Posts

Showing posts with the label Marang

Karnival Memancing Perpaduan, RM15,000 menanti Juara di Kg Kubu, Marang, Terengganu

Image
#PUSINGAN KE-2 (MEGA 5 PUSINGAN 3 BIJI KERETA) BOLL SAHAJA.............!!!!!!! !! KARNIVAL MEMANCING PERPADUAN. KOLAM WAHEE NGAIL,KG KUBU PENGKALAN BERANGAN MARANG TERENGGANU. ANJURAN : KRT/SRS PENGKALAN BERANGAN TARIKH : 31/03/2017- selesai > 14/04/2107 ( JUMAAT ) 28/04/2017 12/05/2017 26/05/2017 MASA : 03.30 PETANG - 06.30 PETANG JUARA : RM 15,000.00 HADIAH IKAN ISTIMEWA RM700 MENANTI PARA PEMANCING. *hadiah JUARA BERUBAH SETIAP PUSINGAN.(akan dibagitau masa pertandingan) #kategori patin dan ikan tkecil pun ada.. #jika cuaca tidak mgizinkan kita tpaksa batalkan ptandingan/ sehari sebelum ptandingan.(msj/fb) @FB Kolam Wahee Ngail

RM25,000 menati anda dalam Karnival Memancing Perpaduan di Marang pada 17 FEBRUARI 2017..

Image
ASSALAMUALAIKUM. BOLL SAHAJA.............!!!!!!!!! KARNIVAL MEMANCING PERPADUAN. KOLAM WAHEE NGAIL,KG KUBU PENGKALAN BERANGAN MARANG TERENGGANU. ANJURAN : KRT/S RS PENGKALAN BERANGAN TARIKH :17/02/2017 ( JUMAAT ) MASA : 03.30 PETANG - 06.30 PETANG JUARA : RM 25,000.00 HADIAH IKAN ISTIMEWA RM900 MENANTI PARA PEMANCING. #400 helai t-shit untuk pendaftar awal. # pelbagai hadiah2 misteri untuk dimenangi #20 hamper untuk cabutan btuah. # kategori patin dan ikan tkecil pun ada.. # jika cuaca tidak mgizinkan kita tpaksa batalkan ptandingan/ sehari sebelum ptandingan.(msj/fb) #terengganumyheritage @Fb Kolam Wahee Ngail

Saudara Ayud Besar membawa pulang RM15,000 tunai dalam pertandingan Memancing di Kolam Wahee Ngail, Marang

Image
Pertandingan Memancing yang telah di adakan di Kolam Wahee Ngail di Kg Kubu, Marang pada 3 Februari lalu telah dimenangi oleh Saudara Ayud Besar dengan tangkapan ikan keli seberat 9.365kg yang membawa tuah padanya untuk memenangi rm15,000 tunai. Manakala tempat kedua dan ketiga membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 dan RM1,500 yang dihadiri oleh lebih 1000 pemancing dari seluruh pelusuk tanahair. FB: Kolam Wahee Ngail #terengganumyheritage #vivitbeautifulterengganu2017 #pertandinganmemancing

RM15,000 untuk Juara Karnival Memancing Perpaduan pada 3 Feb 2017 di Kolam Wahee Ngail, Mar

Image
Karnival Memancing Perpaduan pada 3 Feb 2017 akan dilangsungkan di Kolan Wahee Ngail, Kg Kubu, Pengkalan Berangan, Marang mulai jam 3.30 petang hingga 6.30 petang. Ia dianjurkan oleh KRT/SRS Pengkalan Berangan dengan RM15,000 bagi Juara dan pelbagai hadiah lagi sehingga tempat ke 50. hadiah cabutan bertuah serta hadiah istimewa turut diadakan. Yuran penyertaan adalah RM80.00 seorang

Manisan @ Nisan Kerek yang kini sudah komersial di Terengganu

Image
Manisan sangat sinonim dengan masakan yang digunakan sejak zaman-berzaman, namun bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, sebuah syarikat, Manis Sokmo Enterprise menyediakan manisan secara moden. Cara lama dimensi baru. Slogan ini bertepatan dengan pembuatan manisan kerek kerana ramuannya masih dikekalkan, tetapi cara pembuatannya mengikut peredaran zaman. Penggunaan teknologi dalam penyediaan makanan tradisional menjadikan perusahaan itu mampu dikomersialkan dengan lebih meluas. Pengurus Manis Sokmo Enterprise, Suri Abdul Ghani berkata, bagi menyediakan manisan kerek, air nira kelapa, gula dan daun mengkuang perlu digunakan. Katanya, setiap hari, 40 liter air nira kelapa diperlukan dan ia diambil dari kebun kelapanya di Kampung Jenang, Marang. “Biasanya 20 batang pokok kelapa dicaras mayangnya sebelum ditadah untuk mendapatkan air nira dan kerja itu perlu dilakukan setiap hari. “Selain itu, bekalan daun mengkuang diperoleh daripada penduduk berhampiran...

Angullia Resort, Marang, Terengganu, seindah namanya

Image
Oleh: Noraini Jusoh Sekiranya anda ingin bercuti di Terengganu, sebenarnya tidak sukar untuk mencari tempat penginapan di pusat bandar dan juga kawasan sekitar yang menepati pilihan selain berlatar belakangkan panorama pantai yang indah. Antara pilihan pusat penginapan yang pasti menjanjikan kepuasan kepada yang mencintai kedamaian ialah di Angullia Beach House Resort yang terletak di Kampung Rhu Muda, Marang. Terletak berhampiran dengan Pantai Peranginan Kelulut dan jarak dari bandaraya Kuala Terengganu cuma kira-kira 20 kilometer (km) sememangnya memudahkan pengunjung datang ke sini. Lokasi penginapannya yang terletak di tepi pantai dan mengadap ke arah laut menjadi daya tarikan utama untuk pengunjung bersantai bersama insan tersayang. Pelbagai kemudahan disediakan di sini. Antaranya, ‘Suloo’s Haven’ iaitu penginapan utama Angullia dilengkapi restoran yang berkonsepkan taman dengan pemandangan hijau tumbuh-tumbuhan tropika serta disertakan kemudahan wifi secara percuma....

Kopemat Sasar Penglibatan Aktif Dalam Bidang Perniagaan Madu Lebah Mulai Tahun Ini

Image
Oleh Ibrahim Abu Bakar   KUALA TERENGGANU, 1 Sept (Bernama) -- Koperasi Pemungut Madu Lebah Asli Terengganu Berhad (Kopemat) menyasarkan penglibatan secara aktif bagi memastikan produk madu lebahnya berdaya saing dan mampu menembusi pasaran tempatan mulai tahun ini. Timbalan Pengerusi Kopemat Ibrahim Ismail berkata untuk itu, pihaknya memerlukan modal pusingan awal sekurang-kurangnya RM100,000. Kopemat yang ditubuhkan pada tahun lepas ialah ejen pengutip madu lebah untuk dipasarkan kepada pelanggan. Lazimnya hasil jualan madu lebah mencecah sehingga RM250,000 setahun namun Kopemat menghadapi masalah dalam bidang perniagaan itu memandangkan pengeluaran madu lebah di Terengganu tidak konsisten akibat faktor cuaca yang turut menyebabkan harganya turun naik," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Ibrahim berkata tahun ini, pengeluaran madu lebah di Terengganu agak berkurangan dan sehingga ini baru mengumpul kira-kira 500 kilogram. Beliau berkata harg...

Kuala Marang... penuh nostalgia

Image
Kuala Marang... pernah menjadi destinasi nostalgia terutama kepada jurufoto-jurufoto yang terpukau dengan arca seni semulajadi di sini. Berlatarbelakang bot-bot yang tersadai telah menjadikan ia destinasi fotografi yang begitu diminati terutama menyaksikan suasana matahari naik dan hasil fotonya sering menjadi hiasan majalah mahupun poster-poster seni. Kini, kawasan kuala Marang tetap indah denganair pasang surutnya yang meninggalkan kesan yang dramatik kepada alam. Ia juga menjadi destinasi pelancong untuk berkunjung ke Pulau Kapas ataupun menyertai pakej memancing dan juga mencandat sotong di sini. Suasana yang indah dan damai masih boleh dinikmati disini berhampiran benteng di kuala di sini. Banyak hotel dan penginapan bajet terdapat di sini antaranya Hotel Seri Malaysia Marang dan Kamal Guest House. Di sepanjang jalan di sini juga masih boleh dilihat perkampungan dan rumah-rumah tradisional dengan suasana kampung yang pastinya menggamit kenangan lama. Dan di benteng muara Kuala Ma...

Pengunjung blog