Teruskan aktiviti kebudayaan Payang Walk-PPNT
Oleh; Esah Abdullah Kerajaan negeri digesa meneruskan aktiviti persembahan kebudayaan sempena program Payang Walk yang akan bermula semula pada Khamis depan. Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) Wan Supian Dato’ Wan Ishak berkata, persembahan kebudayaan itu merupakan satu daya tarikan kepada pelancong untuk berkunjung ke Payang Walk di samping dapat memperkenalkan kebudayaan tempatan. “Persembahan kebudayaan seperti wayang kulit, rodat, tarian saba, silat adalah antara persembahan kebudayaan yang masih ada untuk diketengahkan kepada pelancong dan kepada generasi baru,” katanya. Menurutnya, persembahan kebudayaan di Payang Walk diadakan setiap Sabtu dan Ahad itu mula diperkenalkan pada Oktober tahun lalu, tetapi telah dihentikan pada Disember kerana masaalah cuaca. ``Bagaimanapun PPNT berharap acara persembahan kebudayaan itu dapat diadakan sempena program itu berlangsung bagi mempamerkan kehebatan kebudayaan negeri. ``Kita banyak diberi pendedahan mengen...