Posts

Showing posts with the label kg mangkuk

RM529 per villa, promosi istimewa di Terrapuri Resort, Setiu, Terengganu

Image
Terrapuri Resort, Setiu, Terengganu enawarkan promosi istimewa 2016 iaitu RM529.00 semalam bagi penginapan villa termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Resort yang berkonsepkan rumah klasik Terengganu yang terletak di Kg Mangkuk, Setiu, Terengganu ini menawarkan kelainan dan suasana  yang berbeza dengan resort berkonsepkan pemuliharaan dan pembangunan semula rumah lama abad ke 17 Terengganu. Dengan berlatarbelakangkan Setiu Wetland dan berhadapan Laut ChinaSelatan ia memberi dua nilai estetika yang berbeza dan unik kepada penginapnya. Di antara tarikan di resort ini adalah hidupan wetlands seperti tuntung, lokan serta pokok-pokok bakau dan nipah disekelilingnya. Apa yang paling menarik anda boleh menikmati keindahan kerlpan kelip-kelip dengan memerhatikannya di sekitar resort yang hidup dengan semulajadi tanpa diusik. Kawasan ini juga menjadi destinasi penting pendaratan penyu terutama penyu hijau (green turtle) dan juga tuntung dengan keindahan pantainya yang cantik dan ...

Terrapuri : Sebuah Mahakarya Cinta

Image
Dia mengambil masa selama 19 tahun untuk melengkapkan impiannya yang dinamakan Terapuri, suatu yang dianggap oleh sebilangan rakan sebagai ‘kerja gila’. Satu demi satu rumah-rumah lama berusia beratus tahun yang hampir runtuh dan dianggap tidak lagi bernilai oleh para pemilik, begitu juga perkakas di dalamnya termasuk kukur kelapa dan sarang kuih. Satu demi satu dicerai dan dibangunkan semula dengan kaedah tradisional oleh tukang-tukang yang masih mewarisi kemahiran, dikembali kepada bentuk asal dengan kesempurnaannya. Ia mengembali seri, keindahan dan keunikan sebenarnya untuk diberi nilai baru demi kepentingan warisan negeri dan dunia perniagaan yang diceburinya. Suatu yang mungkin berakhir sebagai bahan terbuang dan lenyap begitu sahaja kini menghiasi Terrapuri (tanah istana) di Kampung Mangkuk Penarik, hampir sejam perjalanan dari Kuala Terengganu. Alex Lee Yun Ping, 42, membelanjakan kira-kira RM2 juta untuk itu dan rumah-rumah tradisional antik berkenaan menjadi s...

Apabila Shaheizi Sam Bertamu di Agro Resort, Setiu, Terengganu

Image
Ini adalah di antara staf Agro Resort, Setiu, Terengganu yang bergambar dengan pelakon terkenal Shaheizi Sam yang sempat meluangkan masa sebelum ke lokasi penggambaran filem baru Astro Shaw ' POLIS EVO'. Lokasi penggambaran dilakukan disekitar Kg Mangkuk, Kg Telaga Papan dan Jeti Merang. Agro Resort menjadi lokasi penginapan bagi krew dan artis filem baru ini.  Memang 'humble' Shaheizi ini, mudah mesra dengan peminat walaupun agak penat selepas seharian di lokasi. Artis lain yang turut sama membintangi filem POLIS EVO ini Zizan Razak, Nora Danish, Bront Palarae, Wan Hanafi Su, Fadhilah Mansor dan ramai lagi.

Keindahan Setiu.. Kg Mangkuk.. tiada bandingan

Image
Ini adalah perkongsian fotografi keindahan senja Pantai Mangkuk berhampiran resort eksotik Terapuri. Suasana senja disini sungguh hening dan indah, sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Jika anda disimpang Kg Penarik, belok sebelah kiri dan akan sampai ke kampung nelayan tradisional Kg Mangkuk. Lokasi di sini juga kaya dengan khazanah wetland seperti payau bakau, nipah dan bermacam-macam krustasia. Di hujung tanjung iaitu di Kuala Baru terkenal dengan syurga bagi kaki pancing dan pernah menjadi lokasi Grand Final GP Joran Berita Harian.

WWF lepas 80 ekor anak tuntung di Kg Mangkuk, Setiu, Terengganu

Image
Oleh; Esah Abdullah Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia cawangan Terengganu dengan kerjasama Persatuan Wanita Setiu (Pewanis) telah melepaskan 80 ekor anak tuntung ke Sungai Kampung Mangkuk, Setiu, sebagai usaha pemuliharaan spesis haiwan sungai itu. Ketua Program Pemuliharaan Penyu WWF Terengganu, Puan Rahayu Zulkifli berkata program itu juga bertujuan meningkatkan populasi spesis tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi dan kura-kura itu, yang kini dikategorikan sebagai sangat terancam. Telur tuntung "Bermula 2009, WWF telah memulakan aktiviti pemuliharaan tuntung dengan melakukan pemantauan di pantai, melindungi telur tuntung, mengumpul data dan menjalankan kajian mengenai tuntung yang terperangkap dalam peralatan menangkap ikan.  "WWF juga meningkatkan pelbagai program kesedaran kepada orang ramai, khususnya penduduk Kampung Mangkuk untuk menjaga habitat terbesar tuntung negara," katanya kepada pemberita se...

Panorama Jeti Kg Mangkuk, Setiu, Terengganu.. sungguh indah

Image
Blogger telah berkesempatan mengunjungi Jeti @ Pengkalan Kg Mangkuk , Setiu , Terengganu . Ia Berperanan sebagai pengkalan bagi nelayan menaikkan hasil tangkapan ikan dari perut Laut Cina Selatan . Walaupun jetinya tidak sebesar pelabuhan ikan yang lain, ia adalah nadi penting bagi nelayan di sini . Dengan berlatarbelakangkan Sungai Penarik , ia adalah pintu masuk dan keluar bagi nelayan atau pelaut di sini . Turut kelihatan di sini sekumpulan nelayan sedang membaiki bot serta peralatan menangkap ikan . Pemandangan di sini walaupun dibawah sinaran mentari yang terik di atas kepala , memang indah dan mempersonakan . Tak puas mata memandang walaupun berlatarkan bot-bot usang yang terdampar di sini . Jeti ini juga penting bagi kaki - kaki pancing yang ingin memancing di sepanjang Sungai Penarik atau Kuala Baru di mana ia adalah syurga memancing di sini kerana terdapat banyak spesis i...

Pengunjung blog