Posts

Showing posts with the label pelita raya

Selfie Dengan Pelita Raya Di #RnRPerasing Dapat Hadiah... Jom kita selfie

Image
Pihak pelancongan negeri Terengganu  menawarkan cenderahati kepada semua pengguna lebuh raya pantai timur 2 (LPT2) yang singgah ke hentian rehat dan rawat perasing bagi bergambar dengan suasana bercahaya pelita raya. Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata pelita raya itu akan dipasang mulai 10 Jun ini dan orang ramai boleh memuat naik gambar-gambar yang diambil ke laman media social Facebook ataupun istagram dengan hastag #rnrperasing .  “kita boleh lihat cahaya pelita menerangi hentian itu dari atas LPT2  dan kita harap pengguna akan singgah disamping boleh menikmati minuman panas dan snek percuma yang disediakan disitu. “harapan kita agar mereka boleh singgah dan berselfie di situ dan memuat naik gambar-gambar tersebut di laman media social dan akan menerima hadiah dari penaja-penaja bagi membantu mempromosikan hentian rehat tersebut. “Jawatan kuasa kemajuan kampong bersama pengusaha-pengusaha di hentian itu ...

Keputusan Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015

Image
Keputusan Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015 telah pun di umumkan semalam di Majlis Hari Raya Perdana Daerah Setiu. Pengumuman juga turut melibatkan pertandingan Selfie Pelita Raya D Ganu 2015. Hadiah-hadiah telah di sampaikan oleh YB Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Komunikasi Dato' Mohd Jidin Bin Shafee yang juga ADUN Permaisuri. Inilah senarai pemenang bagi Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015 1. Hassan Bin Ali -Kg Air Sejuk 2. Mohd Ali Bin Abu Bakar -Kg Panchur Merah 3. Ruhadi Bin Ahmad - Kg Air Sejuk 4. Jusoh Bin Tahir- Air Sejuk 5. Nik Abd Razak Bin Che Muda- Kg Panchur Merah Manakalan bagi pertandingan Selfie Pelita Raya DGanu 2015 adalah sebagaimana berikut: 1. Ahmad Syakir Adli 2. Arra Wady Zayyad 3. Kamarul Mazura 4. Haa Rahman 5. Adam Raihana Semua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai. Tahniah di ucapkan. Pertandingan ini sememangnya menarik ramai sekali pengunjung ke kedua-dua kampung bagi menikmati keindahan hiasan pelita ra...

Inilah RAYA... Pertandingan Pelita Raya Negeri Terengganu.. memang nostalgia

Image
Inilah RAYA sempena Pertandingan Pelita Raya peringkat negeri Terengganu yang sedang berlangsung di Kg Air Sejuk dan Kg Panchur Merah, Setiu, Terengganu. Pelbagai hasil kreatif dan menarik pelita raya membawa kita kepada kenangan dan nostalgia raya sewaktu zaman kanak-kanak. Dengan hiasan pengcahayaan yang menarik membuatkan kita rasa seronok dikelilingi cahaya pelita. Inilah RAYA... Jom kita kunjung dan anda sebagai pengunjung juga berpeluang memenangi duit raya dengan ber'selfie' dan dimuatnaikkan ke Facebook Pelita Raya Terengganu. Dengan jumlah 'like' terbanyak anda berpeluang memenangi duit raya dari Tourism Terengganu. Terma kasih Tourism Terengganu kerana penganjuran acara yang unik dan menarik ini dan mungkin boleh diluaskan lagi pada masa akan datang. @Tourism Terengganu @ FB Pelita Raya Terengganu

Pesta Pelita Raya di Tepoh, Terengganu memang meriah

Image
Oleh: Suriati Ali Peserta Pertandingan Pelita Raya 2012 membabitkan lima kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh mempamerkan kreativiti masing-masing dengan memasang pelita mengikut kerangka buluh atau kayu yang dicipta. Terdapat di antara mereka membentuk kerangka bangunan Kuala Lumpur City Center (KLCC), Menara Kuala Lumpur, kapal terbang dan kubah masjid, astaka, kapal layar dan penyu. Kira-kira 200 rumah di Kampung (Kg) Padang Hangus, Kg Pagar Ubi, Kg Raja, Kg Baru dan Kg Tokeng mula diterangi cahaya pelita kira-kira jam 10 malam atau sebaik saja jemaah pulang dari mengerjakan solat sunat Tarawih. Suasana menarik serta cukup unik itu dapat dilihat selama tiga malam berturut-turut dan berakhir pada malam ini (5 Ogos). Tinjauan Teganukita di sekitar kampung yang terlibat mendapati peserta yang terlibat berganding bahu antara ahli keluarga untuk memasang pelita pada kerangka yang dibentuk. Apa yang menariknya, ada antara mereka masih mengekalkan tradisi m...

Pengunjung blog