Nasi Sup dan Daging serta ayam bakar yang menyelerakan di Kg Cherang Meliling, Jerteh, Besut, Terengganu

 


Bagi yang suka menu ringkas untuk makan tengahari boleh mencuba di Anjung Dinaa Selera Mesra berhadapan SK Alor Keladi.





Dengan Menu Daging Bakar, Ayam Bakar, Ikan Bakar serta sup samada sup tulang atau sup perut bersama nasi sudah memadai untuk selera tengahari.

Yang pasti semuanya sedap dan menyelerakan. Harga pun berpatutan. 




Dibuka bermula jam 11.00 tengahari hingga habis sekita jam 4.00 petang dan sentiasa menjadi tumpuan pengunjung walaupun berada sedikit keluar dari bandar Jerteh.

Rasa daging dan ayam bakarnya cukup sempurna rasa dan dipadankan dengan sup panas memang menambat selera.






Jika anda dari Jerteh, ia terletak di sebelah kiri jalan berhadapan dengan SK Alor Keladi.

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog