Kopemat Sasar Penglibatan Aktif Dalam Bidang Perniagaan Madu Lebah Mulai Tahun Ini



Oleh Ibrahim Abu Bakar

 

KUALA TERENGGANU, 1 Sept (Bernama) -- Koperasi Pemungut Madu Lebah Asli Terengganu Berhad (Kopemat) menyasarkan penglibatan secara aktif bagi memastikan produk madu lebahnya berdaya saing dan mampu menembusi pasaran tempatan mulai tahun ini.

Timbalan Pengerusi Kopemat Ibrahim Ismail berkata untuk itu, pihaknya memerlukan modal pusingan awal sekurang-kurangnya RM100,000.

Kopemat yang ditubuhkan pada tahun lepas ialah ejen pengutip madu lebah untuk dipasarkan kepada pelanggan.

Lazimnya hasil jualan madu lebah mencecah sehingga RM250,000 setahun namun Kopemat menghadapi masalah dalam bidang perniagaan itu memandangkan pengeluaran madu lebah di Terengganu tidak konsisten akibat faktor cuaca yang turut menyebabkan harganya turun naik," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ibrahim berkata tahun ini, pengeluaran madu lebah di Terengganu agak berkurangan dan sehingga ini baru mengumpul kira-kira 500 kilogram.

Beliau berkata harga madu lebah asli di Terengganu antara RM40 dan RM50 sebotol dan lazimnya madu lebah Tualang paling mendapat permintaan ramai.

Beliau berkata Marang merupakan kawasan yang paling banyak mengeluarkan madu lebah iaitu 80 peratus daripada pengeluaran keseluruhan di Terengganu berikutan terdapat banyak pokok Gelam dan Akasia yang menjadi tarikan lebah.

Lebah aktif mengeluarkan madu antara Jun dan November setiap tahun.

Ibrahim berkata mengikut rekod Kopemat, terdapat seramai 600 pemanjat madu lebah di negeri itu namun setakat ini hanya 70 orang sahaja yang menjadi anggota Kopemat.

-- BERNAMA

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog