Posts

Showing posts from October, 2012

Penginapan Terengganu: Hotel Mingstar Kuala Terengganu

Image
bilik hotel bajet yang cantik Hotel Mingstar Kuala Terengganu adalah sebuah hotel bajet yang terletak dilokasi yang strategik iaitu di Jalan Sultan Zainal Abidin, berhampiran dengan Bulatan Batu Bersurat menghala ke Kg Tanjung dan Taman Shahbandar. Ia amat sesuai samada untuk penginapan perniagaan mahupun berkeluarga dengan bilik yang selesa serta dihias dengan dekorasi yang indah. bilik air yang selesa Setiap bilik dihias indah dengan kemudahan serba lengkap seperti penghawa dingin, TV dengan saluran satelit, kemudahan WIFI tanpa had, kemudahan air minuman serta kopi dan teh. Terdapat 4 jenis bilik yang di tawarkan iaitu: Deluxe  RM178.00 semalam Superior plus RM158.00 semalam Superior RM148.00 semalam Standard RM128.00 semalam  * harga adalah termasuk sarapan pagi untuk dua orang Bagi maklumat lanjut dan lokasi bolehlah lawati laman web hotel sebagaimana berikut: http://mingstarhotel.com Pengalaman blogger bermalam di sini semasa menghadir...

TEMCO- PPNT anjur seminar pelancongan

Image
wetland Setiu Oleh:Noraini Jusoh Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) akan menganjurkan Seminar Pengendalian Perniagaan Sektor Eko Pelancongan dan Marin Pelancongan 2012 (International TEMCO 2012) pada 6 hingga 7 November ini. Penganjuran seminar oleh PPNT dengan kerjasama kerajaan negeri dan Kementerian Pelancongan Malaysia akan diadakan di Primula Beach Hotel selama dua hari. Pengerusi TEMCO 2012, Encik Alex Lee Yun Ping, berkata, seminar yang kali ketiga diadakan ini akan memberi tumpuan terhadap usaha memartabatkan sektor pelancongan di negeri ini khususnya dan membincangkan idea-idea praktikal serta mencari penyelesaian yang memberi inspirasi kepada perubahan positif dalam sektor Eko & Pelancongan Marin. “Setakat ini 100 peserta telah mendaftarkan diri dan penambahan peserta dijangka akan berlaku sekaligus mencapai matlamat kami iaitu 120 orang peserta. “Peserta yang bakal hadir terdiri daripada individu yang berkait rapat dengan sektor ...

Salam Aidil Adha 2012

Di kesempatan ini, blogger ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SALAM AIDIL ADHA dan sama-samalah kita mengambil keberkatan perayaan ini dengan melakukan korban ataupun sama-sama meraikan mereka yang berkorban dengan menolong semasa penyembelihan dilakukan, membahagikan daging korban ataupun menerima daging korban dan mengucakan kesyukuran ke hadrat Allah swt. Kalau diikutkan sebenarnya, Aidil ADha ini adalah lebih penting dan lebih besar fadhilatnya daripada perayaan Aidil Fitri, ini kerana Allah swt menuntut umatnya untuk berkorban kerana Allah swt. Iaitu mengorbankan sedikit harta atau pendapatan untuk sembelihan korban dan kemudiannya daging korban dibahagikan terutama kepada fakir dan miskin. Dan sepatutnya kita boleh berkorban dengan lebih banyak dan meriah kerana perayaan Aidil Adha ini tidak menuntut kita menukar langsir baru, perabot baru, duit raya dan sebagainya. Tetapi ia telah diatasi dengan kemeriahan sambutan AIdil Fitri hingga menenggelamkan betapa besa...

Nasi Berlauk Pokok Besar Kg Tanjung, Kuala Terengganu

Image
Pada kebiasaannya apabila selesai urusan di bandar Kuala Terengganum Warung Nasi Berlauk Pokok Besar di Kg Tanjung menjadi pilihan untuk makan dan minum petang. Terletak di Kg Tanjung berhampiran Jln Kg Kolam menuju Flat Sri Kolam, sentiasa menjadi tumpuan pada waktu petang. Banyak sekali kuih-kuih tradisional Terengganu di jual di sini. Apa yang selalu menjadi pilihan blogger adalah nasi Berlauk Ikan Aya  dengan Sambal Belacannya yang pedas dan sedap (nyangkut orang Terengganu kata). Selain itu, menu yang selalu menjadi kegemaan pelanggan adalah Kuew Tiaw Goreng Basah, yang kata pelanggan sedap dan boleh tahan sedapnya. Walaupun keadaan gerainya nampaknya biasa-biasa sahaja, tetapi tetap menjadi pilihan ramai. Kalau tuan punyai kedai dapat menaiktaraf sedikit keadaan kedai, tentunya ia akan menjadi pilihan ramai terutama mereka yang memerlukan standard yang tinggi dalam kebersihan kedai mahupun makanan (dengan kata lain agak cerewet).

Makan Malam di Atas Bot Penambang 'Susur Sungai Terengganu'.. anda patut mencubanya

Image
Bot Penambang 'Terengganu River Cruise' Jemputan daripada Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) untuk makan malam di atas bot 'Terengganu River Cruise' sesuatu yang sukar dilepaskan. Turut bersama dalam majlis ini adalah rakan-rakan media seperti BERNAMA, Unit Komunikasi SUK Terengganu, MANIS FM, Pengarah Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu, Ketua Sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2013, pengusaha pelancongan, Tourism Malaysia serta blogger. Penerangan oleh Pengerusi PPNT, Wan Sufian Dato Wan Ishak Rakan media dan tetamu yang hadir Rasa seronok apabila sekali sekala bersama dan bertukar pandangan terutama dalam hal ehwal industri pelancongan di negeri Terengganu. Apa yang istimewa adalah masa bersama ini diraikan dalam majlis makan malam istimewa di atas bot penambang yang kini telah dinaik taraf sebagai bot pelancong untuk menyusuri Sungai Terengganu. Sup Krim Cendawan yang enak antara menu santapan dalam Makan Malam atas bot P...

Alami tarikan baru Payang Walk di Kuala Terengganu..

Image
Bot Penambang yang kini digunakan untuk 'Terengganu River Cruise' memang menyeronokkan Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air kini mempunyai daya tarikan baru di mana para pelancong dan pengunjung boleh mengenali keunikan bandar ini dengan lebih dekat dengan menaiki beca dan menyusuri sungai Terengganu. Payang Walk.. tarikan baru di Pasar Payang Hasil inisiatif Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu ini dilihat cukup berpotensi bagi meningkatkan lagi produk pelancongan serta keunikan Pasar Payang serta keunikan bandar Kuala Terengganu yang penuh dengan kisah sejarah yang masih banyak lagi yang belum terokai. Jom kita naik beca dan alami sendiri keunikannya Santai Beca adalah kesinambungan keunikan yang dulunya beca adalah pengangkutan utama penduduk tempatan ke mana-mana destinasi dalam bandar. Kini ia dijadikan tarikan pelancong bagi mengenali budaya Kuala Terengganu dengan lebih dekat. Dengan sewaan sebanyak RM15.00/beca bagi perjalanan dari Pasar ...

anak dan kambing... melihat mereka bagaikan terapi yang menenangkan

Image
Sekali sekala rasa nak tukar mood menulis kepada yang lebih ringan dan santai. Kali ini blogger ingin berkongsi rasa seronok merakam detik-detik gembira anak-anak bermain dengan anak-anak kambing yang manja. Kata orang betul kalau bermain dengan binatang yang jinak memang dapat mengurangkan tekanan dan stress, malah kita yang memerhatikan pun cukup seronok melihat tingkah laku anak-anak bersama haiwan ini. Jika kita dalam keadaan tidak tenang dan serabut dengan pelbagai masalah, bermain dengan haiwan ini boleh dikatakan terapi yang baik. Jika kita renungkan, biasanya golongan petani dan penternak, mereka ini cukup gembira dengan hidup mereka walaupun sentiasa menghadapi dan melalui kepayahan hidup. Mereka ada hiburan mereka sendiri dengan haiwan peliharaan lembu, kerbau, kambing, ayam dan itik yang sentiasa menceriakan mereka.

Jemputan Untuk Makan Malam di River Cruise Payang Walk oleh Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu

Image
Hari ini blogger telah mendapat jemputan untuk menghadiri Program Makan Malam di atas bot bagi Promosi River Cruise Payang Walk di Jeti Shah Bandar, Kuala Terengganu. Program anjuran Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu ini akan berlangsung pada 16 Oktober 2012 yang akan dihadiri oleh pihak media, wartawan serta blogger-blogger jemputan termasuk blogger blog ini. Ia adalah satu penghargaan kepada blogger di alam maya dalam mempromosikan pelancongan di Terengganu serta memperkenalkan Payang Walk di Pasar Payang yang diperkenalkan oleh Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu. Terima kasih PPNT Blogger: sentiasa bersedia untuk membuat preview produk pelancongan termasuk hotel, resort, restoran serta produk pelancongan baru.

'Gear Box' Restoran Pak Ya, Pasir Puteh... mengecurkan air liur..

Image
Sup Gear Box yang mengecurkan air liur anda Kali ini blogger ingin berkongsi entry berkaitan makan-makan di negeri jiran Terengganu iaitu Kelantan Darul Naim. Destinasi kali ini adalah Restoran Pak Ya Gear Box di Pasir Puteh Kelantan. Ia terletak sebelum bandar Pasir Puteh di sebelah kanan jalan jika anda dari Bandar Jerteh. Nasi ulam budu, kalau tak tambah nasi tak sah Apa yang disajikan di sini pasti megujakan anda iaitu Sup Gear Box dan banyak lagi masakan tradisi Melayu Pantai Timur seperti Gulai Siput Sedut, Gulai Lemak Ikan Haruan, Daging Bakar, Ikan darat goreng, sayur cendawan dan macam-macam yang pasti mengecurkan air liur anda.  Gulai lemak ikan haruan, resepi orang tua Walau apapun lauk yang di pilih raja segala lauk iaitu 'budu' pasti menjadi keutamaan bersama ulam ulaman segar beserta kerabu mangga bersantan. raja segala lauk... BUDU Tentang sup Gear Box pula, apa yang istimewa disini ia dibaluti dengan daging yang banyak, memang sed...

Pergambaran Program Makan Angin TV9 di Agro Resort, Setiu, Terengganu

Image
Pengacara Makan Angin TV9 Faiz di Agro Resort, Setiu, Terengganu Kali ini blogger ingin berkongsi gambar-gambar semasa rakaman rancangan program TV9 'MAKAN ANGIN' bersama pengacara Faiz. Episod di Terengganu ini mengenengahkan keunikan masakan belut, ketam kulit lembut, sambal kecupu serta keunikan tarikan di Terengganu seperti Kg Rhu Sepuluh, Laguna Setiu, Agro Resort serta Kuala Terengganu. Sepanjang pergambaran ini, kru ini telah menginap di Peladang Setiu Agro Resort selama 5 hari. Kru dan hos sedang bersarapan Sambal Buah Kecupu, makanan unik Terengganu Inilah buah kecupu yang semakin sukar untuk mendapatnya, pihak Agro Resort telah mengambil inisiatif menanamnya di sekitar resort Salah seorang kru mencuba bakat memasak di dapur Set pergambaran di restoran AGro Resort, Setiu, Terengganu Blogger bersama hos Faiz dalam episod Makan Angin di Terengganu Bukan sekadar lakonan tetapi dah jadi aksi realiti

Pulut Gaul Nyiur, makan pagi orang Terengganu

Image
Ini adalah antara menu sarapan tradisi orang Terengganu iaitu Pulut Gaul Nyiur. Bukan sekadar menu popular malah ia sentiasa menjadi keutamaan dalam bersarapan. Pulut gaul nyir ini sedap dimakan samada bersama ikan masin, ikan pekasam atau yang paling sedap ikan kukus yang di goreng samada ikan selayang, kembong mahupun aya. Ia adalah gabungan pulut yang di tanak atau di masak bersama kelapa yang dirasakan dengan sedikit gula dan garam. Kemudian ia digabungkan dengan elemen masin iaitu ikan masin ataupun ikan kukus goreng. Jika anda datang ke Terengganu ia mudah didapati di warung-warung mahupun kedai kopi pagi. Malah disesetengah tempat telah dijual sebagai snek di waktu malam. Ini adalah antara makanan tradisi Terengganu yang anda patut cuba..

Pasar Minggu dan Pasar Tani Bandar Permaisuri, Setiu, macam-macam ada di sini

Image
Batu permata bersama cincin dengan pelbagai pilihan yang menawan Pasar minggu dan pasar tani Bandar Permaisuri di Setiu, Terengganu menjadi salah satu destinasi penting kepada warga Setiu, bukan sahaja bagi mendapatkan keperluan harian, malah pelbagai barangan eksotik yang sukar didapati di bandar mahupun hari biasa. Sayur segar dari kampung Ia boleh menjadi salah satu daya tarikan yang unik terutama bagi mereka yang gemarkan pelbagai kuih tradisional, ulam-ulaman segar dan jarang di jumpai, malah anak itik pun boleh dibeli disini. Juga tentu seronok melihat para penjualnya adalah makcik-makcik yang sebaya mak kita turut sama meraih rezeki di sini. Mereka ini membawa sendiri hasil tanaman atau jualan dari pelusuk kampung untuk diniagakan di sini. Kalau bernasib baik anda akan mendapat belian yang lebih dan harga yang murah. Bagi penggemar permata dan cincin, pelbagai pilihan batu permata yang unik dengan bermacam-macam bentuk. Ikan darat pun ada ataupun ikan sunga...

Pengunjung blog