iklan nuffnang

Thursday, 23 September 2010

Berbuka Puasa Di Taman Tamadun Islam






Pada Ramadhan baru-baru ini, blogger mendapat jemputan untuk menghadiri jemputan Majlis Berbuka Puasa bersama agen dan media di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man.

TTI juga pada hari yang sama turut mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama naka yatim dan turut mendapat liputan Terengganu FM.

Dalam banyak-banyak majlis berbuka puasa yang dihadiri blogger, di sini adalah antara yang istimewa dimana ia dihidangkan bersama 'AIR ZAM ZAM'. Terima kasih kepada TTI. Blogger tidak melepaskan peluang untuk minum air zam zam sepuas puasnya bersama kurma.

Menu yang lain juga tidak kurang hebatnya. Apalagi dengan suasana nyaman dan santai di pinggir Sungai Terengganu pastinya suasana berbuka anda penuh ketenangan.

Selesai berbuka, blogger terus ke Masjid Kristal bagi menunaikan solat Maghrib. Dengan suasana yang nyaman dan kedinginan penghawa dingin, solat menjadi lebih tenang. Selesai solat, blogger mengambil kesempatan bersiar-siar sambil menikmati suasana malam dengan berlatarkan Masjid Kristal yang amat indah. Kombinasi alam dengan keunikan ciptaan manusia jelas nampak hebat apa yang di anugerahkan ilahi pada kita.

No comments:

nuffanng advert

lazada advt

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

My Blog List

kongsi blog