Terengganu Bakal Perkenal T-Food Tawar Harga Berpatutan
Terengganu akan mewujudkan medan selera baharu, T-Food di Tanjung, Kuala Terengganu dengan mengenakan harga terkawal dalam usaha menggalakkan lebih ramai pengunjung dan mengubah persepsi buruk orang ramai mengenai kedai makan di negeri ini yang mengenakan harga mahal. Menteri Besar, Dato’Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pembinaan kemudahan itu juga dapat mengembalikan semula tarikan ramai pengunjung di medan selera sedia ada dengan menggunakan konsep `cara lama, dimensi baru. “Kemudahan baharu itu akan memberi keselesaan kepada pelanggan kerana akan dilengkapi penghawa dingin serta tukang sapu dengan konsep yang lebih santai, moden dan bersih. “Semua makanan Terengganu seperti keropok, satar, kuih akok dan apa sahaja akan ditempatkan di medan selera baharu itu. Peniaga berkenaan akan kita pilih dan menerima insentif daripada kerajaan negeri supaya harga yang ditawarkan nanti berpatutan,”katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Per...