Jala emas... payah nak jumpa... bulan Ramadhan muncullah ia...

Ini kuih Jala Emas di antara kuih tradisi rakyat Terengganu. Ia sememangnya istimewa kerana hanya diperbuat dengan menggunakan kuning telur dengan sedikit tepung dan dimasak bersama air gula.


 Apa yang menjadi rahsia istimewanya adalah cara memasaknya yang rumit dan perlu penuh tumpuan bagi menghasilkan jala emas yang baik.


Pada kebiasaannya harga bagi satu bekas begini dalam RM5 dan ianya boleh didapati terutama di Pasar Batu 6.


Ia menjadi kegemaran kepada isteri blogger. Setiap kali Ramadhan pasti dicari.



Kuih tradisi sebegini perlu pewaris untuk meneruskan kesinambungan masakan warisan tradisi. 

Comments

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

RM5 juta diperuntukkan untuk Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) secara tanpa faedah oleh Kerajaan Negeri Terengganu

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Gerai Jualan Hasil Laut dan Kraft di Kg Fikri, Setiu, Terengganu.. segar dan murah

Bulan Muharam.. bulan Asyura

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Pengunjung blog