Ketupat Sotong .. makanan tradisi Terengganu

Inilah ketupat sotong, makanan tradisi rakyat Terengganu... memang sedap

Apabila terkenang musim mencandat sotong, pasti terkenang menu kegemaran blogger iaitu Ketupat Sotong.
Rasanya yang lemak manis pastinya mengecurkan airliur dan selera.

sotong bersama pulut yang dimasak bersama santan dan gula melaka... fuhhh memang best
Walaupun harga sotong dan makanan laut lain meningkat dengan begitu ketara hingga mencecah RM15 hingga RM17 1/kg (harga Julai 2011) namun keinginan untuk makan ketupat sotong sentiasa dicari.

Terdapat dua jenis ketupat sotong yang selalu di masak iaitu kalau di kawasan Kuala Terengganu dan ke selatan ianya di masak secara lemak dan berkuah putih. Ianya boleh dijadikan lauk atau pencuci mulut. 




antara makanan kegemaran blogger

Kalau di sebelah Setiu dan Besut ia dimasak sedikit manis bersama gula melaka dan sedikit gula dan warnanya sedikit merah dan gelap. Yang ini adalah menjadi kegemaran blogger.

Ia di masak bersama pulut yang direndam dan masukkan ke dalam sotong dan kemudiannya di masak bersama santan, sedikit bawang, halba, daunpandan dan gula melaka serta sedikit halia sebagai pewangi. Kuahnya yang lemak manis bersama pulut memang menambat selera.

Pada kebiasaannya menjelang ramadhan atau pasar malam ia ada dijual, tetapi selalunya yang dijual di sana agak mahal berbanding jika dibuat sendiri.

Ketupat sotong ini mempunyai keistimewaannya sendiri kerana ia tidak terdapat ditempat lain. Sememangnya ia makanan tradisi rakyat Terengganu.

Comments

CikLia said…
Ketupat sotong manis ni versi kelantan,bukan ke versi terengganu tak manis.
Bagi orang setiu dan besut, boleh dikatakan rasa masakan macam orang Kelantan, dan ada yang pertengahan antara orang Terengganu dan Kelantan, versi Ketupat sotong orang setiu dan Besut sedikit manis berbanding rasa lemak bagi orang k trg

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog