Menjelang 2 Nov 2010 di Primula Beach Resort

Esok adalah hari yang dinantikan dan ditunggu oleh semua blogger-blogger Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu setelah sekian lama berhempas pulas memerah otak dan keringat dalam memajukan lagi sektor pelancongan di Terengganu.

Apa yang paling penting adalah sama-sama kita dapat mengenali dengan lebih rapat dan mesra antara blogger-blogger ini dan dapat bertukar-tukar pandangan dan seterusnya terus secara istiqamah mengaktifkan blog masing-masing secara berkala-kala dan sistematik.



Hasrat utama kita bukanlah pertandingan tetapi penyampaian maklumat, berkongsi pandangan dan idea dan terus menerus mempromosikan Terengganu supaya gah di mata dunia. Pertandingan hanyalah satu tapak permulaan untuk kita melangkah seterusnya dengan penuh gemilang.

Apapun sama-sama kita tunggu keputusan pertandingan pada besok hari yang akan berlangsung di Primula Beach Resort jam 4.30 petang yang akan di hadiri oleh YAB Menteri Besar Terengganu sendiri.

Blogger-blogger, bersedialah dengan kamera masing dan kita boomkan pelancongan Terengganu supaya menjadi salah satu destinasi pelancongan utama dunia dalam sedikit masa nanti.

Langkah yang dimulakan hari ini adalah untuk kesinambungan hari esok.

Tahniah kepada para finalis untuk ketiga-tiga kategori. Dari sini kita mula memahami bukan mudah untuk menjadi seorang blogger yang konsisten dan baik.

Salam hormat dari Terengganu Legend di blog terengganumyheritage.blogspot.com

Terengganu Welcomes The World

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog