Posts

D'Ganu Steamboat Pulau Duyung, Kuala Terengganu memang berbaloi..

Image
Pulau Duyung, Kuala Terengganu terkenal dengan pelbagai keunikan iaitu Duyung Marina Resort yang dulunya dikenali sebagai Riyaz Heritage dan juga Kota Duyung iaitu bangunan bersejarah yang mempunyai banyak kisah sejarah Pulau Duyung dan Kuala Terengganu. Kali ini sekali lagi diperkenalkan destinasi makan minum antara yang paling popular di sini iaitu D Ganu Cafe Steambat yang sentiasa enjadi tumpuan pengunjung. Apa yang istimewa di sini adalah harga BBQ Steamboatnya yang murah dan berpatutan iaitu RM25.00/set untuk 4 orang dan RM35.00/set untuk 6 orang. Memang berbaloi menikmati bersama keluarga. Sebaik sahaja sampai lebih kurang jam 8.00 malam, para pengunjung sudah mula memenuhi ruang restoran dan menjelang 9.00 malam semua tempat telah penuh dan ada pelanggan terpaksa menunggu tempat duduk. Namun begitu, usah bimbang pemandangan di sini menghadap Pulau Warisan dan bandar Kuala Terengganu amat menarik dan mengasyikkan. Dengan deruan angin malam menambahkan kedamaian ...

Pengalaman tidur di THE CAPSULE KLIA 2...

Image
Pengalaman menginap di The Capsule KLIA2 tentunya satu pengalaman yang menarik dengan mencuba satu perkara baru dalam hidup. Tidur dalam kotak dengan suasana yang terhad sekadar untuk melelapkan mata sementara menunggu jadual penerbangan awal pagi keesokannya. Ia lengkap berhawa dingin, dengan kemudahan telefon serta plug elektrik untuk mengecas telefon atau laptop. Cukup selesa untuk melelapkan mata walaupun ia sekadar tidur di dalam kotak kabin. Kemudahan bilik airnya juga selesa dan bersih dengan mandian panas sebagaimana bilik mandi di hotel. Kadar harga yang dikenakan adalah RM50.00 bagi 4 jam, RM75.00 bagi 6 jam dan RM90.00 bagi sepuluh jam. Terpulang kepada keperluan tidur anda. Tak usah bimbang bahagian lelaki dan wanita di asingkan dengan peranti kunci keselamatan di setiap pintu. Ini bermakna mereka yang tidak berkenaan dan tidak mempunyai kunci tidak akan dapat akses masuk sesuka hati ke kawasan kabin. Juga ruang rehat dan membaca yang sele...

Putu Mayam Cicah Nyiur dan Gula merah di My Mom Nasi Lemak, Gong Badak

Image
NASI LEMAK MYMOM , Jalan lapangan Terbang, Gong Badak, Kuala Terengganu menyediakan pelbagai jenis sambal untuk nasi lemak yang enak dan sedap. Macam-macam sambal ada dari sambal bilis, kerang, ikan, telur tumis, paru, rendang dan macam-macam. Ia juga sentiasa menjadi tumpuan untuk penduduk sekitar bersarapan di sini. Ada satu kuih yang unik dan menarik untuk buat sarapan iaitu PUTU MAYAM CICAH NYIUR DAN GULA MERAH + GULA MELAKA memang unik dan sedap. Lokasinya terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud jika anda dari Gong Badak/Batu Rakit. Berbaloi bersarapan di sini. #dekatje #terengganumyheritage

Nasi Kabuli Warisan Masakan Istana Terengganu

Image
Nasi kebuli Terengganu dikatakan antara resepi dan masakan daripada dapur istana Terengganu. Memang nampak lain dan menarik. Nasinya bercampur dengan telur dan dimakan bersama gulai daging ala darat dan bersama acar. Admin sendiri merasainya semasa menghadiri Majlis Hari Raya Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu. Nasi ini dengan rupa bentuk begini tak pernah jumpa di pasar malam mahupun pasar Ramadhan. Apapun ianya memang nampak sebagai menu warisan yang unik dan menarik yang boleh diketengahkan. Ia juga agak berbeza dengan nasi Kabuli Pahang yang dikatakan berasal dari Kuala Lipis dan menjadi masakan Istana Pahang. Kemungkinan ia mempunyai persamaan dengan cara masakan berlainan mungkin ada di mana istana Terengganu sememangnya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan istana Pahang melalui Tengku Ampuan Besar Terengganu. ruj: www.kujie2.com #dekatje #pesonaterengganu

Baucer Penginapan PERCUMA di MIATE 2015, Maerps Serdang oleh Peladang Setiu Agro Resort

Image
Sempena Pameran Malaysia International Agrotourism Exhibition 2015 atau MIATE 2015 yang akan di adakan di MAERPS, Serdang pada 26 hingga 29 November 2015, Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu menawarkan Baucer Penginapan PERCUMA kepada anda dengan mengunjungi Ruang pameran AGRO KEMBARA di Pavilion MOA . Anda berpeluang memiliki Baucer PERCUMA Penginapan 2 Hari 1 malam di Peladang Setiu Terengganu. Resort ini juga menawarkan tawaran harga bilik istimewa serendah RM63.60 semalam untuk anda. Jom kita ke MIATE 2015, banyak aturcara menarik menanti anda di sana. #terengganumyheritage #pesonaterengganu #dekatje

Patin Masak Tempoyak, Restoran Pak Akob Kuantan memang sedap!

Image
  B aru-baru ini semasa menghadiri satu seminar di Kuantan, sempat singgah untuk makan tengahari di sebuah kedai yang terkenal dengan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak versi Pahang iaitu di Restoran Pak Akob 1, yang terletak di belakang Maybank. Pertama kali  menjejak kaki ke restoran ini walaupun telah banyak kali berulang alik ke Kuantan dan dahulunya setiap minggu ke Kuantan. Apabila menikmati masakan ikan patin memang sedap dan menyengat dan rasanya lain dan berbeza dengan masakan ikan patin di RNR samada Gambang mahupun Temerloh. Dengan ikhlas hati memang A++ Harganya juga adalah RM13.00 seketul dengan saiz potongan yang besar bagi patin sangkar dan ada satu lagi iaitu masakan patin buah RM35 seketul. Berpatutan dan berbaloi   Di tambah lagi dengan keenakan pucuk ubi masak tempoyak dan gulai lemak daging salai. Memang menambat selera. Restoran ini sememangnya terkenal dikalangan warga Kuantan dan selalu dikunjungi oleh ...

Keunikan Terengganu kini dekat dengan anda di Dataran Merdeka

Image
Macam kat Pasar Payang Jom kita ke PESONA TERENGGANU 2015 di Dataran Merdeka yang menampilkan pelbagai tarikan menarik dan keunikan Terengganu terutama di Pavilion Pelancongan. Ia adalah promosi awal bagi Tahun Melawat Terengganu 2017. Banyak sekali keunikan Terengganu di bawa kepada anda di Dataran Merdeka anda seolah-olah anda berada di Terengganu dan ia memang mendapat sambutan dan menggamit perhatian pengunjung. Karnival PESONA TERENGGANU ini akan berlangsung sehingga 1 Nov 2015 di Dataran Merdeka dan 2 Nov 2015 di Dataran DBKL bagi Terengganu Kitchen. Mak maroh jual mahal warisan tenunan songket juga ditampulkan di sini.

Pengunjung blog