Gambar nostalgia dan kisah negeri Terengganu





Gambar lama tentang Terengganu adalah antara khazanah yang amat berharga kepada negeri. Ia bukan sahaja menceritakan tentang sejarah, malah peradaban, kehebatan senibina, keunikan budaya serta suasana sebenar pada masa tersebut.

Gambar di atas yang didapati hasil carian Google , dikatakan Istana Maziah yang lama dan dibelakangnya adalah Bukit Puteri. Indah sekali rekabentuk dan senibina bangunan. Andainya ia masih ada, tentunya pelancongan Terengganu akan menjadi sehebat Milan, Paris mahupun Venice yang meninggalkan kesan sejarah yang hebat.


Manakala gambar ini pula menunjukkan perarakan bunga emas sebagai pertukaran hadiah dengan Kerajaan Siam. Tidak dapat dipastikan bila tarikh gambar ini. Ia menceritakan detik detik penting sejarah Terengganu dan ada nilanya yang tersendiri. Bangunan yang ada juga menunjukkan telah ada bangunan yang baik dan tersusun pada masa tersebut.


Gambar ini pula menceritakan tentang Bandar Kuala Terengganu pada tahun 50 an. Dan bangunan di belakang itu masih wujud hingga kini iaitu Bangunan UMNO negeri Terengganu yang tirut menempatkan AMBANK, Pustaka Seri Intan, Hotel Kenangan serta Affin Bank.

Gambar menceritakan seribu kisah dan penuh dengan nostalgia. 



Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog