iklan nuffnang

Friday, 24 September 2010

Kuala Marang... penuh nostalgia





Kuala Marang... pernah menjadi destinasi nostalgia terutama kepada jurufoto-jurufoto yang terpukau dengan arca seni semulajadi di sini. Berlatarbelakang bot-bot yang tersadai telah menjadikan ia destinasi fotografi yang begitu diminati terutama menyaksikan suasana matahari naik dan hasil fotonya sering menjadi hiasan majalah mahupun poster-poster seni.


Kini, kawasan kuala Marang tetap indah denganair pasang surutnya yang meninggalkan kesan yang dramatik kepada alam. Ia juga menjadi destinasi pelancong untuk berkunjung ke Pulau Kapas ataupun menyertai pakej memancing dan juga mencandat sotong di sini.


Suasana yang indah dan damai masih boleh dinikmati disini berhampiran benteng di kuala di sini. Banyak hotel dan penginapan bajet terdapat di sini antaranya Hotel Seri Malaysia Marang dan Kamal Guest House.


Di sepanjang jalan di sini juga masih boleh dilihat perkampungan dan rumah-rumah tradisional dengan suasana kampung yang pastinya menggamit kenangan lama.


Dan di benteng muara Kuala Marang ini terdapat deretan medan selera untuk anda menjamu juadah pilihan. Yang pastinya menu makanan laut sentiasa menjadi pilihan di sini.

Kuala Marang tetap indah dan mempersonakan.

Terengganu Welcomes The World.

No comments:

nuffanng advert

lazada advt

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

My Blog List

kongsi blog