Teruja Berada Di Terengganu

MUZIUM 4

“Saya dan rombongan lain cukup teruja dengan keindahan Terengganu, terutama apabila dibawa penganjur bermain ikan di Santuari Kelah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dan menyusuri tasik itu.
MUZIUM 2
Tiger Lim
“Melalui pengalaman itu pastinya akan kembali di negeri ini bersama keluarga atau rakan di lain waktu,” kata seorang peserta Asia Coast Travel 2014, Tiger Lim yang ditemui Teganukita.my pada Majlis Makan Malam sempena program itu, di perkarangan Muzium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Melalui program yang disertai 60 peserta pelbagai negara diselitkan program mengunjungi Tasik Kenyir, Taman Taman Islam, menyusuri sungai Terengganu dengan menaiki River Cruise.
Negara terlibat, Singapura , Thailand, Indonesia, Brunei, Laos, Maynmar dan Vietnam.
MUZIUM 1
Fika Rahma
Pengamal media dari Indonesia, Fika Rahma, 29 berkata dia berasa cukup bertuah kerana turut dipilih menyertai program itu melawat beberapa lokasi menarik di Malaysia termasuk Terengganu .
“Makanan di negeri ini terutama ketupat sotong, satar, otok-otok dan nasi dagang semuanya lazat, sukar ditemui di negara lain.
“Paling gemari adalah satar yang dihasilkan menggunakan ikan segar, sebolehnya saya akan mendapatkan makanan itu, jika kembali mengunjungi Terengganu,”katanya.
Timbalan Pengarah bahagian Promosi Antarabangsa (Asia Tenggara) Tourism Malaysia, Abdul Rauf Hassan, berkata pihaknya membawa 60 peserta masing-masing terdiri pegamal media dan agen pelancongan dari pelbagai negara, semata-mata mahu mereka merasai sendiri keindahan lokasi menarik di Malaysia, termasuk Terengganu.
Katanya, usaha itu mampu mempromosi secara berkesan melalui pelbagai kaedah, antara laman web, akhbar, dan promosi kepada pelancong melalui agen berkaitan.
“Pihak kami memilih Terengganu kerana dilihat banyak tempat indah untuk dipromosi, antaranya Tasik Kenyir dan pakej river cruise di Taman Tamadun Islam,’” katanya
@suriatiali@teganukita
admin: Lama tak bersua dengan Encik ABdul Rauf yang dulunya pernah jadi Pengarah Tourism Malaysia Terengganu yang kini Timbalan Pengarah Promosi Antarabangsa (Asia Tenggara). Di harap dapat terus membantu membawa lebih ramai delegasi terutama media ke Terengganu.

Comments

Popular post this month

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Air Mineral Recaz, keluaran terbaru Cas Ligas, Kumpulan PMINT...

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Pengunjung blog