Buka Puasa di Sumai Suites Hotel Kuala Terengganu


Ramadhan ke 16 blogger bersama keluarga dan rakan sepejabat telah ke Sumai Suites Hotel untuk berbuka puasa. Melihat pada senarai menu yang di terima nampak menarik dan mengecurkan air liur.
Sampai di sana kelihatan ramai sekali yang turut sama akan berbuka puasa bersama-sama. Penuh tempat duduk di Restoran Bintang Laut, Sumai Suites Hotel.
Blogger dan keluarga mengambil tempat sambil mata melilau mencari apa yang perlu dijadikan juadah berbuka. Hajat di hati ingin berbuka ala kadar dan Solat Maghrib dan selepas itu barulah untuk makan seenaknya.

Namun semasa mengambil kurma dan beberapa dessert, kelihatan lauk-lauk serta juadah yang lain telah licin dijadikan hidangan di meja tetamu.

Blogger dan keluarga mengambil roti kebab, sedikit kuih, sedikit bubur lambuk dan air untuk buka puasa. Kira berbuka ala kadar jelah.
Selepas mengecap sedikit juadah, blogger dan keluarga terus ke Surau yang disediakan untuk menunaikan solat. Kemudian kembali ke restoran untuk menyambung kembali untuk makan.

Sedikit malang, apa yang tinggal hanyalah beberapa juadah sahaja. Tetapi kelihatan banyak juadah dan hidangan bersisa dan berbaki dimeja makan. Mungkin masa mengambil tadi tengah lapar dan sedikit hilang pertimbangan, tetapi selepas berbuka, daya untuk menghabiskan makanan sudah hilang, jadi membazirlah makanan itu di meja.

Begitulah keadaannya orang kita bila menjamu selera secara buffet, diambilnya lauk dan juadah mengikut selera dan nafsu tetapi tidak dihabiskan.
Sepatutnya ambillah yang perlu, dan jika mahu lagi ambillah sekadarnya. Ambillah seberapa kerap pun asalkan tidak membazir.
Jadilah kita seorang hamba Allah yang bersopan, beretika serta berhemah terutama apabila berhadapan dengan hidangan. Apatah lagi kita sentiasa mendapat hidangan yang mewah dan lazat, sepatutnya kita bersyukur dan makan secara tertib. Kita juga kena ingat, saudara kita di Somalia, Kemboja, dan lain-lain masih kekurangan makanan apatah lagi makanan yang enak, kita yang sentiasa dilimpahi kemewahan perlu banyak bersyukur dan makan dengan bersyukur.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog