Posts

Showing posts with the label laguna setiu

Keunikan Setiu Wetland

Image
Keunikan Setiu Wetland Satu satunya tanah lembab atau paya becah di Malaysia yang mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubungan iaitu, laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulai, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau. Menjadi tempat pembiakan terbesar tuntung di Malaysia dari spesis 'Painted Terrapin'. Ia juga menjadi tempat pendaratan penyu hijau iaitu 'Chelonia Mydas di kawasan Setiu Wetland ini. Malah kawasan ini juga membekalkan benih-benih kerapu dan tiram yang menjadi sumber rezeki nelayan di kawasan Wetland Setiu ini. Sememangnya ia unik dan perlukan pemuliharaan yang intensif bagi mengekalkan keunikan dan sumber ekosistem untuk suatu jangka masa yang panjang. Kini satu lagi tarikan baru pelancongan di kawasan ini adalah memerhati burung (bird wathing) yang sememangnya memiliki jumlah burung yang banyak dan unik dan belum diteroka sepenuhnya. Dan dikatakan terdapat burung dari Siberia dan Mongolia yang singgah di sini dan kawasan...

Pergambaran Program Makan Angin TV9 di Agro Resort, Setiu, Terengganu

Image
Pengacara Makan Angin TV9 Faiz di Agro Resort, Setiu, Terengganu Kali ini blogger ingin berkongsi gambar-gambar semasa rakaman rancangan program TV9 'MAKAN ANGIN' bersama pengacara Faiz. Episod di Terengganu ini mengenengahkan keunikan masakan belut, ketam kulit lembut, sambal kecupu serta keunikan tarikan di Terengganu seperti Kg Rhu Sepuluh, Laguna Setiu, Agro Resort serta Kuala Terengganu. Sepanjang pergambaran ini, kru ini telah menginap di Peladang Setiu Agro Resort selama 5 hari. Kru dan hos sedang bersarapan Sambal Buah Kecupu, makanan unik Terengganu Inilah buah kecupu yang semakin sukar untuk mendapatnya, pihak Agro Resort telah mengambil inisiatif menanamnya di sekitar resort Salah seorang kru mencuba bakat memasak di dapur Set pergambaran di restoran AGro Resort, Setiu, Terengganu Blogger bersama hos Faiz dalam episod Makan Angin di Terengganu Bukan sekadar lakonan tetapi dah jadi aksi realiti

Sungai Hulu Kekabu.. anugerah alam yang indah

Image
Memang anugerah alam yang cantik Destinasi pilihan blogger kali ini adalah sungai yang cantik dan masih terpelihara di Kg Hulu Kekabu, mukim Guntung, Setiu, Terengganu. masih terpeliharan dan belum tercemar Dengan lokasinya yang mudah dilalui dengan kemudahan jalanraya yang baik dan terletak berhampiran jalanraya memudahkan pengunjung atau sesiapa sahaja untuk menikmati keindahan sungai mahupun berpiknik bersama keluarga. Sungai Hulu Kekabu ini yang bersambung dengan sungai Guntung sememangnya cantik dan masih terpelihara dan ia masih belum diteroka dan kurang diketahui keunikannya. Untuk sampai ke sini amat mudah sekali iaitu samada melalui persimpangan lampu isyarat Kg Guntung Luar dengan mengambil jalan ke Kg Panchur Merah atau Hulu Kekabu.  Anda juga boleh sampai ke sini melalui persimpangan Peladang Setiu Agro Resort dan terus sampai kesini. Sememangnya khazanah alam ini adalah satu anugerah yang patut dipelihara, dijaga serta dinikmati dengan sewajarnya.  B...

Keindahan Lata Payung, Setiu... masih belum di terokai...

Image
Ini gambar-gambar yang sempat dirakam blogger tempohari semasa berkunjung ke sana. Memandang waktu pun sudah hampir Maghrib dan dalam keadaan cuaca yang hujan dan tidak menentu, hanya sekadar ini gambar-gambar yang dapat dikongsi di blog ini. Dari segi potensi, lata ini wajar diberi perhatian dengan dilengkapkan kemudahan yang sewajarnya kerana jalanraya untuk sampai ke sini sudah baik dan bertar. Apa yang perlu adalah kemudahan papantanda serta promosi yang agresif oleh pihak berkuasa tempatan dan daerah serta pihak berkuasa pelancongan negeri. Terengganu amnya dan Setiu khususnya kaya dengan destinasi pelancongan menarik yang wajar dicemburui, tetapi ia belum diterokai sebaiknya supaya dapat menjana pendapatan dan ekonomi terutama kepada penduduk tempatan.

Segmen Foto: Panorama di Agro Resort

Image
bercirikan tradisional suasana tasik yang damai Gambar-gambar yang dirakam di Agro Resort, Setiu, Terengganu, nanti selepas touch up sikit akan di upload untu dikongsi bersama di blog ini. landskap pokok berbentuk binatang tenang di sini suasana pagi yang hening Lambaian poko kelapa yang menggamit suasana

Hari ke 3 tahun 2012 persekolahan anak-anak- macam-macam ragam

Image
Ragam di Tadika yayasan Islam Putera Jaya Hari ini sibuk menguruskan persekolahan anak-anak. Rupa-rupanya sudah empat orang menjejaki alam persekolahan. Yang sulung sudah ke darjah 5, yang kedua darjah 3, yang ketiga darjah 1 dan yang kempat memasuki Tadika Yayasan Islam. darjah Satu di SK Lembah Jaya, Setiu, Terengganu Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Cuma hari ini bagi ujian kecil anak-anak menguruskan kewangan belanja sekolah. Hasilnya yang darjah satu, bagi RM5.. semua dibelanjanya habis. Yang abang-abang masih berbaki RM2 setiap seorang. Esok nampaknya kena ubah plan agar mereka dapat berhemah dalam berbelanja. Kena ada planning. Yang masuk tadika, alhamdulillah cepat menyesuaikan diri hasil asuhan di taska. Semoga dapat menikmati pelajaran seenak-enaknya. nanti gambar-gabar hari pertama persekolahan akan dimuat naik. macam-macam ragam kanak-kanak berusia 5 tahun yang kena tunggu pun ada Add caption

Banjir Luarbiasa di Kg Guntung Luar, Setiu, Terengganu

Image
1 Januari 2012 Ahmad Sanusi Banjir Luar Biasa Kg Guntung Luar, Setiu, Terengganu Setiu. Hujan lebat yang turun sejak petang semalam telah mengakibatkan berlakunya banjir yang luar biasa di Kg Guntung Luar dan kawasan kampung sekitarnya. Limpahan air Sungai Guntung mengakibatkan seluruh kawasan dan jalanraya telah dilimpahi sejak semalam hingga ke pagi ini. Para penduduk di sini tidak menyangka sama sekali hujan lebat kali ini telah mengakibatkan rumah mereka telah dinaiki air memandang sepanjang 10 tahun yang lalu tidak pernah berlaku limpahan air sebegini. 30cm hingga 50cm. Jalan bagi laluan ke Guntung Dalam - Kg Saujana ditutup kepada kenderaan ringan. Fenomena ini agak luar biasa dengan berlaku limpahan air yang yang mendadak memandang hujan baru turun semalaman. Walaubagaimanapun jalan utama Bandar Permaisuri- Jerteh masih boleh dilalui seperti biasa.

UMT dan WWF jalin kerjasama urus tanah becah @ wetland di Terengganu

perkongsian berita dari TEGANUKITA : 28 December 2011 UMT dan WWF jalin kerjasama urus tanah bencah Oleh; Esah Abdullah Daerah Setiu mempunyai kawasan tanah bencah terluas di Pantai Timur yang dilitupi oleh ekosistem air payau dan rangkaian sungai-sungai Setiu, Chalok, Bari dan Merang. Tanah bencah ini menempatkan pelbagai habitat semula jadi haiwan dan tumbuhan termasuk vetegasi riparian/sungai, hutan paya gelam, hutan paya laut dan nipah serta kawasan rumpai laut, Kawasan ini juga menyokong populasi liar spesies reptilia terancam seperti tuntung laut, tuntung sungai dan juga penyu agar. Kajian menunjukkan kawasan ini juga didiami 29 spesies mamalia, 161 spesies burung dan 28 spesies reptilian di samping mempunyai kepentingan sebagai tapak kepelbagaian biologi yang disokong kehadiran banyak banyak spesies vertebrata dan invertebrata laut dan air tawar. Menyedari itu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah Menandatangani Memorandum Persefahaman (...

Makan Ikan 'darat' @ ikan sungai musim banjir... Setiu, Terengganu

Image
Ikan puyu, ikan haruan, ikan 'peras' dan macam-macam lagi ada Salam... Kalau ikut ramalan, gelombang kedua banjir akan melanda lagi wilayah Pantai Timur termasuk daerah aku Setiu. Walaupun sehari dua ini nampaknya cuaca panas menarik dan bolehlah kain dijemur kat luar rumah. Apapun semasa gelombang pertama banjir baru-baru ini, sempat juga melepaskan rindu untuk makan 'ikan darat' atau ikan air tawar seperti ikan puyu, ikan 'peras' @ sebarau, ikan haruan dan macam-macam lagi. Dah siap bubuh garam dan kunyit RM3 sebungkus Limpahan banjir baru-baru ini merupakan satu rezeki kepada nelayan-nelayan kecil serta mereka yang hobi memukat. Ini kerana ikan air tawar ini bagaikan pesta bermain air sampai lupa diri dan menjadi rezeki kepada penduduk tempatan. ikan segar-segar 5 ekor @ RM1, mana nak cari murah begini Kunjungan aku ke Kg Nyatoh, Kg Buruk serta Kg Tasik memang untuk meninjau air banjir sambil melilau mencari ikan darat @ air tawar. hasilnya ...

Kari Kepala Ikan Sg Tarom Setiu.. memang sedap... terangkat

Image
Kari Kepala Ikan Merah... mengancam Kali ini blogger ingin berkongsi tentang tempat makan yang enak di Setiu. Destinasi kali ini adalah Warung Kari Kepala Ikan di Sungai Tarom, Setiu . Ia terletak berhadapan dengan padang bola Sungai Tarom Setiu. Jika anda dari Kuala Terengganu adalah selepas Hospital Setiu dan jika anda dari Jerteh atau Kota Bharu adalah selepas melalui Bandar Permaisuri. Kari Kepala Ikan di sini adalah dari kepala ikan tenggiri atau ikan merah. Blogger telah memilih kepala ikan merah. Memang besar kepalanya kira-kira dekat 1 kg. Dan rasanya memang enak di makan bersama nasi panas bersama acar jelatah dan papadom. Makan dengan nasi panas .. menyelerakan Kari kepala ikan yang dimasak bersama terung serta kacang bendi memang sedap dan menyelerakan. Penangan kepala ikan ini memang hebat. Harga bagi kepala ikan besar bersama 2 nasi putih bersama acar dan papadom serta air adalah RM35.00. Jika dibandingkan dengan harga ikan yang mahal sekarang ia di kira berpatu...

Pengunjung blog