Agihan Snek PERCUMA di RNR Perasing LPT2 sehingga 30 Jun 2017 ini... Jom Singgah RNR Perasing
Agihan minuman panas dan snek percuma kepada pengguna Lebuh Raya Pantai timur 2 (LPT2) yang singgah di hentian rehat dan rawat perasing ( R&R) sepanjang bulan ramadan bermula esok (1 Jun 2017) sehingga 30 Jun ini.
Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu , Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, minum akan mula diagihkan pada jam 7.00 petang sehingga habis semua stok yang dibawa ke situ untuk hari tersebut.
Katanya, Jabatan Pelancongan Negeri bersama pejabat daerah Kemaman serta 14 buah syarikat lain bekerjasama dalam menyumbangkan minuman panas dan snek berbuka untuk semua pengguna LPT2.
“Antara syarikat yang memberi sumbangan, Casa Hartamas SDN BHD, Hexatrend SDN BHD, Casa Hartas Quarry SDN BHD, Perunding Irzi SDN BHD, Giga Builders SDN BHD, DM Machinery SDN BHD, BBR Construction System (M) SDN BHD, Chan Kong Meng SDN BHD, Total Corporation SDN BHD, Roadnet Solutions SDN BHD, Keb Piling SDN BHD, Yong Civil Construction, JS Petroleum SDN BHD, dan Pending Makmur SDN BHD,
“Pihak pelancongan juga akan mempergiatkan promosi itu dengan meletakan banner di sepanjang hentian Lebuh Raya Pantai Timur, seperti di hentian rehat Temerloh dan sebagainya,katanya kepada pemberita hari ini di Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu, Pulau Duyung.
Tambahnya lagi, pihak Pelancongan akan mengadakan beberapa program di R&R Perasing dan membuka Pusat Maklumat Pelancongan serta membuka beberapa kios untuk makanan sejuk beku contohnya seperti nasi dagang sejuk beku keluaran anak syarikat kerajaan negeri. –
@Terengganu Times
Comments