-gambar yang menceritakan bandar Jerteh serta Kg Raja suatu ketika dahulu cukup menggamit memori. Ia menambilkan kenangan klasik apabila merenung dan melihat kembali sejarah melalui gambar-gambar yang tergantung yang menjadi wardrop bagi kopitiam ini. Blogger dan anak ke sini untuk mencuba Masakan Nasi ala indo iaitu macam ayam penyet beserta sayur dan sambal. Susunan dan hiasan lauk nampak menarik walaupun ringkas. Kemudahan bilik sembahayang dan wifi juga disediakan dikopitiam ini. Menu -menu lain sebagaimana kopitiam lain seperti roti bakar dan pelbagai jenis kopi juga disediakan.

Kuala Marang... penuh nostalgia

Image
Kuala Marang... pernah menjadi destinasi nostalgia terutama kepada jurufoto-jurufoto yang terpukau dengan arca seni semulajadi di sini. Berlatarbelakang bot-bot yang tersadai telah menjadikan ia destinasi fotografi yang begitu diminati terutama menyaksikan suasana matahari naik dan hasil fotonya sering menjadi hiasan majalah mahupun poster-poster seni. Kini, kawasan kuala Marang tetap indah denganair pasang surutnya yang meninggalkan kesan yang dramatik kepada alam. Ia juga menjadi destinasi pelancong untuk berkunjung ke Pulau Kapas ataupun menyertai pakej memancing dan juga mencandat sotong di sini. Suasana yang indah dan damai masih boleh dinikmati disini berhampiran benteng di kuala di sini. Banyak hotel dan penginapan bajet terdapat di sini antaranya Hotel Seri Malaysia Marang dan Kamal Guest House. Di sepanjang jalan di sini juga masih boleh dilihat perkampungan dan rumah-rumah tradisional dengan suasana kampung yang pastinya menggamit kenangan lama. Dan di benteng muara Kuala Ma...

Pengunjung blog