explore terengganu: Kuih Bekang: Di Terengganu terdapat sejenis kuih yang hampir pupus... hehehehe.. bunyinya macam dinasourlah pulak tapi serius ni, sangat susah nak bertem...
Keindahan sungai semulajadi yang jernih airnya Kemudahan bilik yang selesa Kali ini blogger ingin memperkenalkan satu lagi destinasi baru pelancongan di daerah Setiu iaitu D Kekabu Inn. Terletak di Kg Hulu Kekabu, Mukim Guntung kira-kira 15km daripada bandar Permaisuri. Dan 3km daripada sebuah resort yang terkenal di Setiu iaitu Peladang Setiu Agro Resort. Sebuah resort yang terletak ditepi Sungai Guntung ini sememangnya semulajadi indah dan mempersonakan. Aliran sungainya yang jernih pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke sini. Chalet dengan suasana kampung Pintu masuk ke D Kekabu Inn Dengan keluasan lebih kurang 1 hektar, ia menyediakan kemudahan penginapan sebanyak 3 bilik yang lengkap dan selesa. Asrama penginapan untuk 50 orang serta tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 150 orang dalam satu masa. Ia amat sesuai bagi mereka yang ingin lari dari suasana yang sibuk, mengadakan 'private party', 'Family Gathering' da...
Saudara Naquib Mohammad kini menjadi ikutan melalui lagu-lagu berloghat Terengganu yang unik dan menarik. Dengan wajah ekspresi selamba, ia menggambarkan beliau seorang insan seni. Lagu terbaru loghat Terengganu beliau iaitu 'MOK' atau Emak kini mula menjadi ikutan. di antara lirik puitis lagu MOK ini adalah seperti berikut: "Mok"(Behind the scene) Pagi la pagi mok wat kuey, Belang2 tu jugok mok kuca air, Kite tengoh makang mok nyapuh serumoh, Mok duk kicoh kaeng kite baru sudoh.. E hey mok.. mok.. ooo mok.. Ttari naek sikek mok susoh hati, Orang jjua ikang dok lalu lagi, Kite duk sedak nenggok depang tv, Mok duk rusing ddapo pah ceroh buke peti.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Bile tengohari peruk rase lapo, Akak tudung saji nasik lauk telor, Kite pong tanye dok kang wat ning saje, Mok pong jawak doh mung wat taik mate.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Sudoh abih makang mok kutik pinggang kotor, Sudoh basuh blake mok g khellak sbetor, Dok lame pahtu bunying khetung kh...
Abdul Rahman menunjukan laluan bot untuk ke Kampung Payang suatu ketika dahulu. Oleh: Aminudin Ismail. RAMAI yang tahu Kampung Payang yang terletak berhampiran Kampung Fikri, Daerah Setiu tetapi tidak ramai yang tahu di mana kedudukan sebenar Kampung Payang itu kerana sebahagian kampung itu kini menjadi lautan akibat fenomena alam iaitu hakisan laut akibat ombak membadai pantai. Semalam wartawan Teganukita ke Kampung Kuala Setiu, Setiu untuk berjumpa dengan seorang orang lama di kampung itu bagi menyingkap kembali kisah Kampung Payang yang pernah menjadi nadi bagi daerah Setiu suatu ketika dahulu itu. Abdul Rahman Ismail, bekas Penghulu Kampung Kuala Setiu yang kini berusia 82 tahun itu masih lagi sihat dan mampu mengingati peristiwa lama dengan baik termasuklah beberapa perkara tentang Kampung Payang. Beliau yang pernah berkahwin dengan penduduk Kampung Payang itu, berkata ibubapa penduduk Kampung Fikri sekarang ini adalah kebanyakannya berasal dari Kampung Payang dan mer...
