Selfie Dengan Pelita Raya Di #RnRPerasing Dapat Hadiah... Jom kita selfie

Pihak pelancongan negeri Terengganu  menawarkan cenderahati kepada semua pengguna lebuh raya pantai timur 2 (LPT2) yang singgah ke hentian rehat dan rawat perasing bagi bergambar dengan suasana bercahaya pelita raya.
Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata pelita raya itu akan dipasang mulai 10 Jun ini dan orang ramai boleh memuat naik gambar-gambar yang diambil ke laman media social Facebook ataupun istagram dengan hastag #rnrperasing .
 “kita boleh lihat cahaya pelita menerangi hentian itu dari atas LPT2  dan kita harap pengguna akan singgah disamping boleh menikmati minuman panas dan snek percuma yang disediakan disitu.
“harapan kita agar mereka boleh singgah dan berselfie di situ dan memuat naik gambar-gambar tersebut di laman media social dan akan menerima hadiah dari penaja-penaja bagi membantu mempromosikan hentian rehat tersebut.
“Jawatan kuasa kemajuan kampong bersama pengusaha-pengusaha di hentian itu memasang pelita dan ianya melibatkan komuniti setempat juga saling berganding bahu dengan jabatan pelancongan negeri,katanya kepada pemberita  dalam satu sidang media hari ini.
Selain itu , Tun berkata ,hadiah  cenderahati T-Shirt dan sebagainya itu akan diberi kepada semua yang memuat naik gambar-gambar mereka bersama pelita raya yang akan dipasang itu.
@Terengganu Times

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Pengunjung blog