Posts

Showing posts from December, 2012

Makan 'SERABE' sedap

Image
Inilah rupa kuih tradisional 'SERABE' 'Serabe' adalah antara makanan tradisional rakyat Terengganu yang kini agak sukar didapati. Ianya memang sedap dan didatangkan bersama kuah lemak dan kuah manis. Baru-baru ini blogger berpeluang merasa ' Serabe' yang sedap hadiah buahtangan rakan dari Kuala Terengganu. Kalau nak cari 'Serabe ' mungkin ada di Pasar Bukit Besar, Pasar Cabang Tiga atau Pasar Kedai Buluh. Sememangnya makanan warisan ini mampu melangkah jauh dan menjadi tarikan orang ke Terengganu.

Gambar Banjir di Setiu, Terengganu 2012

Image
Air melintas jalan utama di Bandar Permaisuri berhampiran masjid Berikut adalah rakaman foto semasa banjir di Setiu, Terengganu tempohari. Walaupun kehadiran banjir agak lewat daripada biasa, ia adalah fenomena yang berlaku saban tahun. Penduduk tempatan yang sedia maklum sentiasa bersedia menghadapi bencana banjir, begitu juga dengan jawatankuasa bencana serta agensi kerajaan berkaitan. Banjir di Kg Balik Bukit Bdr Permaisuri Air sudah mula melimpah Air mula menghampiri gigi jalan di Bandar Permaisuri Fenomena tahun ini agak besar banjirnya sehingga jalan utama di Bandar Permaisuri terpaksa di tutup kepada kenderaan ringan. Apapun ianya satu pengalaman dalam menghadapi situasi banjir ini. Air Melintas jambatan di Kg Guntung Luar Keadaan kenderaan yang tersekat di Bandar Permaisuri Bagaikan pesta air  Melihat sendiri keadaan air yang lepeasi paras lutut di jalan AIr yang melintas jalan dengan deras banjir setiu 2012 air yang cuk...

Kosmo! Online - Horizon: 10 Destinasi Percutian TERBAIK negara

Image
Baca lagi.. Kosmo! Online - Horizon

Makan-makan: Makan ICT dan Santai di Kg Rhu 10

Image
Dengan lokasi yang terletak di tepi pantai menghadap Laut China Selatan sememangnya menjanjikan ketenangan dan kedamaian kepada setiap pengunjung. Apatah lagi bertemankan makanan laut seperti keropok lekor, sotong celup tepung beserta ikan celup tepung yang lebih dikenali sebagai 'ICT" oleh warga Terengganu dan tempatan pastinya melengkapkan suasana petang anda. Keindahan di sepanjang pantai ini memang cantik dan indah dan sentiasa menggamit mereka yang singgah. Setiap saban minggu sentiasa berderetan kenderaan singgah menikmati angin petang di sini sambil menikmati juadah di gerai di sepanjang jalan di sini. Cuma apa yang perlu dititik beratkan adalah 'soal harga' yang rasanya agak mahal, apatah lagi kebanyakan ikan dan sotong adalah bersumberkan 'sejuk beku' atau orang tempatan panggil 'ikan kotak dan sotong kotak', bukan ikan segar dan sotong segar yang harga mentahnya tidaklah terlalu mahal. Apabila sudah masak, sotong celup tepung pali...

Makan-makan: Kari Ikan Sg Tarom Setiu

Image
Entry untuk kali ini ringkas saja iaitu berkaitan makan-makan. Sesiapa yang berkunjung ke Bandar Permaisuri, Setiu dan rasa rindu nak pekena masakan kari ikan dan kepala ikan bolehlah menjengah ke Medan Selera MDS berhadapan dengan padang bola Sg Tarom. Rasa karinya kira boleh tahan dengan masakan ikan merah yang sememangnya sesuai untuk dibuat kari. Ia dihidangkan dengan papadom serta acar jelatah. Bagi penggemar kepala ikan, ada pilihan samada kepala ikan merah atau kepala tenggiri dengan harga antara RM30 hingga RM50 bergantung kepada saiz. Bagi set kari biasa berharga RM5.00/ seorang iaitu kari ikan (isi ikan merah), nasi putih dengan acar dan sambal. Kira berbaloi.

Bangi Kopitiam, Gaya retro klasik yang menarik

Image
Bangi Kopitiam yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor sentiasa menggamit pengunjung untuk berkunjung semula ke sini. Kopitiam dengan gaya retro klasik yang diusahakan oleh pemuzik kumpulan rock terkenal tanahair  SEARCH iaitu Kid bersama rakan niaganya sentiasa mendapat tumpuan pelanggan yang menjadi pelanggan tetap. Dengan dekorasi alat muzik lama, serta beberapa peralatan lama menjadi wardrope yang menarik. Apa yang paling mencuri perhatian adalah sekeping gambar lama yang besar yang unik dan mempunyai nostalgianya yang tersendiri. Ia melambangkan suasana kedai kopi yang muhibbah dan harmoni. Mungkin itulah hasrat Bangi Kopitiam ini. Bagi blogger, kunjungan kali ini memilih Mee Udang dan telur omega 1/2 masak sebagai makan malam bersama Kopi Gelas yang kaw!. Bagi warga kota dan bandar, kedai berkonsepkan sebegini adalah tempat yang sesuai untuk melepaskan serta meredakan ketegangan kerja sambil bersembang dengan kawan-kawan selain menjamu selera dengan...

RM150++ Tawaran Penginapan Daripada Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu

Image
Special Promotion  ROOM PROMOTION NEW HOTEL IN TOWN   SPECIAL PROMOTION FOR  SUPERIOR DELUXE ROOM - RM 150.00 ++  LIMITED ROOMS ONLY SUBJECT TO 10% SERVICE CHARGE AND 6% GOVERNMENT TAX  INCLUSIVE OF BREAKFAST FOR 2 PERSONS

Seminar Kebangsaan Agro Pelancongan 2012, Kuala Lumpur

Image
Seminar Kebangsaan Agro Pelancongan 2012 yang di adakan pada 1 Disember 2012 sempena dengan pameran MAHA 2012 di Palm Garden Resort, Kuala Lumpur bakal menentukan hala tuju dan penerokaan baru dalam industri pelancongan di Malaysia. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Dato' Hashim Abdullah, MAHA 2012 itu sendiri adalah produk Agro Pelancongan dan akan menjadi model produk Agrotourism. Produk agropelancongan di negara ini sememangnya mempunyai potensi yang amat besar dalam industri pelancongan yang mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada negara. Apa yang penting adalah kita perlu fokus untuk meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan supaya lebih mesra pelanggan serta mampu memberi kepuasan kepada pelancong dan pengunjung, kata beliau lagi. Beliau turut merasmikan seminar tersebut dan seterusnya melancarkan penubuhan Persatuan Agro Pelancongan Malaysia (Agro Tour) bagi menggiatkan lagi aktiviti dan produk agro pelancongan di negara ini. ...

Satu Daerah Satu Muzium

Image
Satu daerah satu muzium Perbadanan Muzium Negeri bercadang mewujudkan sebuah muzium di setiap daerah pada masa akan datang sebagai gedung mengekal dan mengetengahkan khazanah warisan setempat. Pengarahnya,Haji Mohd Yusof Abdullah berkata, pada masa ini pihaknya telah mewujudkan dua buah muzium daerah iaitu di Dungun sejak beberapa tahun lalu dan terbaru di Kemaman, Julai lalu. “Langkah ini juga mampu menambahkan daya tarikan pelancong di setiap daerah di Terengganu yang tentunya mempunyai keunikan tersendiri di samping memudahkan mereka mengenali latar belakang setiap kawasan yang dilawati.  “Saya pasti ramai yang tidak mengetahui tentang sejarah daerah tempat mereka lawati dan kita berharap muzium ini dapat membantu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Mohd Yusof berkata, jabatan itu mengambil pendekatan mencari, mengubah suai dan menggunakan bangunan lama berbanding membina sebuah bangunan baru dalam usaha mewujudkan muzium berkenaan. Katanya, perkara itu bagi mem...

RM80.00 seorang- Pakej Tawaran Motel Desa Kuala Terengganu

Image
PROMOTIONAL RATES TWO days stay in Kuala Terengganu only  RM80.00  per person. Return transfer from Kuala Terengganu Airport to Motel Desa Breakfast Afternoon Snack One night accommodation on twin sharing basis Stay Additional night at RM70.00 per person Surcharge on Malaysian eve / public holiday RM15.00 per person If you have any questions, or reservation, please contact us at: Motel Desa Sdn Bhd, Bukit Pak Apil 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Malaysia . Tel: + 609 622 3033  |  + 609 622 3488  |  Fax: +609 6203 751 Email:  mdesa@streamyx.com

Pengunjung blog