bubur asyura setiap kali menjelma bulan Muharam, maka muncul lah ia hebat orang tua dulu menjadikan sebagai bubur muafakat atau gotong royong kalau dikira dari segi kos bahan bahan, tak berbaloi dengan harga dan masa. Tetapi nilai muafakat dan kebersamaan itu lebih besar dalam usaha menyiapkan bubur ini yang mengambil masa separuh hari untuk disiapkan. Nilai kebersamaan itu lebih besar dalam mendidik masyarakat supaya ringan tulang, buang keegoaan diri, hormat menghormati dan banyak lagi falsafah dan kebaikan yang dapat dijelmakan daripada aktiviti mengacau bubur asyura ini. Dulu kegiatan sebegini dapat daripada aktiviti kenduri tetapi ia mulai hilang ditelan arus masa dengan trend menempah melalui katering lebih mudah walaupun kosnya agak.mahal juga. Di harap budaya kacau asyura ini terus subur dalam meneguhkan suasana muafakat dalam masyarakat dan dalam.masa yang sama menghidupkan aktiviti masjid dan surau bubur asyura setiap kali menjelma bulan Muharam, maka muncul lah ia heba...
seronok melihat anak-anak gembira mandi sungai yang jernih dan bersih Kunjungan bersama anak-anak diprogram perkhemahan SMK Putera Jaya, Setiu ke Kg Merbau Menyusut di Setiu, Terengganu iaitu di Pusat Ko Kurikulum PPD Setiu amat menyeronokkan. Tapak perkhemahan yang terletak di tepi sungai yang indah dengan air yang begitu jernih pasti memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Kunjungan sehari suntuk dirasakan begitu singkat. Alam semulajadi di sini memang masih terpelihara dan suasana kehijauan memberi ketenangan minda dan jiwa. Untuk sampai ke sini dari Kuala Terengganu boleh masuk melalui simpang di Kg Batu 29 menuju ke Pelong atau Kg Langkap. Jarak dari simpang kira-kira 10km. Kem ini sebenarnya terletak ditepi jalan bersebelahan SK Kg Merbau Menyusut yang penuh kehijauan dengan suasana alam. Melihat keriangan anak-anak mandi sampai ke petang, ia sesuatu pasti akan diingat dan dikenang sampai bila-bila. Banyak lagi destinasi alam yang menarik di d...
Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung, Kg Guntung Luar... sedap.. sedap Hari ini blogger ingin memperkenalkan salah satu daya tarikan untuk sarapan pagi di Setiu iaitu di Kg Guntung Luar. Tu dia Gulai Ayam Kampung dan Ayam Kampung Goreng... Kedai Haji Ya ini menyediakan Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik. Memang sentiasa ramai pengunjung di sini. Boleh dikatakan kebanyakan pegawai jabatan kerajaan yang terletak 10km iaitu di Bandar Permaisuri masih sanggup datang ke sini untuk bersarapan pagi. Apa yang istimewa di sini adalah gulainya yang klasik dan tradisional. Turut di jula di sini Ayam Kampung Goreng, Nasi Dagang yang boleh di makan bersama Gulai Itik dan Ayam Kampung. Kena datang awal sikit, biasa jam 11.00 pagi habis dah.... Lokasinya, jika anda dari Kuala Terengganu, tiba di simpang 4 lampu trafik, belok kanan dan kedai ini terletak kira-kira 100 meter dari persimpangan. Ia dibuka setiap Ahad hingga Khamis dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari. Hari...
MARI KITA CARI JAWABAN KES INI MENGIKUT NERACA HUKUM SYARAK (ILMU FALAK SYARIE).. BUKAN MENGIKUT PENILAIAN LOGIK AKAL... Catatan di internet.. http://virtualfri ends.net/article/articleview.cfm?AID=44014 Umum terutamanya dari Terengganu termaklum bahawa arah kiblat Masjid Kristal yang bertemakan TAMAN TAMADUN ISLAM terletak di PULAU WAN MAN, KUALA TERENGGANU, MALAYSIA, tersilap arah kiblatnya.Saya pada awalnya kurang percaya, masakan masjid yang dibina dengan kos lebih dari RM360 juta boleh tersilap arah kiblatnya. Pagi tadi masa dalam perjalanan ke pejabat bersama dengan rakan yang berasal dari Terengganu, saya pun bertanyakan kepada sahabat saya ini untuk mendapatkan kepastian samada benar atau tidak arah kiblat Masjid Kristal ini silap. Beliau dengan yakin menyatakan memang arah kiblat Masjid Kristal silap kira-kira 30 darjah dari posisi sebenar. Beliau berkesempatan bersembahyang berjemaah disana sewaktu pulang untuk mengundi sebelum 8 Mac yang lalu. Setelah azan ...
Comments