Tahniah Kepada Pemenang Blog




Blogger Berbaloi di Terengganu


Telah diketahui sudah keputusan pemenang pertandingan Blog Pelancongan Negeri Terengganu. Tahniah kepada Puan Norhaizan Abd Kadir iaitu Blogger Berbaloi Di Terengganu kerana telah mendapat tempat Pertama bagi kategori terbuka. Sememangnya bukan tugas yang mudah untuk menjadi blogger dan seterusnya adalah untuk mendapatkan pengikut dan pembaca setia blog.



Pemenang Pertama Setiap kategori yang dipertandingakan iaitu kategori terbuka, kategori IPT dan kategori sekolah

Semua finalis blog yang bertanding
Diantara finalis blog yang bertanding


Diharap pihak penganjur dapat meneruskan pertandingan ini di masa hadapan demi kesinambungan pelancongan di Terengganu. Pelancongan di Terengganu masih memerlukan momentum atau lonjakan info dan maklumat supaya penerokaan destinasi, budaya dan keunikan Terengganu terus mendapat perhatian dan dieksploitasi dengan baik oleh blogger atau pihak berwajib.
suasana majlis penyampaian yang begitu meriah sekali
Ketibaan YAB Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Bin Said ke majlis penyampaian hadiah
Blogger bapa dan anak yang turut memenangi hadiah kategori terbuka (saguhati) dan sekolah (kedua)
Pelancaran buku berdasarkan artikel terpilih dari blog yang dipertandingkan

Hasil daripada pertandingan ini telah mempertemukan blogger-blogger dalam satu majlis dan dapat masing-masing bertukar pandangan dan pengalaman semasa menguruskan blog masing-masing. Diharap selepas ini pertemuan sebegini antara blogger perlu diteruskan agar jalinan antara blogger makin utuh dan idea yang dilontarkan dalam blog masing-masing semakin baik dan berbisa dalam menawan pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

Sekali lagi Terengganulegend mengucapkan tahniah kepada semua pemenang bagi setiap kategori. Dan pastikan blog kita aktif dan bertambah baik dari semasa ke semasa.
Urusetia Unit Komunikasi

Salam hormat dari Terengganulegend di Terengganu My Heritage

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog