Posts

Showing posts from January, 2014

Sarapan Pagi Gulai Kepala Ikan, Kg Seberang Kastam, Kuala Besut

Image
Apa yang ingin dikongsi di sini adalah pengalaman bersarapan pagi Gulai Kepala Ikan di Kg Seberang Kastam, Kuala Besut bersebelahan Slipway LKIM . Memang enak sekali dan mendapat sambutan pengunjung yang beitu ramai sekali. Apa tidaknya, dengan nasi putih dan kepala ikan berharga RM8 hingga RM12.00. Saiz kepala ikan juga besar. Masakannya juga memang enak dan menyelerakan. Tak rugi mencuba keunikan makan pagi orang pantai timur ini. Memang berbaloi. Kedai ini bukan sahaja menyediakan menu Gulai Kepala Ikan, malah banyak lagi seperti ayam bakar, ikan bakar, nasi lemak, laksam, pulut sambal ikan dan macam-macam lagi. Terletak disebelah kiri jalan menghala ke Kuala Besut. Dan disebelahnya adalah bengkel Slipway LKIM. 

Cerita Sejarah: Tok Janggut- Pejuang Agama dan Bangsa

Image
Sejarah perjuangan Tok Janggut tidak dapat dipisahkan dengan sejarah pemerintahan Long Gaffar dan keturunannya di Kelantan. Baginda Long Gaffar iaitu putera Raja Reman, sebagai tokoh yang pernah merajai bumi Negeri Yang Di Kerat Lintang iaitu Kelantan. Beliau bukan sahaja seorang raja bahkan merupakan pengasas kepada negeri Kelantan yang ada pada hari ini. Pada masa pemerintahan baginda buat pertama kali selepas beberapa lama bumi Kelantan bersatu dan berdiri sebagai sebuah negeri yang bebas dari mana-mana pengaruh. Untuk makluman, sejarah perjuangan Tok Janggut bukan sahaja kisah perjuangan menentang penjajah Inggeris dan Siam, bahkan perjuangan beliau adalah perjuangan bagi mempertahankan pemerintah sebenar Kelantan pada masa itu iaitu Engku Besar Jeram, Tengku Besar Tuan Ahmad. Perjuangan Tok Janggut adalah bagi menentang kerajaan Kota Bharu yang di kuasai oleh tali barut penjajah Inggeris dan Siam yang cuba untuk menguasai bumi Kelantan dan seterusnya menghapuskan saki baki ketu...

Cerita Rakyat Terengganu: Lagenda Cik Peh Cik Neh

Image
gambar:  legasisuatuinspirasi.blogspot.com   Cerita darihal Cik Peh Cik Neh bukan sahaja telah diceritakan oleh penduduk setempat sahaja di mana ianya berlaku, iaitu di Kampung Nibung, Kuala Terengganu malahan cerita ini turut menjadi lagenda kepada penduduk dari tempat-tempat lain di sekitar Kuala Terengganu. Cik Peh digambarkan sebagai orang yang kebal dan tidak lut oleh senjata dan matinya adalah akibat difitnah. Cik Peh menurut ceritanya adalah seorang pendekar yang telah berkhidmat sebagai hulubalang Raja disuatu ketika dahulu. Akibat ada dikalangan orang Istana yang cemburukan nya, maka orang-orang tersebut telah memfitnah Cik Peh kepada Raja (tidak dapat dipastlikan zaman perintahan Sultan yang mana yang telah menghukum Cik Peh). Menurut ceritanya lagi, Haji Mat Salleh bersama-sama dengan empat puluh Budak Raja telah diperintahkan untuk menangkap serta menjalankan hukuman bunuh tersebut. Haji Mat Salleh sebenarnya merupakan seorang yang handal bersilat dan adik ...

Cerita Rakyat Terengganu: 'Keris Suluh Hati' - Antara Keris-Keris Terbilang Negeri Terengganu

Image
gambar:  trg3m-foto-sejarah-lama.blogspot.com Telah dikisahkan bahawa di negeri Terengganu terdapat tiga bilah keris yang terbilang dan sangat baik buatannya. Walaupun tidak dapat dipastikan siapakah pembuatnya namun nama-nama keris yang dimaksudkan tersebut adalah 'Keris Suluh Hati', 'Keris Teluk Ketapang' dan 'Keris Lidah Jin'. Salah satu keistimewaan ‘Keris Suluh Hati’ sebagaimana yang diceritakan ialah pihak yang menggunakan keris itu dapat (dengan Izin Allah s.w.t.) mengalahkan serta menumbangkan lawannya hanya dengan mengajukan hujung keris tersebut ke arah pihak lawan. Di ceritakan bahawa keris ini telah dijumpai di Kampung Ladang oleh seorang Dato' yang ingin menggali sebuah perigi. Apabila pekerjanya masuk sahaja untuk menggali perigi tersebut, tiada lagi kedengaran akan ia membuat kerja dan keadaan terus senyap sepi. Apabila ditarik orang tersebut keluar, didapati orang tersebut telah mati dan badan orang tersebut telah bertukar menjadi war...

