Posts

Showing posts from September, 2012

WWF lepas 80 ekor anak tuntung di Kg Mangkuk, Setiu, Terengganu

Image
Oleh; Esah Abdullah Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia cawangan Terengganu dengan kerjasama Persatuan Wanita Setiu (Pewanis) telah melepaskan 80 ekor anak tuntung ke Sungai Kampung Mangkuk, Setiu, sebagai usaha pemuliharaan spesis haiwan sungai itu. Ketua Program Pemuliharaan Penyu WWF Terengganu, Puan Rahayu Zulkifli berkata program itu juga bertujuan meningkatkan populasi spesis tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi dan kura-kura itu, yang kini dikategorikan sebagai sangat terancam. Telur tuntung "Bermula 2009, WWF telah memulakan aktiviti pemuliharaan tuntung dengan melakukan pemantauan di pantai, melindungi telur tuntung, mengumpul data dan menjalankan kajian mengenai tuntung yang terperangkap dalam peralatan menangkap ikan.  "WWF juga meningkatkan pelbagai program kesedaran kepada orang ramai, khususnya penduduk Kampung Mangkuk untuk menjaga habitat terbesar tuntung negara," katanya kepada pemberita se...

Taman panorama dibuka tahun depan sempena TMT

Image
Oleh; Esah Abdullah Taman Panorama di Bukit Pak Apil Kuala Terengganu akan dibuka sepenuhnya tahun depan sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT). Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang berkata, pihaknya kini sedang meneliti kemampuan beberapa syarikat yang memohon tender bagi mengurus kemudahan di taman berkenaan. “Kita ingin melihat dulu apa kemudahan yang boleh ditawarkan bagi lokasi pelancongan terbaru daerah Kuala Terengganu itu,” katanya. Menurutnya, kewibawaan dan keupayaan syarikat pengendali adalah diutamakan memandangkan taman ini bakal menjadi daya tarikan kedatangan pelancong ke negeri ini.  “Kelebihan utama Taman Panorama ialah pengunjung boleh melihat sebagaian besar bandar Kuala Terengganu sepertimana KL Tower dan tarikan lain seperti Taman Orkid dan kemudahan rekreasi lain,” katanya. Katanya, pihaknya bercadang menyerahkan pengurusan keseluruhan lokasi yang dilengkapi kemuda...

Payang Walk `hidupkan' Pasar Payang hingga tengah malam

Image
Oleh: Aida Abd Rahman Pasar Payang Kuala Terengganu dijangka tidak lagi sunyi tanpa pengunjung menjelang waktu malam apabila Kerajaan Terengganu memperkenalkan `Payang Walk’ di jajaran pusat perniagaan itu bermula dari depan Pusat Penerangan Pelancongan hingga ke persimpangan balai bomba, bermula 5 Oktober ini (Jumaat). Inisiatif kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Yayasan Usahawan Terengganu berlangsung tiga hari seminggu bermula Jumaat hingga Ahad bagi menyemarakkan sambutan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berharap semua peniaga termasuk di Bazar Warisan dan Pasar Payang memanfaatkan program itu bagi menarik kunjungan pelanggan selepas waktu kebiasaan mereka berniaga. “Biasanya bermula jam 6 petang, kawasan itu tidak lagi menjadi tumpuan dan mula sunyi. Yang ada ...

Jering Rebus, snek enak makanan warisan Terengganu

Image
Jering Rebus, enak dimakan bersama nyiur parut Makan jering rebus? Tentu pelik bunyinya tetapi tidak bagi orang di Setiu, Besut mahupun Kelantan. Ia adalah makanan yang popular dan enak sekali di makan bersama kelapa parut atau nyiur. Jering rebus ini adalah dibuat daripada jering yang muda yang direbus berulang kali dengan beberapa petua supaya menghasilkan rasa yang enak. memang enak Apabila sudah direbus, ia tidak lagi menjadi ulam untuk dimakan bersama nasi, sebaliknya ia telah menjadi snek yang sedap dimakan bersama kopi o atau teh o dan lebih enak diwaktu hujan lebat atau musim hujan. snek warisan Terengganu Ia boleh menjadi snek yang bagus kerana dengan memakan jering rebus ini mampu membuang angin dalam badan dan mengeluarkan toksin dalam badan. Kesannya, kencing atau najis akan keluar bersama bau yang kurang enak namun ianya hanya sementara dan selepas sehari dua badan akan kembali seperti biasa. Nak cari dimana? selalunya banyak terdapat di pas...

Preserving Terengganu’s botanical and culinary heritage

Image
  By Andrew Sia An oasis of luxurious kampung living, Terrapuri also aims to preserve Terengganu’s botanical and culinary heritage. APART from the hardware of the homes themselves, the Terrapuri project is also keeping alive the crucial software of carpentry skills needed to maintain heritage homes. Alwee Abd Rahman, 44, the resident maintenance manager, has been a carpenter since he was 13, following in the footsteps of his father Abd Rahman Abdullah. “My father and grandfather were wood workers who made boats and houses,” he says. “I learnt much from them, for instance, how to use wooden pegs instead of nails when joining wood together.” His son Alhuzaifi Alwee, 20, is, in turn, following his footsteps as an apprentice. Homely touch: The service is warm at Terrapuri, and you can even enjoy breakfast on the verandah. “As most of the kampung folks now want concrete houses, the old skills of traditional builders are being lost,” says self-made entr...

Sesuatu yang kita perlu belajar untuk memartabatkan masakan tradisi Melayu Terengganu ke peringkat Global- Pengalaman di Bumbu Rasa, Alamanda Putrajaya

Image
susunan lauknya cukup menarik Peluang makan di restoran ternama adalah sesuatu yang sukar untuk dilepaskan.  Restoran Bumbu Rasa di Alamanda Putrajaya adalah destinasi tujuan. Restoran dengan resepi masakan padang memang cantik dan ekslusif sekali. Sekaligus ia mengangkat martabat masakan padang Indonesia. Apabila berada  di restoran ini rasa cukup kagum dengan suasana, susunan dekorasi, layanan kakitangannya membuatkan kita dilayan bagaikan raja. Jika dinilai dari segi rasa, ia biasa-biasa sahaja, tetapi apabila ia diletak ditempat yang sepatutnya, semua makanan di sini menjadi ekslusif dan menarik. Disinilah blogger ingin berkongsi bagaimana masakan Terengganu dan pantai timur harus diangkat supaya ia berada setaraf dengan maakan di restoran ini, dan jika dibandingkan dari segi rasa, memang jauh masakan Terengganu dan Kelantan lebih sedap. Cuma kita mahu status masakan timur ini mesti ada dan berada dalam kelasnya yang tersendiri untuk dinikmati oleh dunia....

Landskap buluh yang menawan di Alamanda, Putrajaya

Image
Cantik sungguh landskap pokok buluh di Alamanda, Putrajaya. Ia memukau sesiapa sahaja. Bukan sahaja nampak redup malah ia memberi satu dimensi baru seakan-akan jalan menuju kejayaan. Memang terpukau duduk di sini. Inilah hasil idea kreatif pereka landskap untuk disesuaikan dengan pusat membeli belah. Bagi peminat fotografi, ia memberi idea baru untuk tatapan atau mencuba pelbagai sudut baru.

Sudah tiba masanya stesen minyak dibangunkan secara mesra pelancong

Image
gambar hiasan Dua hari lepas semasa dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, blogger telah berhenti sebentar di Stesen Minyak Petronas Batu 6, Kuala Terengganu. Stesen ini sememangnya antara tandas stesen minyak yang sentiasa bersih dan sentiasa dijaga kebersihannya. Tidak berapa lama, telah berhenti dua bas persiaran dan turunlah penumpang yang terdiri makcik-makcik kaum Tionghua atau berbangsa Cina. Maka berbaris panjanglah mereka di tandas lelaki dan perempuan yang hanya mempunyai satu tandas lelaki dan satu tandas wanita. Bayangkan penumpang dua buah bas lebih kurang 70 hingga 80 orang beratur dengan muka berkerut menahan kencing. Kesian pula tengok. Bagi yang lelaki dua tiga orang melilau mencari sudut terlindung untuk melepaskan hajat masing-masing. Kalau seorang memerlukan 5 minit, maka 400 minit diperlukan dan jika dua tandas maka setiap tandas dalam 200 minit atau 3 jam 33 minit. Pengajarannya, sudah tiba masanya pihak pengendali Stesen Minyak samada PETRONAS, SHE...

Makan aiskrim... mengembalikan memori zaman kanak-kanak

Image
s emasa cuti aidilfitri baru-baru ini sempat layan anak-anak dan anak saudara makan aiskrim yang dijual dengan motosikal. Ia dijual dalam kon dan juga roti. Harga pun dalam RM1 satu. Dulu rasanya dalam 20 sen atau 30 sen satu. Peralihan zaman membuatkan Rm1 jadi kecil nilainya. Kata ahli kewangan itulah inflasi. Apapun apabila makan aiskrim sebegini tentunya ia mengembalikan memori atau kenangan semasa kecil dahulu iaitu di tahun 80 an. Dengan duit 50 sen macam-macam benda boleh dibeli. Gambar boleh menceritakan segalanya-galanya.

Rumah Terbuka Aidil Fitri Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu

Image
Di bulan Syawal / September 2012 ini banyak juga jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri yang blogger terima antaranya Rumah Terbuka Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu yang di adakan di Kompleks Kraft Noor Arfa di Chendering, Kuala Terengganu. Ia dihadiri oleh penggiat pelancongan samada pengusaha hotel, resort, pemandu pelancong, agensi pelancongan, pengusaha kraft serta mereka yang terlibat dalam industri pelancongan. Malah para pengunjung dan rombongan yang membuat lawatan ke kompleks kraft ini turut sama di raikan dalam majlis ini. Pelbagai hidangan terutama' Signature Terengganu' iaitu Nasi Dagang, Nasi Minyak Terengganu, Laksa Kuah Lemah, ketupat, tapai pulut dan macam-macam lagi disajikan kepada para tetamu. Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu atau PPNT adalah badan bukan kerajaan @ NGO yang memayungi mereka yang bergiat dalam industri pelancongan samada individu mahupun organisasi. Ia adalah wadah atau medium untuk mereka menyuarakan pandangan serta i...

28 Negara Sah Sertai Persidangan Perlebahan Asia Di Terengganu

Image
KUALA TERENGGANU, 30 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 28 negara mengesahkan penyertaan dalam persidangan ke-11 Persatuan Perlebahan Se-Asia yang akan diadakan selama enam hari bermula 28 Sept ini, di sini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Terengganu Asha'ari Idris berkata selain Malaysia, negara lain termasuk Australia, Kemboja, Cameroon, Kanada, China, Mesir, Jerman, India, Indonesia, Iran, Jepun, Libya, Amerika Syarikat, Venezuela dan Singapura. "Dalam persidangan itu nanti, kita akan membincangkan antaranya mengenai masalah pengeluaran serta hala tuju industri madu dunia," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran persidangan, di sini pada Khamis. Asha'ari berkata Terengganu mengambil inisiatif menganjurkan persidangan pada tahun ini bagi membangunkan industri lebah negeri termasuk dari segi ekopelancongan. Terengganu yang mewakili Malaysia menewaskan tiga lagi negara untuk penganjuran kali ini iaitu India, V...

Samsiah Catat Sejarah Wanita Pertama Ketuai Jabatan Agama Di Terengganu

Image
shamsiah awang KUALA TERENGGANU, 3 Sept (Bernama) -- Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang baru dilantik Samsiah Awang mencatat sejarah wanita pertama menerajui jabatan agama di negara ini. Samsiah, 54, yang dilantik 26 Ogos lalu berazam memberikan khidmat terbaik kepada seluruh umat Islam di Terengganu. Beliau terharu dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaan negeri terhadap kredibilitinya. "Saya berharap mendapat sokongan dari semua petugas jabatan ini untuk sama-sama memastikan khidmat kita terus cemerlang demi memastikan kemaslahatan (kesejahteraan) umat Islam negeri ini terus terjaga. "Saya bersyukur dengan pengiktirafan ini dan akan meminta petunjuk dari Allah sekiranya terdapat masalah dan cabaran besar untuk bergerak seiring dengan hasrat kepimpinan kerajaan negeri yang mahu Terengganu terus maju dengan syiar Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pekerja cemerlang JHEAT di sini pada Isnin. Sams...

Kopemat Sasar Penglibatan Aktif Dalam Bidang Perniagaan Madu Lebah Mulai Tahun Ini

Image
Oleh Ibrahim Abu Bakar   KUALA TERENGGANU, 1 Sept (Bernama) -- Koperasi Pemungut Madu Lebah Asli Terengganu Berhad (Kopemat) menyasarkan penglibatan secara aktif bagi memastikan produk madu lebahnya berdaya saing dan mampu menembusi pasaran tempatan mulai tahun ini. Timbalan Pengerusi Kopemat Ibrahim Ismail berkata untuk itu, pihaknya memerlukan modal pusingan awal sekurang-kurangnya RM100,000. Kopemat yang ditubuhkan pada tahun lepas ialah ejen pengutip madu lebah untuk dipasarkan kepada pelanggan. Lazimnya hasil jualan madu lebah mencecah sehingga RM250,000 setahun namun Kopemat menghadapi masalah dalam bidang perniagaan itu memandangkan pengeluaran madu lebah di Terengganu tidak konsisten akibat faktor cuaca yang turut menyebabkan harganya turun naik," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Ibrahim berkata tahun ini, pengeluaran madu lebah di Terengganu agak berkurangan dan sehingga ini baru mengumpul kira-kira 500 kilogram. Beliau berkata harg...

Muzium Terengganu Anjur Himpunan Muzik Tradisional 9 Sept Ini

Image
KUALA TERENGGANU, 29 Ogos (Bernama) -- Alunan muzik tradisional pelbagai kaum di negara ini termasuk masyarakat Siam dan Orang Asli bakal bergema di pekarangan Kompleks Muzium Negeri Terengganu bermula 9 Sept ini. Himpunan Alunan Muzik Tradisional selama tiga hari itu akan berlangsung di Laman Warisan muzium dari 9 pagi hingga 5 petang, kata Penolong Kurator Bahagian Etnologi muzium Azlaizie Razali, kepada Bernama pada Rabu. Katanya pelbagai aktiviti menarik turut disediakan oleh peserta selain jualan produk dan program 'Bicara Seni'. "Sebagai kelainan, hari terakhir program kita akan mempersembahkan gabungan lima alunan muzik dari kaum Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli," katanya. Katanya bagi muzik tradisional Melayu, muzium itu memilih alunan muzik Terengganu menerusi persembahan gamelan, ketuk ulu, tarian saba, mak yong serta rebana. -- BERNAMA

Anak Terengganu Cipta Sejarah Lanjut PHD di Oxford University

Image
Pelajar cemerlang yang sedang menuntut di Universiti Oxford, United Kingdom, Mohd. Firdaus Samsudin, 24, sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila muncul anak negeri pertama ditawarkan mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (Ph.D) di universiti paling berprestij di dunia itu. Anak kedua daripada empat beradik yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu itu akan memulakan pengajian peringkat Ph.D bermula bulan ini. Kejayaan anak kepada seorang pesara kerajaan itu disahkan oleh Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu, Razali Mahmud, semalam. Menurut Razali, Mohd. Firdaus mendapat tawaran itu berdasarkan keputusan cemerlang yang diperolehi melalui tugasan kajian serta penyelidikan yang dijalankannya pada awal pengajian peringkat sarjana. “Kita percaya kejayaan Mohd. Firdaus menyambung pengajian ke peringkat Ph.D dalam masa begitu singkat menjadikannya anak Terengganu pertama menerima tawaran itu di Universiti Oxford itu,” katanya. Beliau seterusnya berharap, ke...

Pengunjung blog