Posts

Showing posts with the label tourism terengganu

Agihan Snek PERCUMA di RNR Perasing LPT2 sehingga 30 Jun 2017 ini... Jom Singgah RNR Perasing

Image
Agihan minuman panas dan snek percuma kepada pengguna Lebuh Raya Pantai timur 2 (LPT2) yang singgah di hentian rehat dan rawat perasing ( R&R) sepanjang bulan ramadan bermula esok (1 Jun 2017) sehingga 30 Jun ini. Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu , Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, minum akan mula diagihkan pada jam 7.00 petang sehingga habis semua stok yang dibawa ke situ untuk hari tersebut. Katanya, Jabatan Pelancongan Negeri bersama pejabat daerah Kemaman serta 14 buah syarikat lain bekerjasama dalam menyumbangkan minuman panas dan snek berbuka untuk semua pengguna LPT2. “Antara syarikat yang memberi sumbangan, Casa Hartamas SDN BHD, Hexatrend SDN BHD, Casa Hartas Quarry SDN BHD, Perunding Irzi SDN BHD, Giga Builders SDN BHD, DM Machinery SDN BHD, BBR Construction System (M) SDN BHD, Chan Kong Meng SDN BHD, Total Corporation SDN BHD, Roadnet Solutions SDN BHD, Keb Piling SDN BHD, Yong Civil Construction, JS Petroleum SDN BHD, dan Pending ...

Banyak yang menarik di BEAUTIFUL TERENGGANU 2016 Plaza Angsana

Image
Beautiful Terengganu yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mac 2016 di Plaza Angsana telah berjaya menonjolkan keunikan Terengganu dari pelbagai aspek sama tarikan pelancongan, keunikan makanan, budaya, warisan, permainan tradisi malah penonjolan identiti Terengganu sendiri yang unik. Ramai juga rakyat Terengganu yang menetap di Johor terkejut dengan keberanian Kerajaan Negeri Terengganu membawa rombongan sebesar ini ke Johor, malah anggapan awal mereka hanyalah karniva biasa berskala kecil sahaja. Sambutan yang di terima sejak hari pertama juga amat luar biasa dengan kunjungan ramai sekali pengunjung Setiu wetlands adalah antara galeri tarikan pelancongan yang mendapat sambutan yang hangat dengan menampilkan keunikan pokok bakau, nipah dan hidupan wetland seperti kerang, lokan , ketam nipah dan tuntung. Demonstrasi menggoreng keropok dengan pasir juga mendapat sambutan dan memukau pengunjung terhadap warisan tradisi ini. l

Jelajah Laluan Mat Kilau 2015

Image
Satu program pemuliharaan sejarah dan warisan iaitu Terengganu MAT KILAU Trail Expploration 2015 atau Jelajah Laluan MAT KILAU Terengganu 2015 akan di adakan pada 14 hingga 16 Ogos 2015 anjuran Tourism Terengganu bersama Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi Terengganu (TENAGA). Ia adalah bagi mengembalikan nostalgia dan kegemilangan sejarah serta jejak-jejak dan tinggalan sejarah Pahlawan Melayu yang terkenal iaitu Mat Kilau dan rakan-rakannya di Pasir Raja, Dungun yang merentasi hutan khatulistiwa dan laluan penting ini boleh sampai di Hulu Tembeling, Pahang. Ia juga turut membawa peserta mengenali kubu Mat Kilau serta mengenali keunikan alam semulajadi dengan lebih dekat melalui perkhemahan di tepi sungai Dungun serta peserta turut di bawa mengenali beberapa aktiviti unik seperti 'mandi sapok', tumbuk ping serta mengenali 'tarian piring'. Yuran yang dikenakan bagi menyertainya juga amat berpatutan iaitu RM50 seorang bagi pelajar dan RM100 bagi Terb...

Inilah RAYA... Pertandingan Pelita Raya Negeri Terengganu.. memang nostalgia

Image
Inilah RAYA sempena Pertandingan Pelita Raya peringkat negeri Terengganu yang sedang berlangsung di Kg Air Sejuk dan Kg Panchur Merah, Setiu, Terengganu. Pelbagai hasil kreatif dan menarik pelita raya membawa kita kepada kenangan dan nostalgia raya sewaktu zaman kanak-kanak. Dengan hiasan pengcahayaan yang menarik membuatkan kita rasa seronok dikelilingi cahaya pelita. Inilah RAYA... Jom kita kunjung dan anda sebagai pengunjung juga berpeluang memenangi duit raya dengan ber'selfie' dan dimuatnaikkan ke Facebook Pelita Raya Terengganu. Dengan jumlah 'like' terbanyak anda berpeluang memenangi duit raya dari Tourism Terengganu. Terma kasih Tourism Terengganu kerana penganjuran acara yang unik dan menarik ini dan mungkin boleh diluaskan lagi pada masa akan datang. @Tourism Terengganu @ FB Pelita Raya Terengganu

Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015-- ragam peserta

Image
Ini adalah antara gambar yang telah dimuat naik oleh peserta-peserta Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015 yang kini berada di Pulau Redang, pulau pelancongan terkenal dunia. Program adalah adalah kerjasama Tourism Terengganu dan Gayatravel iaitu majalah pelancongan yang terkenal di negara kita. di antara komen-komen peserta: - #alhamdulillah dah sampai juga Laguna Redang Island Resort.. bilik yang sangat menarik..walaupun tadi agak patah juga kaki berjalan dan naik tangga..bila sampai bilik hilang jap letih tu, terus snap snap gambar bilik.. semua ada..katil..gobok..tv (p/s:dia masih guna tv kotak).. peti sejuk.. toiletries.. safety box..semua la ada..opss lupa..ada balconi ngadap hutan.. so mak boleh fefeeling kejap lagi dok situ sambil minum kopi okeh..huhu.. (Terengganu International Squid Jigging Festival) - @Regrann from @izzatihazrul - Jernihnya air di Pulau Redang membuatkan diri terasa seolah-olah berada di akuarium. Lebih-lebih lagi bila ...

K'ang, Rojak Kateh, Buah Mulong antara kuih tradisi Terengganu yang perlu diketengahkan...

Image
K'ang, Qasyidah, Buah Mulong, Roti Paung, Serabe serta lain-lain kuih yang dhidangkan. Kuih tradisional Terengganu adalah warisan Terengganu yang patut kita pelihara sampai bila-bila. Terima kasih Primula Beach Resort di atas usaha mengekalkan tradisi makanan Terengganu dengan sentiasa menawarkan kepada pelanggan untuk menikmati keenakan makanan tradisi ini. Dalam satu Majlis Makan Malam baru-baru ini untuk delegasi daripada Medan, Indonesia serta agensi pelancongan daripada Eropah dan Amerika, di antara kuih-kuih tradisi yang dtampilkan dalam menu adalah K'ang, Buah Mulung, Qasyidah, Lempeng Nyiur, Rojak Kateh, Serabe selain makanan tradisi sedia ada yang popular iaitu Ketupat Sotong, Nasi Dagang, Laksam, Penganan, Makanan Laut Celup Tepung dan bermacam-macam lagi. Rojak Kateh Dalam perbualan admin bersama Pengarah Urusan , Taman Tamadun Islam Terengganu, Wan Adnan Wan Abdul Rahman juga melahirkan hasrat yang sama untuk mengumpulkan pembuat kuih tradisional Tere...

Terengganu Optimis Capai 5 Juta Pelancong

Image
comotdomot.blogspot.com Terengganu optimis bakal mencapai sasaran kehadiran pelancong sehingga 5 juta menjelang akhir tahun ini, berikutan statistik Kedatangan pelancong asing menunjukkan peningkatan seramai 2.4 juta melawat negeri ini dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Statistik menunjukkan seramai 2 juta pelancong direkodkan melawat Terengganu dalam tempoh sama tahun lepas. Pengurus Kanan Tourism Terengganu, Ishamudin Hashim berkata, rekod kedatangan pelancong menunjukkan kenaikan seramai 400,000  berbanding tahun lepas memberikan gambaran jelas yang kita mampu mencapai sasaran yang ditetapkan, 5 juta pelancong menjelang akhir tahun ini. Ishamudin berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media selepas merasmikan majlis penutup Kursus “We are the host” yang berlangsung di Hotel Permai Inn, baru-baru ini. Kursus sehari, yang melibatkan pengayuh teksi roda tiga, pemandu kereta sewa lapangan terbang, artis budaya SUKTRA dan artis budaya Jabatan k...

Pakej Candat Sotong 2013.. Jom Mencandat

Image
Kali ini blogger ingin berkongsi Pakej Mencandat Sotong dari rakan blogger dari Terengganu iaitu Pakcik Zakaria. Bagi mereka yang berminat untuk merasai pengalaman bercandat sotong bolehlah merancang dari sekarang. Apa yang menarik anda boleh membayar deposit dengan PAYPAL. Pakej yang ditawarkan adalah sebagaimana berikut: Harga Pakej        HARGA  GROUP PAKEJ 2013 Pakej 1 (Bot max   8 orang) *RM850 Pakej 2 (Bot max 10 orang) *RM1070 Pakej 3 (Bot max 15 orang) *RM1490 -  bot terhad. Pakej 4 (Bot max   6 orang) *RM600 -  tiada Tandas, Makan dan Bilik percuma ...jika ada makan dlm bot ehsan dari tekong ..Alhamdulillah. *Harga tahun lepas (2012) dan tertakluk pada perubahan, jika ada kenaikan dijamin tidak melebihi RM100 satu Bot. Penting: Pilih pakej yg sesuai, bot berlesen  tidak dibenarkan melebihi had muatan maximum. KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN: 1. Pera...

Percutian mendamaikan di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu

Image
Oleh Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my BERTARAF eksklusif, lokasi Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort di tepi pantai Laut China Selatan amat mendamaikan. Pusat peranginan pertama di Terengganu ini berkeluasan 323.745 hektar dikelilingi kawasan hijau tropika dan pantai persendirian sepanjang 7.6 kilometer (KM). Dirasmikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 1993, resort bertaraf lima bintang ini mengambil inspirasi resort terkenal di dunia iaitu Bayan Tree Resort, Sanctuary Cove dan Bintang Island Resort di Indonesia. Mengekalkan campuran seni bina Melayu klasik, Awana Kijal dianggap unik kerana ia adalah resort pertama yang mempunyai atrium setinggi 24.384 meter. Bilik penginapan selesa daripada bilik Deluxe sebanyak 198 unit, bilik Premier Seaview (80 unit), bilik Premier Non Seaview (46 unit), Deluxe Suite (7 unit), Premier Suite (7 unit) dan Duplex Suite. Sama ada menghadap laut atau melihat ke...

Pengunjung blog