iklan nuffnang

Tuesday, 4 August 2015

Keputusan Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015


Keputusan Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015 telah pun di umumkan semalam di Majlis Hari Raya Perdana Daerah Setiu. Pengumuman juga turut melibatkan pertandingan Selfie Pelita Raya D Ganu 2015.

Hadiah-hadiah telah di sampaikan oleh YB Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Komunikasi Dato' Mohd Jidin Bin Shafee yang juga ADUN Permaisuri.

Inilah senarai pemenang bagi Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015

1. Hassan Bin Ali -Kg Air Sejuk
2. Mohd Ali Bin Abu Bakar -Kg Panchur Merah
3. Ruhadi Bin Ahmad - Kg Air Sejuk
4. Jusoh Bin Tahir- Air Sejuk
5. Nik Abd Razak Bin Che Muda- Kg Panchur Merah

Manakalan bagi pertandingan Selfie Pelita Raya DGanu 2015 adalah sebagaimana berikut:

1. Ahmad Syakir Adli
2. Arra Wady Zayyad
3. Kamarul Mazura
4. Haa Rahman
5. Adam Raihana

Semua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai. Tahniah di ucapkan.

Pertandingan ini sememangnya menarik ramai sekali pengunjung ke kedua-dua kampung bagi menikmati keindahan hiasan pelita raya di Kg AIr Sejuk dan Kg Panchur Merah, Setiu, Terengganu.

Ia sememangnya unik, menarik dan boleh dikembangkan dan diteruskan lagi kepada antara hotel dan resort, atau kampung terbaik dan sebagainya.

Dengan adanya pertandingan ini keadaan kampung serta hubungan diantara penduduk menjadi semakin erat dalam sama-sama menghias dan juga menjaga kebersihan rumah masing-masing dan ianya satu yang amat positif.

Cuma dari segi promosi dan hebahan perlu dperluas dan ditingkatkan lagi supaya ia benar-benar menggamit pengunjung untuk datang menikmati keindahan elita raya yang sememannya tradisional dan unik.

No comments:

nuffanng advert

lazada advt

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

My Blog List

kongsi blog