Posts

Showing posts with the label pulau redang

10 Lokasi Terbaik, Ikon Pelancongan

Image
Sepuluh destinasi menarik dan terbaik di negeri ini digelar sebagai ikon pelancongan sebagai usaha meningkatkan jumlah kedatangan pelancongan tempatan dan luar negara. Ikon pelancongan itu termasuk Taman Taman Islam; Taman Reakresi dan Mini Zoo Bukit Takal; Muzium Negeri; Pulau Redang; Pulau Warisan; Tasik Kenyir; Pantai Batu Buruk; Pasar Besar Kedai Payang; Masjid Tengku Tengah Zaharah dan Kampung Cina Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie berkata, destinasi itu wajar digelar sebagai ikon kerana menjadi faktor penyumbang peningkatan jumlah pelancongan pada setiap tahun. Katanya, peningkatan jumlah pelancong bukan saja mampu memberangsangkan ekonomi negeri dan menarik minat pelabur malah meningkatkan taraf hidup penduduk terutama yang membabitkan diri dalam perniagaan. “”Apa yang membanggakan apabila tiba musim cuti sekolah atau umum, peniaga keropok lekor, pengusaha kain batik dan songket bagaikan tidak menang tangan melayan p...

TEGANU KITA: Peruntukan RM168j ubah wajah Taman Rekreasi Waterfront

Image
Oleh: Aida Abd Rahman Taman Rekreasi Waterfront, Pulau Kambing bakal berubah wajah dan mampu menggamit lebih ramai pengunjung dalam dan luar Terengganu tidak lama lagi apabila kerja menaik taraf lokasi pelancongan yang menelan belanja kira-kira RM168 juta bakal dilaksanakan bermula tahun depan. Kerja mereka bentuk, membina dan menyiapkan infrastruktur di pusat tumpuan pelawat di pinggir Sungai Terengganu itu termasuk dalam projek pembangunan pelancongan negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata komponen yang terlibat dalam projek berkenaan seperti kerja menambak kawasan seluas 6.2 hektar dan pembinaan 535 lot parkir kenderaan kepada pengunjung. “Kerja-kerja lain yang akan dibangunkan di kawasan itu termasuk membina sebuah jeti berukuran 25 meter x 100 meter untuk ke Pulau Redang,dua jeti terapung, lima unit wakaf, satu kilometer (km) laluan pejalan kaki dengan tiga meter...

Program Pulau Bersih & Indah semai semangat cintai keindahan alam

Image
  Oleh: Aida Abd Rahman Dalam usaha memupuk semangat mencintai keindahan dan kebersihan di lokasi tarikan pelancong, program Pulau Bersih dan Indah, diadakan di Kampung Pulau Perhentian Kecil, Besut, baru-baru ini. Program dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu (PKPMNT) dengan kerjasam kerajaan negeri, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pelajaran dan Tourism Malaysia Terengganu. Pengarah PKPMNT, Encik Mohd Sabri Zakaria, berkata program yang julung kali dilaksanakan Kementerian Pelancongan itu merupakan antara program ke arah meningkatkan inovasi dalam sektor pelancongan sempena kempen `1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ . “Program dapat menyemai semangat cintakan keindahan dan kebersihan dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya di tempat yang sentiasa menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara. “Seramai 500 peserta di kalangan masyarakat kampung dan pelajar sekolah menyertai acara yang dapat memupuk semanga...

Had kedatangan pelancong ke pulau

Image
Oleh: Suriati Ali dan Umi Ikrimah Abdillah (Pelatih) Kerajaan negeri akan mengehadkan kedatangan pelancong dan muatan barangan ke beberapa pulau peranginan tersohor di Terengganu dalam usaha memulihara alam semula jadi demi manfaat generasi akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Dato’ Abdul Rahin Mohd Said berkata, pihaknya akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk meneliti beberapa aspek keperluannya sebelum ia boleh dilaksanakan. Katanya, jawatankuasa itu akan mengkaji kemungkinan mengehadkan barangan mengikut jumlah jam pengunjung berada di pulau-pulau berkenaan bagi menikmati alam semula jadi. “Pendekatan kita pada peringkat awal ini adalah untuk memikirkan berapa jam dibenarkan berada di pulau dengan bermalam di tanah besar. “Mungkin kita akan menyediakan pakej tiga hari satu malam iaitu dua hari di tanah besar dan satu hari di pulau,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Tahunan Antarabangsa U...

Pulau-Pulau Terengganu....

Pulau Redang adalah antara pulau yang paling terkenal di Terengganu yng dapat kunjungi samada melalui jalan udara ataupun laut.Dengan kemudahan resort dan pusat selam skuba yang banyk di pulau ini, ia adalah antara destinasi pilihan pengunjung ke Terengganu. Dengan 31 pusat selam skuba, sukan air serta aktiviti snorkeling yang menyeronokkan tidak akan menghampakan anda jika berkunjung ke sini. Banyak pilihan resort mengikut bajet anda pastinya memberi anda pelbagai pilihan. apapun pastikan anda membuat tempahan awal melalui agensi pelancongan supaya keriangan anda tidak terhenti dan memori percutian anda akan terus semadi di pulau ini. Taman Laut di Pulau Pinang berhampiran Pulau Redang adalah antara lokasi wajib untuk dikunjungi bagi melakukan aktiviti snorkeling. Dengan pelbagai hidupan bawah laut yang berwarna warni akan memberi dimensi baru betapa indannya syurga di bawah laut di Terengganu. Pulau Perhentian Besar dan Kecil juga menawarkan percutian yang menarik kepada ...

Kemudahan Pelancongan di Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: A 1.5km buggy road costing RM4.5 million is currently being built in Pasir Panjang on the resort island of Redang, off here. State economic planning unit director Datuk Mat Razali Kassim said the road was to facilitate movement of tourists on the island. "It is almost 90 per cent completed. We expect to open it in February," he said. The road would start from the island's jetty and connect resorts along the island's beaches, he said. Redang is regarded as among 10 most beautiful islands in the world. -- Bernama Begitulah petikan berita dalam NST 15 September 2010 yang memberi satu kemudahan baru kepada pelancong di Pulau Redang, Terengganu. Dengan Kemudahan ini akan memudahkan lagi akses atu perhubungan di kawasan pulau dan ianya dapat memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati keindahan pulau yang cantik ini semamksimum mungkin. Terima kasih juga diucapkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu kerana memberi perhatian serius terhadap kemu...

Fakta Menarik Pulau Redang

Fakta Menarik berkenaan Pulau Redang; Terletak 50km di luar pantai Kuala Terengganu Merupakan salah satu lokasi selam skuba (scuba diving) yang terbaik di Malaysia Mempunyai spesis batu karang tertua di dunia Penerima Anugerah Pelancongan Malaysia anjuran Tourism Malaysia dalam Kategori Alam Semulajadi Terbaik sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1994/95 dan 2002/03 Lokasi selam skuba di Pulau Redang Tanjung Lang Tanjung Tok Kong Tanjung Gua Kawah Pasir Panjang Batu Mak Chantek Penginapan di Pulau Redang Berjaya Redang Beach Resort Coral Redang Island Resort Laguna Redang Redang Bay Resort Redang Beach Resort Redang Kalong Resort Redang Lagoon Redang Reef Resort Redang Lang Island Resort Redang Holiday Beach Villa Resort (di susun dan dirujuk dari Libur Julai 2008 ms 77)

Pulau Redang..... wonderful island

Image
Pulau Redang ... destinasi yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung untuk ke Terengganu. Tarikannya bagaikan magnet bukan sahaja menggamit pelancong tempatan malah antarabangsa. Sebaik sampai di jeti Merang untuk menaiki bot, telah timbul rasa teruja yang menceritakan bahawa Pulau Redang memang benar-benar cantik, kata orang indah khabar indahlah rupa. Untuk ke sana kita boleh menaiki bot samada dari jeti Merang ataupun menggunakan feri dari Kuala Terengganu. setelah sampai di sana keindahan pasir pantai yang memutih pastinya memukau mata anda. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Pulau Redang mempunyai dua pantai yang mempersonakan iaitu pantai Pasir Panjang yang juga terletak banyak chalet dan resort di sini serta pantai Teluk Dalam Kecil. Apa yang menarik, pelbagai aktivitiviti boleh dilakukan di sini. Antara yang paling menyeronokkan adalah 'snorkeling' sambil menikmati keindahan alam bawah laut yang jauh berbeza dengan dengan alam daratan. Pelbagai spesis ikan dan kar...

Pengunjung blog