Idea menarik: Mat Periuk tawar bufet serendah RM10 seorang

Restoran MatPeriuk memperkenalkan bufet Ramadan pada harga serendah RM10.

BAGI yang mencari hidangan berbuka ekonomi, namun masih menyelerakan, mungkin boleh cuba bufet Ramadan yang disediakan di MatPeriuk di Kampung Tersusun Tasek, Bercham, di sini.

Dengan caj hanya RM10 seorang, MatPeriuk yang diusahakan oleh adik beradik ini tampil dengan kelainan dari segi pilihan hidangan untuk menarik perhatian pengunjung.

Pengurus Operasi, Rafizatul Fairos Che Rose, 32, berkata, dengan harga serendah RM10, pengunjung boleh menikmati pembuka selera, pemanis mulut, aneka sup dan minuman dengan lebih 10 pilihan menu.

“Ini percubaan pertama kami memandangkan restoran ini baru sahaja dibuka. Alhamdulillah sambutan diterima sangat menggalakkan. Ramai yang bersetuju dengan pilihan hidangan yang ditampilkan,” katanya.
Mat
Dengan RM10, pengunjung boleh nikmati rojak buah, salad, kuih muih, bubur, kek, buah-buahan, sup daging, sup ayam dan sup cendawan.

Rafizatul berkata, terdapat juga hidangan ala carte yang menampilkan lebih 13 menu masakan Melayu dan Barat dengan harga serendah RM4.90.

Beliau berkata, ilham untuk menyediakan bufet dengan harga rendah itu muncul setelah menyedari lambakan pelbagai jenis bufet yang disediakan dengan harga agak tinggi.

“Bayar tinggi pun, tidak bermakna kita akan makan semua, jadi kami cuba beri pilihan, bayar kadar bersesuaian untuk dimakan,” katanya.


@sinar harian

admin: Jika konsep sebegini ada di Terengganu, tentunya ia idea yang menarik dan berbaloi memandangkan tawaran harga Bufet atau pakej berbuka puasa di hotel sudah semakin meningkat dengan harga yang paling rendah pun sudah mencecah RM50.00 seorang. Memang juadah yang dihidangkan itu banyak dan berbaloi dengan apa yang dibayar, tetapi keupayaan perut untuk mengisi semuanya adalah terbatas. Apatah lagi jika berkunjung 4 orang @ RM200, ia mampu menampung bahan mentah di rumah untuk sekurang-kurangnya dua minggu.

Jadi jika ada restoran atau cafe yang menawarkan dengan harga yang berpatutan, ia patut disokong dan memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk menikmati juadah Ramadhan dengan gembira.

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog