Pasar Ramadhan di Setiu di enam lokasi



Pasar Ramadhan di daerah Setiu kini di 6 lokasi terpilih iaitu di Sg Tarom Bandar Permaisuri, Kg Penarik, Kg Guntung Luar, Kg Bintang, Chalok Kedai serta Pekan Sri Langkap, Sg Tong.

Pelbagai juadah dan jenis makanan samada lauk pauk atau kuih muih menjadi pilihan anda. Apapun membeli biarlah berpatutan dan tidak embazir kerana membeli semasa waktu lapar selalunya diluar kawalan.
 Rancanglah perbelanjaan supaya setiap pembelian tidak membazir

Alangkah bagusnya jika kita lebihkan belian untuk dihadiahkan kepada jiran tetangga mahupun jiran-jiran kita yang kita kenal dan tahu hidup susah atau anak ramai dan sebagainya.

Juga nasihat kepada penjual, pastikan menjual makanan atau kuih yang segar dan baru dan jangan sesekali menjual kuih semalam, ia bukan sahaja tidak amanah malah boleh mendatangkan mudarat kepada orang lain.

Bulan Ramadhan adalah bulan mengejar pahala dan keberkatan, ambillah peluang untuk beramal samada sebagai penjual mahupun pembeli.

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Sejarah Setiu: Kampung Payang kini jadi lautan.

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Buffet Ramadhan 2026 Felda Residence Hotel Kuala Terenggau, memyelerakan

Pakej Berbuka Puasa Termurah di Setiu di D Nora Seafood, Chalok... pakat mari weeh

Restoran Fasha Thai, Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu.... jadi ngat

Pengunjung blog