Posts

Showing posts from 2011

Unikversiti: Pantai Mangkuk, Setiu, Terengganu

Unikversiti: Pantai Mangkuk, Setiu, Terengganu berkongsi gambar yang cantik dari blogger unikversiti..

Unikversiti: Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu

Unikversiti: Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu

SATE LANANG, Jabi.. sate terbaik Terengganu

Image
Di antara sate yang terbaik di Terengganu adalah Sate Lanang di Jabi, Besut. Sememangnya kedai Sate Lanang ini amat popular bukan sahaja di kalangan warga tempatan malah orang Kelantan dan luar Terengganu. Setiap kali musim cuti sekolah jelas sekali begitu panjang barisan mereka yang membeli bungkus untuk dibawa pulang, malah belian juga dalam kuantiti yang besar dan banyak. Meja pula sentiasa penuh dan terpaksa menunggu untuk giliran kita. Itulah antara penangan Sate Lanang. Bagi blogger kalau nak dibandingkan dengan Sate Haji Samuri Kajang, jauh Sate Lanang lebih sedap dan enak. Kalau anda tak percaya dan yakin , datang sendiri nikmati sate ini. Dengan pilihan sate ayam, daging serta hati dan pedal serta dengan kuah sate yang istimewa membuatkan ia sentiasa menjadi pilihan menjamu selera serta mengambil hati anak-anak yang sememangnya menggemari sate ini. Lokasinya jika anda dari Kuala Terengganu, adalah di Kg jabi di permulaan jalanraya dua lorong di sebelah kiri anda. S...

Tasik Kenyir zon pancing bertaraf dunia

Image
perkongsian berita dari TEGANU KITA 19 December 2011 Tasik Kenyir zon pancing bertaraf dunia Oleh FAUZI MOHD Kerajaan negeri optimis untuk menjadikan Tasik Kenyir sebagai zon kaki pancing bertaraf dunia apabila usaha untuk mengekal serta menambah saiz populasi pelbagai spesies ikan giat dijalankan. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, selain mengazetkan Santuari Kelah sepanjang tiga kilometer di Sungai Petang, usaha turut digiatkan dengan melepaskan benih dan ikan induk yang diancam kepupusan. Menurutnya, spesis ikan air tawar yang diancam kepupusan seperti lampam, kerai, tenggalan dan siakap putih antara yang sedang dibiakkan di tasik berkenaan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). “Isu penangkapan ikan secara tidak terkawal tidak lagi berbangkit apabila usaha pemeliharaannya melibatkan pewartaan beberapa kawasan yang luas seperti Sungai Leban dan Sungai Petang ...

13,000 pelawat kunjungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu

Image
perkongsian berita dari TEGANU KITA 25 December 2011 13,000 pelawat kunjungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Oleh FAUZI MOHD Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, hamper 13,000 pelawat mengunjungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang di Dungun. Pengarah Jabatan Perikanan negeri Zakaria Ismail berkata daripada jumlah itu, 11,799 orang adalah pelawat dalam negara manakala bakinya dari luar. "Setiap pelawat yang datang ke situ dapat melihat pemeran tuntung hidup di samping diberi penerangan mengenai hidupan penyu," katanya baru-baru ini. Katanya sesetengah pelawat itu turut dibawa bermalam di pusat penetasan penyu di Ma', Kerteh. Terengganu mempunyai 11 pusat penetasan penyu yang dikendalikan pelbagai pihak termasuk Jabatan perikanan, badan bukan kerajaan dan Dana Hidupan Liar Sedunia Malaysia. Zakaria berkata bagi pusat penetasan yang dikendalikan Jabatan Perikanan, telur penyu yang dierami itu diperolehi di kawasan re...

UMT dan WWF jalin kerjasama urus tanah becah @ wetland di Terengganu

perkongsian berita dari TEGANUKITA : 28 December 2011 UMT dan WWF jalin kerjasama urus tanah bencah Oleh; Esah Abdullah Daerah Setiu mempunyai kawasan tanah bencah terluas di Pantai Timur yang dilitupi oleh ekosistem air payau dan rangkaian sungai-sungai Setiu, Chalok, Bari dan Merang. Tanah bencah ini menempatkan pelbagai habitat semula jadi haiwan dan tumbuhan termasuk vetegasi riparian/sungai, hutan paya gelam, hutan paya laut dan nipah serta kawasan rumpai laut, Kawasan ini juga menyokong populasi liar spesies reptilia terancam seperti tuntung laut, tuntung sungai dan juga penyu agar. Kajian menunjukkan kawasan ini juga didiami 29 spesies mamalia, 161 spesies burung dan 28 spesies reptilian di samping mempunyai kepentingan sebagai tapak kepelbagaian biologi yang disokong kehadiran banyak banyak spesies vertebrata dan invertebrata laut dan air tawar. Menyedari itu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah Menandatangani Memorandum Persefahaman (...

Program Pintar Quran suatu yang membanggakan Terengganu

Image
Program Pintar Quran adalah diantara program yang berjaya dalam mendidik dan memupuk kanak-kanak pra sekolah untuk mencintai Al Quran. Dalam Program Khatan Quran baru-baru ini seramai lebih daripada 7000 kanak-kanak telah dikhatamkan dan sebahagian daripada kanak-kanak berumur 6 tahun ini telah pun menghafal Yasin dengan baik sekali. Program yang pada mulanya diperkenalkan di Tadika Yayasan Islam Terengganu kini telah menjalar ke Tadika KEMAS, Pra Sekolah Jabatan Pelajaran Terengganu serta Tadika Perpaduan. Sememengnya program memperkenalkan Al Quran seawal 5 tahun kepada kanak-kanak amatlah baik sekali dalam memastikan generasi inilah yang akan mengembalikan kegemilangan ilmu dan akhlak Islam di masa hadapan. Apa yang penting kesinambungan program Pintar Quran ini wajar di teruskan di peringkat sekolah rendah kebangsaan dan dilanjutkan ke peringkat menengah supaya budaya dan roh Al Quran ini sentiasa bersama pelajar hingga ke akhir hayat dan membina asas yang kukuh dalam membe...

makan-makan di Secret Recipe Kuala Terengganu

Image
Yogurt cheese cake yang memang enak dan sedap!! Untuk kali ini blogger ingin berkongsi pengalaman makan-makan di Secret Recipe Kuala Terengganu iaitu di Jalan Paya Bunga berhampiran Stesen Bas Kuala Terengganu. Rice Chicken mushroom Coffee Lattee yang membangkitkan rasa bru kopi yang enak Kebetulan pula tak tahu nak makan apa, jadi ingin mencuba apa yang menarik di restoran ini yang dikatakan cukup terkenal dengan 'dessert' yang enak dan lazat. Dekorasi restoran yang simple dan menarik Untuk makan, blogger memilih Rice Chicken Mushroom bersama Coffee Latte, manakala dessert pula 'Yogurt Cheese Cake' yang dipilih. Dessert di sini macam 'signature dishes' untyuk Secret Recipe Untuk nasi, ok sahaja cuma perut dah lapar maka memang licin habis. Bila tiba masa untuk menjamu pencuci mulut ini yang ditunggu, iaitu Yogurt Cheese Cake. Dengan gabungan unik yogurt dan cheese menimbulkan rasa keenakan kek ini apabila menjamah mulut. Tidak haira...

Lensa di Kuala Ibai dan Masjid Tg Tengah Zaharah @ Masjid Terapung

Image
Masjid Terapung yang sentiasa menjadi tumpuan lensa Kali saja nak berkongsi koleksi gambar yang dirakam dengan kamera mainan nikons3100 yang kini sentiasa menjadi rakan karib kemana sahaja. Kolam Renang di Terengganu Equestrian Resort (TER) Pemandangan lagun Kuala Ibai yang memang indah memang cantik syahdu dan tenang suasana ini

Makan Ikan 'darat' @ ikan sungai musim banjir... Setiu, Terengganu

Image
Ikan puyu, ikan haruan, ikan 'peras' dan macam-macam lagi ada Salam... Kalau ikut ramalan, gelombang kedua banjir akan melanda lagi wilayah Pantai Timur termasuk daerah aku Setiu. Walaupun sehari dua ini nampaknya cuaca panas menarik dan bolehlah kain dijemur kat luar rumah. Apapun semasa gelombang pertama banjir baru-baru ini, sempat juga melepaskan rindu untuk makan 'ikan darat' atau ikan air tawar seperti ikan puyu, ikan 'peras' @ sebarau, ikan haruan dan macam-macam lagi. Dah siap bubuh garam dan kunyit RM3 sebungkus Limpahan banjir baru-baru ini merupakan satu rezeki kepada nelayan-nelayan kecil serta mereka yang hobi memukat. Ini kerana ikan air tawar ini bagaikan pesta bermain air sampai lupa diri dan menjadi rezeki kepada penduduk tempatan. ikan segar-segar 5 ekor @ RM1, mana nak cari murah begini Kunjungan aku ke Kg Nyatoh, Kg Buruk serta Kg Tasik memang untuk meninjau air banjir sambil melilau mencari ikan darat @ air tawar. hasilnya ...

Ikan terkecil di dunia ditemui di Terengganu

Image
Spesis ikan paling kecil di dunia, ”Paedocypris” dari keluarga ”Cyprinidae” dengan saiz 7.8 milimeter ditemui di kawasan paya Bukit Bauk di Dungun. Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Azmi Nordin berkata, ikan tersebut ditemui semasa ekspedisi Bukit Bauk yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2006. "Beberapa ekor ikan dari famili Cyprinidae itu, spesis ikan paling kecil di dunia, ditemui di kawasan ini,” katanya di sini, hari ini. Azmi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ikan tersebut tidak terdapat di tempat lain termasuk di luar negara setakat ini. Beliau berkata, pihaknya sedang mengambil langkah untuk membiak ikan itu supaya tidak pupus dan mungkin dijadikan daya tarikan pelancong pada masa akan datang. Menurut Azmi, buat masa ini pihaknya belum dapat menunjukkan ikan itu kepada umum kerana dibimbangi ada pihak yang akan mencarinya dan dijual dengan har...

Kasihan kambing kena peluk dan kena cium

Image
Cuti sekolah ini sambil melayan anak-anak, seronok tengok mereka bergembira. Ini aksi yang sempat diraklam blogger semasa anak bermesra dengan kambing tempohari di Besut. Apabila direnung gambar tersenyum sendiri blogger dengan telatah anak-anak dan kambing ini. Siap berpeluk dan bercium dengan kambing. mesranya peluk kambing haha akan kupeluk sambil berlari

Pasar Batu Enam... kuih muih tradisi rakyat Terengganu menjadi jualan di sini

Image
Warisan tradisi rakyat Terengganu banyak di sini Pasar Batu Enam sememangnya terkenal dengan jualan pelbagai kuih-muih tradisional Terengganu. Di pasar ini masih terdapat banyak lagi kuih-muih tradisi yang kini kian pupus ditelan masa ataupun kian dilupakan generasi kini. macam-macam ada untuk dibawa pulang Kebanyakan kuih-muih disini dibuat untuk jualan tengahari dan waktu petang. Anda boleh mencuba rojak kateh, kuih akok, penganan, koleh lemak, koleh kacang, rojak betik, bepang, akok berlauk dan bermacam-macam lagi. Harganya pun berpatutan. Dengan citarasa tradisi ia menjadi warisan berharga budaya hidup rakyat  Terengganu. Dan apa yang istimewa di sini 90% penjual adalah wanita @ kaum ibu. Ini menunjukkan kaum wanita juga berperanan membantu  menggiatkan ekonomi setempat dan membantu meningkatkan pendapatan seisi keluarga. Pelbagai jenis kuih muih yang menyelerakan selera anda Dengan kemudahan pasar yang lebih bersih, selesa serta pengudaraan yang baik mampu...

Kari Kepala Ikan Sg Tarom Setiu.. memang sedap... terangkat

Image
Kari Kepala Ikan Merah... mengancam Kali ini blogger ingin berkongsi tentang tempat makan yang enak di Setiu. Destinasi kali ini adalah Warung Kari Kepala Ikan di Sungai Tarom, Setiu . Ia terletak berhadapan dengan padang bola Sungai Tarom Setiu. Jika anda dari Kuala Terengganu adalah selepas Hospital Setiu dan jika anda dari Jerteh atau Kota Bharu adalah selepas melalui Bandar Permaisuri. Kari Kepala Ikan di sini adalah dari kepala ikan tenggiri atau ikan merah. Blogger telah memilih kepala ikan merah. Memang besar kepalanya kira-kira dekat 1 kg. Dan rasanya memang enak di makan bersama nasi panas bersama acar jelatah dan papadom. Makan dengan nasi panas .. menyelerakan Kari kepala ikan yang dimasak bersama terung serta kacang bendi memang sedap dan menyelerakan. Penangan kepala ikan ini memang hebat. Harga bagi kepala ikan besar bersama 2 nasi putih bersama acar dan papadom serta air adalah RM35.00. Jika dibandingkan dengan harga ikan yang mahal sekarang ia di kira berpatu...

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Image
Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung, Kg Guntung Luar... sedap.. sedap Hari ini blogger ingin memperkenalkan salah satu daya tarikan untuk sarapan pagi di Setiu iaitu di Kg Guntung Luar. Tu dia Gulai Ayam Kampung dan Ayam Kampung Goreng... Kedai Haji Ya ini menyediakan Nasi Berlauk Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik. Memang sentiasa ramai pengunjung di sini. Boleh dikatakan kebanyakan pegawai jabatan kerajaan yang terletak 10km iaitu di Bandar Permaisuri masih sanggup datang ke sini untuk bersarapan pagi. Apa yang istimewa di sini adalah gulainya yang klasik dan tradisional. Turut di jula di sini Ayam Kampung Goreng, Nasi Dagang yang boleh di makan bersama Gulai Itik dan Ayam Kampung. Kena datang awal sikit, biasa jam 11.00 pagi habis dah.... Lokasinya, jika anda dari Kuala Terengganu, tiba di simpang 4 lampu trafik, belok kanan dan kedai ini terletak kira-kira 100 meter dari persimpangan. Ia dibuka setiap Ahad hingga Khamis dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari. Hari...

Beriadah di Pusat Agrotourism Setiu

Image
seronok main keno di sini Detik-detik indah yang dirakam di Pusat Agrotourism Setiu. Pelbagai aktiviti menarik dan meriangkan boleh dilakukan di sini. suasana yang tenang dan damai, mendamaikan hati yang gundah Antara aktiviti yang boleh meredakan stress dan tekanan kerja anda anda adalah berkayak, bermain paddle boat atau sekadar menikmati keindahan alam di sini. seronok kalau dapat bermain bersama keluarga Bagi peminat burung, banyak sekali unggas di sini dari pelbagai spesis. jom kita riadah

Lensa di Kg Cina, Kuala Terengganu

Image
Kali ini blogger ingin berkongsi lensa yang pernah dirakam di Kg Cina, Kuala Terengganu. Bagi mereka yang ingin berkunjung ke Kuala Terengganu dan merakamkan detik-detik indah anda di sini. Jangan lupa bawa kamera anda sekali. Jom ke Terengganu

Pengunjung blog