TTI Sedia Pakej Istimewa Tarikan Pengunjung Sempena Ramadan

SYA_6983

Sebagai menyahut cabaran yang diberikan oleh kerajaan negeri, Taman Tamadun Islam Management Sdn Bhd (TTIMSB) menyediakan pakej istimewa sempena Ramadan ini bagi menarik pengunjung ke lokasi tumpuan pelancong di Kuala Terengganu itu sepanjang bulan puasa nanti.
Pengarah Urusannya, Wan Adnan Wan Derahman berkata pakej yang diperkenalkan itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik dengan harga serendah RM299 seorang.
“Pakej Islah Ramadan Masjid Kristal menyajikan dua pakej berasingan di mana bagi pengunjung yang ingin menginap selama tiga hari, dua malam harganya RM299 seorang manakala bagi pakej empat hari, tiga malam pula dikenakan RM399 seorang.
“Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh mereka menyertai pakej tersebut adalah berbuka puasa di atas bot, solat terawih, qiamullail, taddarus al-Quran bersama imam Masjid Kristal dan turut akan dibawa ke kilang Desa Murni Batik,” katanya kepada pemberita.
Tambahnya, bagi mereka yang mengambil pakej empat hari, tiga malam pula, mereka akan disajikan lagi dengan aktiviti tambahan.
“Selain dibawa ke kilang Desa Murni Batik dan kembara Bazar Ramadhan di Dataran Shahbandar, mereka turut dibawa melawat ke Institut al-Quran dan juga ke rumah orang tua,” katanya.
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi pihak TTIMSB di talian 09-6278888 atau 09-6278807.

@ teganukita- Mohd Syazni Zainuddin

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog