Kembalinya Ramadhan Menjengah...

Bermula dari 1 Ramadhan, telah bersesak orang ramai mengunjungi bazar-bazar Ramadhan. Di kawasan blogger di antara bazar Ramadhan yang menjadi tumpuan adalah Bazar Ramadhan Sg Tarom, Bdr Permaisuri dan Kg Guntung Luar. Dari jauh telah penuh kenderaan mengunjunginya.

Lagipun permulaan Ramadhan adalah di awal bulan dan baru mendapat gaji dan upah. Poket masih berisi dan pastinya seronok membeli. Cuma diingatkan pandai-pandai membuat budget agar belanjawan bulan ini terkawal dan tidak mencapai paras hidung.

Cuma yang sedikit merisaukan adalah harga makanan sudah meningkat dan agak mahal. Harga ayam percik sudah mencecah RM8/ seketul (taklah besar mana). Harga bahan mentah sudah mahal, yang pasti apabila sudah masak harganya juga akan meningkat. Nampaknya kena pilih-pilih dan membuat jadual dalam membeli di bazar Ramadhan, nak elak terus, hati tergerak jugak untuk menjengah ke sana.

Blogger juga berharap penjual juga mengambil pertimbangan untuk menjual pada harga yang wajar dan berpatutan supaya semua orang seronok.

Pada Ramadhan ke 3, blogger ke Pasar Batu 6 yang terkenal dengan banyaknya kuih-muih dan lauk pauk. Apa yang blogger cari adalah kuih Jala Emas dan Kuih Taik Itik. Harganya masih RM5 satu bekas dan RM2 untuk Taik Itik. Cuma Kuih Jala Emas, kandungan sedikit kurang. Apapun rasanya masih sama dan sedap.

Blogger juga mencari sayur keladi dan sayur lemak dan ianya masih boleh dibeli dengan harga RM1 dan RM2. Kira masih berpatutan. Untuk gulai kawah harga bermula RM5 dan ke atas.

Sebenarnya di bulan Ramadhan ini, peluang berniaga begitu luas dan banyak sekali cuma apa yang pasti kita hendaklah berniaga dengan ikhlas dan beretika supaya mendapat berkat dari keuntungan kita. Dan jika ada lebihan hendaklah kita banyak bersedeqah dan berjariah kerana ganjarannya amat besar di bulan yang mulia.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog