Posts

Showing posts from August, 2011

Jala emas... payah nak jumpa... bulan Ramadhan muncullah ia...

Image
Ini kuih Jala Emas di antara kuih tradisi rakyat Terengganu. Ia sememangnya istimewa kerana hanya diperbuat dengan menggunakan kuning telur dengan sedikit tepung dan dimasak bersama air gula.  Apa yang menjadi rahsia istimewanya adalah cara memasaknya yang rumit dan perlu penuh tumpuan bagi menghasilkan jala emas yang baik. Pada kebiasaannya harga bagi satu bekas begini dalam RM5 dan ianya boleh didapati terutama di Pasar Batu 6. Ia menjadi kegemaran kepada isteri blogger. Setiap kali Ramadhan pasti dicari. Kuih tradisi sebegini perlu pewaris untuk meneruskan kesinambungan masakan warisan tradisi. 

Majlis Berbuka Puasa Di Kedai Kopi Agro, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu

Image
Turut bersama dalam majlis ini ketua jabatan bersama Pengerusi PPk Setiu merangkap Ahli Parlimen Setiu Dato' Mohd Jidin Shafee Baru-baru ini Pertubuhan Peladang Kawasan Setiu (PPK Setiu) telah mengadakan majlis berbuka puasa di Kedai Kopi Agro, di sini. Sumbangan peralatan pertanian untuk ahli peladang Di majlis tersebut, beberapa peralatan pertanian telah di sumbang kepada ahli peladang oleh Pengerusi PPk Setiu yang juga merangkap Ahli Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin Bin Shafie. Menunggu waktu berbuka Ia turut dihadiri oleh beberapa ketua jabatan di daerah Setiu. Di antara menu pilihan adalah Ikan Bakar Berempah, ulam-ilaman bersama budu, ayam percik Terengganu dan bermacam-macam lagi. Kedai Kopi Agro ... ala nostalgia Kedai Kopi Agro adalah outlet yang diuruskan oleh Agro Resort, Setiu, Terengganu yang menampilkan menu istimewa seperti Roti Bakar ala Kopitiam, Roti Manja, Nasi Ayam, Air Nira dan macam-macam lagi. Ia akan dibuka semula selepa...

Supper kat De Tunggal, Kg Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Image
Supper dengan kerang rebus sedap juga... Sekali sekala bawa anak-anak supper kat luar memang seronok. Blogger dan keluarga telah ke Restoran De Tunggal, di Kg Bukit Tunggal, Kuala Terengganu iaitu jalan menghala ke Stadium Sultan Mizan dan kompleks sukan Gong Badak. Menu yang di pilih adalah Kerang Rebus 1 kg, udang Celup Tepung dan sotong celup tepung serta air minuman. Makan diluar bersama keluarga dapat mengeratkan lagi hubungan  dan mendidik untuk lebih berakhlak mulia Pekena kerang pada bulan Ramadhan memang terasa enaknya walaupun waktu sudah hampir menjengah tengah malam. Kelihatan ramai juga pengunjung di sini dan terdapat juga tempahan untuk bersahur awal pada tengah malam. Restoran di sini banyak menawarkan menu masakan panas ala Thai. 

Buka Puasa di Sumai Suites Hotel Kuala Terengganu

Image
Ramadhan ke 16 blogger bersama keluarga dan rakan sepejabat telah ke Sumai Suites Hotel untuk berbuka puasa. Melihat pada senarai menu yang di terima nampak menarik dan mengecurkan air liur. Sampai di sana kelihatan ramai sekali yang turut sama akan berbuka puasa bersama-sama. Penuh tempat duduk di Restoran Bintang Laut, Sumai Suites Hotel. Blogger dan keluarga mengambil tempat sambil mata melilau mencari apa yang perlu dijadikan juadah berbuka. Hajat di hati ingin berbuka ala kadar dan Solat Maghrib dan selepas itu barulah untuk makan seenaknya. Namun semasa mengambil kurma dan beberapa dessert, kelihatan lauk-lauk serta juadah yang lain telah licin dijadikan hidangan di meja tetamu. Blogger dan keluarga mengambil roti kebab, sedikit kuih, sedikit bubur lambuk dan air untuk buka puasa. Kira berbuka ala kadar jelah. Selepas mengecap sedikit juadah, blogger dan keluarga terus ke Surau yang disediakan untuk menunaikan solat. Kemudian kembali ke restoran untuk menyambung kembali ...

Kepada Rakyat Terengganu... anda dah dapat ini?

Image
Hadiah Kurma dan air zamzam dari Kerajaan Negeri Terengganu Kepada rakyat Terengganu, anda patut dapat ini untuk satu rumah satu paket. Ia adalah sumbangan Kerajaan Negeri Terengganu sempena Ramadhan Al Mubarak tahun 1432 Hijrah / 2011. Ia mengandungi 1 botol Air Zamzam, Kurma Ajwa Madinah (kurma nabi), Kurma Safawi Madinah dan kurma Tunisia. Jika anda ke Tanah suci Makkah dan Madinah, ia adalah tanda mata yang amat istimewa. Dan untuk makluman anda Kurma Ajwa atau kurma nabi berharga RM80/kg di Madinah (sr80-85/kg). Jika anda belum mendapatkannya, semak dengan JKKK di kawasan anda.

Buah Abiol... dari Amazon... anda pernah dengar

Image
Inilah buah Abiol yang dikatakan dari Amazon Buah Abiol ini kini boleh didapati di negara kita. Ia ada di tanam di Terengganu iaitu di Agro Resort, Setiu, Terengganu. Ia seakan-akan buah jambu dan rasanya lemak manis Ia di katakan berasal dari Amazon , Amerika Selatan dan rasanya lemak-lemak manis. Berbuah sekali setahun iaitu dalam bulan April hingga Jun. Bentuk buahnya seakan-akan buah markisa atau jambu dan isinya berwarna putih . Ia enak di makan begitu saja atau dibuat jus buah. Pokoknya hidup subur dengan iklim tropika. Beginilah rupanya pokok Abiol Tentang khasiatnya, ia belum diketahui dan masih belum ada kajian atau kenyataan mengenainya.

Buka puasa Masakan Abi....

Image
Masakan Abi untuk buka puasa Kali ini giliran blogger menampilkan masakan untukm juadah berbuka puasa. Menu yang menjadi pilihan adalah Lamb Chop Sos Blackpepper, Tomyam Udang bersayur serta sawi manis goreng belacan. Lama tak memasak kekok juga rasanya dan beginilah hasilnya. Ini Blackpepper Lamb Chop yang mendapat pujian anak Anak-anak juga seronok dengan menu petang ini katanya special. Bukan apa sekurangnya dapatlah isteri blogger berehat bagi petang ini. Sayur sawi Goreng Belacan pun enak dan memukau selera Tomyam Udang Sekali sekala 'mengsumbangkan' menu seronok juga.

Kuih Tepung Bungkus... kuih tradisi yang sedap

Image
Kuih yang diperbuat daripada tepung beras bersama santan  dengan intinya daripada kelapa dengan gula melaka yang kemudiannya disaluti dengan tepung pulut. Apa yang istimewa ia dibalut dengan daun pinang yang kemudian dikukus sehingga membangkitkan rasa wangi. Memang nampak sedikit rumit proses pembuatannya, tapi makannya sedap dan amat sesuai untuk kanak-kanak kecil yang mula belajar menjamah makanan yang lembut. Jika pembuatannya betul dan bersih kuih mampu bertahan 24 jam tanpa basi. Memang kuih orang tua dan tradisi dibuat dengan teliti.

Buka Puasa Rumah Bonda

Image
masakan bonda ikan singgang budu dan celur bunga kantan serta pucuk ubi stela Di kesempatan Ramadhan ini, blogger bersama keluarga mengambil peluang dan kesempatan untuk berbuka puasa di rumah bonda. Ia bukan sahaja untuk menjengah bonda juga sebagai galakan kepada anak-anak supaya terus utuh dan kukuh dengan budaya dan amalan mengunjungi dan menghormati orang tua dan menghormati nenek mereka. Apa yang pasti selera pasti terbuka dengan masakan bonda, walhal menunya hanyalah ikan singgang dan budu serta ulaman celur. Berkatnya masakan orang tua. ulam celur jantung pisang, bunga kantan, terung, pucuk ubi stela (keledek), jering muda untuk cecah dengan budu Anak-anak juga cukup berselera dengan hidangan ikan singgang walaupun ayam percik ada disebelah. Budu juga turut menjadi tumpuan. Manakala air pula sampai tiga jenis, air tebu, laicikang serta teh ais limau. nak buat macammana selera anak-anak berpuasa, sekali sekala kena turut juga sebagai galakan untuk mereka berpu...

Kembalinya Ramadhan Menjengah...

Bermula dari 1 Ramadhan, telah bersesak orang ramai mengunjungi bazar-bazar Ramadhan. Di kawasan blogger di antara bazar Ramadhan yang menjadi tumpuan adalah Bazar Ramadhan Sg Tarom, Bdr Permaisuri dan Kg Guntung Luar. Dari jauh telah penuh kenderaan mengunjunginya. Lagipun permulaan Ramadhan adalah di awal bulan dan baru mendapat gaji dan upah. Poket masih berisi dan pastinya seronok membeli. Cuma diingatkan pandai-pandai membuat budget agar belanjawan bulan ini terkawal dan tidak mencapai paras hidung. Cuma yang sedikit merisaukan adalah harga makanan sudah meningkat dan agak mahal. Harga ayam percik sudah mencecah RM8/ seketul (taklah besar mana). Harga bahan mentah sudah mahal, yang pasti apabila sudah masak harganya juga akan meningkat. Nampaknya kena pilih-pilih dan membuat jadual dalam membeli di bazar Ramadhan, nak elak terus, hati tergerak jugak untuk menjengah ke sana. Blogger juga berharap penjual juga mengambil pertimbangan untuk menjual pada harga yang wajar dan berpatu...

Pengunjung blog