Posts

Showing posts with the label masjid kristal

Kiblat Masjid Kristal, Terengganu tersasar atau salah?... mari baca dan dengar penjelasan ini

Image
MARI KITA CARI JAWABAN KES INI MENGIKUT NERACA HUKUM SYARAK (ILMU FALAK SYARIE).. BUKAN MENGIKUT PENILAIAN LOGIK AKAL... Catatan di internet..  http://virtualfri ends.net/article/articleview.cfm?AID=44014 Umum terutamanya dari Terengganu termaklum bahawa arah kiblat Masjid Kristal yang bertemakan TAMAN TAMADUN ISLAM terletak di PULAU WAN MAN, KUALA TERENGGANU, MALAYSIA, tersilap arah kiblatnya.Saya pada awalnya kurang percaya, masakan masjid yang dibina dengan kos lebih dari RM360 juta boleh tersilap arah kiblatnya. Pagi tadi masa dalam perjalanan ke pejabat bersama dengan rakan yang berasal dari Terengganu, saya pun bertanyakan kepada sahabat saya ini untuk mendapatkan kepastian samada benar atau tidak arah kiblat Masjid Kristal ini silap. Beliau dengan yakin menyatakan memang arah kiblat Masjid Kristal silap kira-kira 30 darjah dari posisi sebenar. Beliau berkesempatan bersembahyang berjemaah disana sewaktu pulang untuk mengundi sebelum 8 Mac yang lalu. Setelah azan ...

TTI Sedia Pakej Istimewa Tarikan Pengunjung Sempena Ramadan

Image
Sebagai menyahut cabaran yang diberikan oleh kerajaan negeri, Taman Tamadun Islam Management Sdn Bhd (TTIMSB) menyediakan pakej istimewa sempena Ramadan ini bagi menarik pengunjung ke lokasi tumpuan pelancong di Kuala Terengganu itu sepanjang bulan puasa nanti. Pengarah Urusannya, Wan Adnan Wan Derahman berkata pakej yang diperkenalkan itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik dengan harga serendah RM299 seorang. “Pakej Islah Ramadan Masjid Kristal menyajikan dua pakej berasingan di mana bagi pengunjung yang ingin menginap selama tiga hari, dua malam harganya RM299 seorang manakala bagi pakej empat hari, tiga malam pula dikenakan RM399 seorang. “Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh mereka menyertai pakej tersebut adalah berbuka puasa di atas bot, solat terawih, qiamullail, taddarus al-Quran bersama imam Masjid Kristal dan turut akan dibawa ke kilang Desa Murni Batik,” katanya kepada pemberita. Tambahnya, bagi mereka yang mengambil pakej empat hari, tiga ...

Makan Malam di Atas Bot Penambang 'Susur Sungai Terengganu'.. anda patut mencubanya

Image
Bot Penambang 'Terengganu River Cruise' Jemputan daripada Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) untuk makan malam di atas bot 'Terengganu River Cruise' sesuatu yang sukar dilepaskan. Turut bersama dalam majlis ini adalah rakan-rakan media seperti BERNAMA, Unit Komunikasi SUK Terengganu, MANIS FM, Pengarah Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu, Ketua Sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2013, pengusaha pelancongan, Tourism Malaysia serta blogger. Penerangan oleh Pengerusi PPNT, Wan Sufian Dato Wan Ishak Rakan media dan tetamu yang hadir Rasa seronok apabila sekali sekala bersama dan bertukar pandangan terutama dalam hal ehwal industri pelancongan di negeri Terengganu. Apa yang istimewa adalah masa bersama ini diraikan dalam majlis makan malam istimewa di atas bot penambang yang kini telah dinaik taraf sebagai bot pelancong untuk menyusuri Sungai Terengganu. Sup Krim Cendawan yang enak antara menu santapan dalam Makan Malam atas bot P...

TEGANU KITA: TIIAF 2012 bakal dihadiri 50,000 pengunjung

Image
Oleh: Suriati Ali Kira-kira 50,000 pengunjung tempatan dan luar negara dijangka hadir memeriahkan `Terengganu International Islamic Arts Festival (TIIAF) 2012’ di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Program yang berlangsung selama empat hari dan bermula 14 September itu dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama TTI. Sebanyak 17 negara, termasuk Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Jepun, China, India dan Pakistan akan terlibat sepanjang program itu berlangsung. Pengarah Urusan TTI Haji Engku Md Azmi Engku Abd Rahman berkata, apa yang membanggakan, pakar-pakar seni khat dan pemuzik profesional dari Mesir, Turkey, Syria, Iran, Afrika Selantan dan Sepanyol turut menyertai festival kali kedua dianjurkan. Katanya, program yang akan berlangsung nanti adalah kesinambungan daripada program Inspirasi Seni Khat Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun lepas. “Sambutan yang diterima pada program itu sangat menggalakkan sehingga mendorong TTI memperluaskan p...

Berbuka Puasa Di Taman Tamadun Islam

Image
Pada Ramadhan baru-baru ini, blogger mendapat jemputan untuk menghadiri jemputan Majlis Berbuka Puasa bersama agen dan media di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man. TTI juga pada hari yang sama turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama naka yatim dan turut mendapat liputan Terengganu FM. Dalam banyak-banyak majlis berbuka puasa yang dihadiri blogger, di sini adalah antara yang istimewa dimana ia dihidangkan bersama 'AIR ZAM ZAM'. Terima kasih kepada TTI. Blogger tidak melepaskan peluang untuk minum air zam zam sepuas puasnya bersama kurma. Menu yang lain juga tidak kurang hebatnya. Apalagi dengan suasana nyaman dan santai di pinggir Sungai Terengganu pastinya suasana berbuka anda penuh ketenangan. Selesai berbuka, blogger terus ke Masjid Kristal bagi menunaikan solat Maghrib. Dengan suasana yang nyaman dan kedinginan penghawa dingin, solat menjadi lebih tenang. Selesai solat, blogger mengambil kesempatan bersiar-siar sambil menikmati suasana malam dengan berlatarkan Masj...

Jalan-Jalan di Taman Tamadun Islam

Image
Sapa-sapa yang belum pernah ke sini pasti teruja bila dapat sampai ke Taman Tamadun Islam, di Pulau Wan Man, Losong. Apa apa pun adalah lebih baik bagi sapa-sapa yang ada plan nak berkunjung ke sini untuk sampai lebih awal. Bukan apa bimbang tak puas round habis taman ini. Itu belum lagi untuk mencuba aktiviti di sini seperti menaiki tram, juga mengayuh paddle boat yang memang menyeronokkan. Bagi penggemar fotografi, pastinya terasa macam tak cukup kamera untuk shoot angel yang bagus-bagus. Rasa macam masih banyak sudut-sudut menarik yang belum di teroka. Apa yang paling menarik di sini adalah monumen-monumen yang terkenal dari seluruh dunia telah direplikakan dengan begitu halus dan teliti sekali dan rupanya seperti yang asal seperti Kubah Al Sakkrah, Masjid Negara, dan macam-macam lagi. Nak tahu dengan lebih jelas lagi jom kita plan untuk datang sini. Makanan kat B Benteng pun best jugak. Hari tu sempat juga pekena Nasi Kambing Berempah serta makanan Arab yang lain. Nak cerita panjan...

Masjid- masjid di Terengganu

Image
Kalau kita berjalan di sepanjang jalan dari Kemaman hingga ke Besut, apa yang paling menarik pada pandangan mata adalah keunikan masjid-masjid di Negeri Terengganu. Pelbagai ragam binaan bukan sahaja sebagai tempat beribadat dan berehat di perjalanan, ia juga menghasilkan hasil seni foto yang menarik andai masa dan ketika yang sesuai dengan sudut serta pengcahayaan yang baik akan menghasilkan hasil seni yang memukau dan indah di pandang mata. Begitulah hebat rumah Allah swt, jika kita menghayatinya, ia bukan sahaja menarik pada pandangan mata juga boleh mengagumkan kita bahawa ilham yang diberi pada arkitek dan juga ketenangan suasana alam dapat menyejukkan pandangan dan menenangkan kalbu. Ini adalah di antara hasil-hasil foto anak Terengganu yang cukup memikat bagi menceritakan keindahan masjid-masjid di Terengganu dari perspektif fotografi.

Pengunjung blog