Posts

Showing posts with the label kuih tradisional

Pasar Ramadhan di Setiu di enam lokasi

Image
Pasar Ramadhan di daerah Setiu kini di 6 lokasi terpilih iaitu di Sg Tarom Bandar Permaisuri, Kg Penarik, Kg Guntung Luar, Kg Bintang, Chalok Kedai serta Pekan Sri Langkap, Sg Tong. Pelbagai juadah dan jenis makanan samada lauk pauk atau kuih muih menjadi pilihan anda. Apapun membeli biarlah berpatutan dan tidak embazir kerana membeli semasa waktu lapar selalunya diluar kawalan.  Rancanglah perbelanjaan supaya setiap pembelian tidak membazir Alangkah bagusnya jika kita lebihkan belian untuk dihadiahkan kepada jiran tetangga mahupun jiran-jiran kita yang kita kenal dan tahu hidup susah atau anak ramai dan sebagainya. Juga nasihat kepada penjual, pastikan menjual makanan atau kuih yang segar dan baru dan jangan sesekali menjual kuih semalam, ia bukan sahaja tidak amanah malah boleh mendatangkan mudarat kepada orang lain. Bulan Ramadhan adalah bulan mengejar pahala dan keberkatan, ambillah peluang untuk beramal samada sebagai penjual mahupun pembeli.

Pasar Kg Raja Besut... banyak kuih tradisi di sini

Image
Pasar Kg Raja yang terletak di Pekan Kg Raja menyediakan pelbagai kemudahan asas bagi keperluan warga tempatan. Boleh dikatakan semua ada daripada bekalan bahan kering hinggalah bahan mentah basah. Bagi blogger, apa yang paling menarik kat sini adalah jualan kuih-muihnya yang pelbagai dan macam-macam dengan harga yang berpatutan. Banyak kuih-kuih tradisi yang enak ada dijual disini. Walaupun jualannya nampak secara longgok dan tambun sahaja, tetapi rambang mata untuk memilihnya. Jualan ikan masin juga menarik dan nampak segar di sini. Cubalah singgah terutama di waktu pagi. Sememangnya Kg Raja adalah pekan yang menarik dan mempunyai pelbagai daya tarikan serta warisan tradisi. Banyak keunikannya dibiarkan begitu sahaja tanpa ada pemuliharaan seperti rumah-rumah lama yang mempunyai nilai warisan pertukangan Melayu dengan keunikan senibinanya. Sayang kalau ianya dibiarkan.

Pasar Minggu dan Pasar Tani Bandar Permaisuri, Setiu, macam-macam ada di sini

Image
Batu permata bersama cincin dengan pelbagai pilihan yang menawan Pasar minggu dan pasar tani Bandar Permaisuri di Setiu, Terengganu menjadi salah satu destinasi penting kepada warga Setiu, bukan sahaja bagi mendapatkan keperluan harian, malah pelbagai barangan eksotik yang sukar didapati di bandar mahupun hari biasa. Sayur segar dari kampung Ia boleh menjadi salah satu daya tarikan yang unik terutama bagi mereka yang gemarkan pelbagai kuih tradisional, ulam-ulaman segar dan jarang di jumpai, malah anak itik pun boleh dibeli disini. Juga tentu seronok melihat para penjualnya adalah makcik-makcik yang sebaya mak kita turut sama meraih rezeki di sini. Mereka ini membawa sendiri hasil tanaman atau jualan dari pelusuk kampung untuk diniagakan di sini. Kalau bernasib baik anda akan mendapat belian yang lebih dan harga yang murah. Bagi penggemar permata dan cincin, pelbagai pilihan batu permata yang unik dengan bermacam-macam bentuk. Ikan darat pun ada ataupun ikan sunga...

Kuih Hati Sukma, begini rupanya

Image
Blogger ada mendapat pertanyaan pengunjung yang ingin mengetahui bagaimana rupanya kuih Hati Sukma , pada mulanya blogger sendiri tak pernah mendengar. Dan hasil tinjauan dan carianm maka terjumpalah resepi dan gambaran Kuih Hati Sukma ini. kalau tengok pada rupanya pernah tengok dan pernah makan, cuma tak tahu nama. Rupanya kuih ini Hati Sukma namanya. Berikut gambaran dan resepi Kuih Hati Sukma untuk tatapan anda. HATI SUKMA BERAS :: Bahan-bahan: 240gm tepung beras 500ml santan pekat 480gm gula pasir 6 biji telur Cara memasak: 1. Goreng tepung beras hingga kekuningan dan berbau harum. Ketepikan. 2. Dalam bekas berasingan, campurkan gula bersama telur dan juga santan. Gaulkan hingga sebati. 3. Apabila sebati dan gula hancur, tapiskan dan campurkan dengan tepung beras. 4. Masak adunan di atas api sederhana hingga adunan menjadi kering. 5. Angkat dan hidangkan. sumber- http://www.rasa.com.my/resipi/manisan/default.asp?ID=836

explore terengganu: Kuih Bekang

Image
explore terengganu: Kuih Bekang : Di Terengganu terdapat sejenis kuih yang hampir pupus... hehehehe.. bunyinya macam dinasourlah pulak tapi serius ni, sangat susah nak bertem...

Pengunjung blog