Cerita Rakyat Terengganu: Lagenda Bilal Sulaiman

Image
gambar:  takusahrisau.wordpress.com Kg. Gelong Bilal yg terletak di Jalan Pasir Panjang mendapat namanya daripada Bilal Sulaiman yang pernah menjadi bilal di Masjid Kg. Bukit Bayas kerana di Kg. Gelong Bilal ketika itu tiada terdapat masjid. Bilal Sulaiman mempunyai seorang anak lelaki bernama Abdullah yang turut mengikut jejak Bilal Sulaiman menjadi bilal di masjid yang sama. Manakala Bilal Abdullah pula mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Halimah dan seorang lagi bernama Hitam (iaitu ibu kepada Tuan Haji Mohamed Bin Sulong) Pada suatu ketika, Bilal Sulaiman dikatakan telah pergi mengembara dengan membawa bersama-sama kitab-kitabnya di suatu tempat (tidak dapat dipastikan di mana tempat itu) di Negeri Perak untuk melanjutkan pelajaran beliau. Tiba-tiba beliau telah diserang oleh lanun dalam pejalanan beliau melalui laut, Perahu layar yang dinaiki oleh beliau telah tenggelam bersama-sama dengan penumpang-penumpang perahu layar yang lainnya. Kebanyakan orang-orang kampun...

Rekod Dunia DUBAI di Tahun Baru 2014

Image
Last night, Dubai broke the world record for the largest fireworks display ever! Over 500,000 fireworks were used in the six minute show which covered a distance of 61.6 miles (or over 94 km) and included the city's seafront as well as Dubai's most famous landmarks like the Palm Jumeirah, World Islands, the Burj Khalifa and Burj Al Arab. It took workers 10 months of planning to pull off the incredible feat with 100 computers synchronizing the pyrotechnics with a musical soundtrack. To make sure that the fireworks' timing were accurate down to the millisecond, leading up to the event, more than 200 expert technicians worked an astounding 5,000 hours. Of course, everyone knows that Dubai does things in grand style. Organizers "just" had to beat the standing 2012 world record, the display to mark Kuwait's golden jubilee anniversary where 77,282 fireworks were launched. Dubai broke that record within their first minute. Out of the reported 1.7 million peo...

Taman Laut Terengganu... warisan berharga

Image
Gugusan Pulau (P) Redang terdiri daripada 9 pulau iaitu P. Redang, P. Pinang, P. Ling,  P. Ekor Tebu,  P. Kerengga Besar, P. Kerengga Kecil, P. Paku Besar, P. Paku Kecil,  dan P. Lima. Perairan di sekeliling  pulau-pulau ini sejauh 2 batu nautika dari  tikas air surut terendah dikenali sebagai Taman Laut Pulau  Redang Malaysia.  Selepas penubuhan taman-taman laut, perairan yang sama dikenali sebagai Kawasan  Larangan Perikanan.        Ramai orang yang menjalani kehidupan dan melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi di perairan Taman Laut dengan berkongsi menggunakan perairan yang dilindungi ini berserta dengan  sumber-sumber kehidupan semulajadinya. Tujuan utama Taman-taman Laut diwujudkan  ialah untuk menguruskan penggunaan taman di samping meneruskan penglibatan untuk  memulihara sumber-sumber laut. Iklim gugusan pulau ini didominasi oleh monsun timur laut, yang bertiu...

Sutra Beach Resort, Setiu, Terengganu...

Image
Sutra Beach Resort        Terengganu  , Kampung Ru Tapai, Terengganu, Malaysia   . Sutra Beach Resort is situated amidst the rustic fishing village of Merang, Terengganu. Miles and miles of white sandy beaches and clear sparkling water fronting the islands of Redang, Perhentian, Kapas & Bidong, beckons you to come and stay.   MYR 181.03   perRoom / perNight Standard Room    Best Available Rate inclusive 02 Buffet Breakfast Standard Room Amenities includes :Air Conditioner, Hot & Cold showers, STD/IDD telephone, complimentary tea/coffee facilities, in house movie channel, ASTRO, mini bar, shaving socket and deluxe toiletries.  Area (sq meter) :  22 sq.meters       Breakfast Pax :  2   RATES INCLUDE : 1 Night accommodation in Superior Room Complimentary breakfast for 02 persons FREE usage of Hotel facilities FREE for Child (below 6 years) occupying exis...

Pengunjung blog