Posts

Showing posts with the label TTI

TTI Sedia Pakej Istimewa Tarikan Pengunjung Sempena Ramadan

Image
Sebagai menyahut cabaran yang diberikan oleh kerajaan negeri, Taman Tamadun Islam Management Sdn Bhd (TTIMSB) menyediakan pakej istimewa sempena Ramadan ini bagi menarik pengunjung ke lokasi tumpuan pelancong di Kuala Terengganu itu sepanjang bulan puasa nanti. Pengarah Urusannya, Wan Adnan Wan Derahman berkata pakej yang diperkenalkan itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik dengan harga serendah RM299 seorang. “Pakej Islah Ramadan Masjid Kristal menyajikan dua pakej berasingan di mana bagi pengunjung yang ingin menginap selama tiga hari, dua malam harganya RM299 seorang manakala bagi pakej empat hari, tiga malam pula dikenakan RM399 seorang. “Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh mereka menyertai pakej tersebut adalah berbuka puasa di atas bot, solat terawih, qiamullail, taddarus al-Quran bersama imam Masjid Kristal dan turut akan dibawa ke kilang Desa Murni Batik,” katanya kepada pemberita. Tambahnya, bagi mereka yang mengambil pakej empat hari, tiga ...

Teruja Berada Di Terengganu

Image
“Saya dan rombongan lain cukup teruja dengan keindahan Terengganu, terutama apabila dibawa penganjur bermain ikan di Santuari Kelah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dan menyusuri tasik itu. Tiger Lim “Melalui pengalaman itu pastinya akan kembali di negeri ini bersama keluarga atau rakan di lain waktu,” kata seorang peserta Asia Coast Travel 2014, Tiger Lim yang ditemui Teganukita.my pada Majlis Makan Malam sempena program itu, di perkarangan Muzium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Melalui program yang disertai 60 peserta pelbagai negara diselitkan program mengunjungi Tasik Kenyir, Taman Taman Islam, menyusuri sungai Terengganu dengan menaiki River Cruise. Negara terlibat, Singapura , Thailand, Indonesia, Brunei, Laos, Maynmar dan Vietnam. Fika Rahma Pengamal media dari Indonesia, Fika Rahma, 29 berkata dia berasa cukup bertuah kerana turut dipilih menyertai program itu melawat beberapa lokasi menarik di Malaysia termasuk Terengganu . “Makanan di negeri ini ter...

TTI River Cruise tarikan baharu Terengganu

Image
Terengganuunikblogspotcom KUALA TERENGGANU - Taman Tamadun Islam (TTI) kini mempunyai satu lagi tarikan terbaharu iaitu 'TTI River Criuse' yang membolehkan pelancong menyusuri Sungai Terengganu pada waktu malam. Pengarah Urusan TTIMSB Wan Adnan Wan Abdul Rahaman berkata, perkhidmatan menyusuri sungai Terengganu sebenarnya bermula sejak 2009 lagi, tetapi ia hanya diadakan sebelah siang. "Kita dapati produk pelancongan menyusuri sungai Terengganu mendapat sambutan baik dalam kalangan pelancong, lalu kita perluaskannya dengan mengadakan perkhidmatan sebelah malam bermula 1 Mei baru-baru ini. "Alhamdulillah sambutannya sangat memberangsangkan dan mengatasi perkhidmatan pada waktu siang," katanya selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Ahmad Jidin Shafee menyusuri sungai Terengganu sambil menikmati keindahan Bandar warisan Pesisir Air di sini malam tadi. Operasi TTI River Cruise yang berpengkalan di Pengkalan Tok Ku Palo...

Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu 2013 (TIIAF 2013) pada November ini

Image
Kira-kira 100 peserta dari 20 buah negara dijangka menyertai Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu 2013 (TIIAF 2013) selama tiga hari dari 15 Nov di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kerja TIIAF 2013, Datuk Zubir Embong berkata sehingga kini, peserta dari 12 negara telah mengesahkan penyertaan iaitu Jordan, Iraq, Algeria, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Pakistan, Yaman, Brunei, Palestin, Thailand dan Arab Saudi.  "Penganjuran pertandingan kaligrafi kali ini ialah penganjuran peringkat antarabangsa berbanding tahun lepas penganjurannya terhad kepada peserta rantau Asia sahaja. "Penganjuran di Terengganu ini juga telah diiktiraf terbaik setaraf penganjuran di Turki dan Dubai oleh Pusat Penyelidikan Sejarah, Kesenian dan Kebudayaan Islam Dunia (IRCICA) yang berpusat di Turki dan mereka akan memberi sijil pengiktirafan itu dalam masa terdekat," katanya.  Nilai hadiah keseluruhan bagi pertandingan peringkat antara...

Destinasi menarik di Terengganu jadi pilihan pelancong

Image
Oleh: Suriati Ali Pelancong luar Terengganu dan pengunjung tempatan tidak melepaskan peluang menghabiskan waktu cuti sekolah bersama keluarga dengan mengunjungi beberapa lokasi menarik di Terengganu.  Antara destinasi yang menjadi tumpuan termasuk, Pantai Batu Buruk, Taman Shahbandar, Muzium Negeri Terengganu, Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu; Taman Reakreasi dan Mini Zoo Bukit Takal, Kemaman dan beberapa pulau di negeri ini. Kuda padi menjadi pilihan pengunjung setiap singgah di Pantai Batu Burok Jalan Pantai Batu Burok sesak setiap kali tiba cuti sekolah Pihak berkaitan turut menganjurkan pelbagai program seperti Fiesta Waterfront di Taman Shahbandar, Karnival Juala Murah di Pantai Batu Buruk dan Pesta Buku di Pusat Dagangan Terengganu Jalan Hiliran, Kuala Terengganu semata-mata menarik minat pengunjung.  Menjadi kebiasaan, sepanjang 53 hari cuti akhir tahun persekolahan, lokasi itu pasti dipenuhi pengunjung dan jalan raya pula ...

Pengunjung blog