Taman Laut Terengganu... warisan berharga



Gugusan Pulau (P) Redang terdiri daripada 9 pulau iaitu P. Redang, P. Pinang, P. Ling, 
P. Ekor Tebu, P. Kerengga Besar, P. Kerengga Kecil, P. Paku Besar, P. Paku Kecil, 
dan P. Lima. Perairan di sekeliling pulau-pulau ini sejauh 2 batu nautika dari 
tikas air surut terendah dikenali sebagai Taman Laut Pulau Redang Malaysia. 
Selepas penubuhan taman-taman laut, perairan yang sama dikenali sebagai Kawasan
 Larangan Perikanan.

      
Ramai orang yang menjalani kehidupan dan melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi di perairan
Taman Laut dengan berkongsi menggunakan perairan yang dilindungi ini berserta dengan 

sumber-sumber kehidupan semulajadinya. Tujuan utama Taman-taman Laut diwujudkan 
ialah untuk menguruskan penggunaan taman di samping meneruskan penglibatan untuk 
memulihara sumber-sumber laut.
Iklim gugusan pulau ini didominasi oleh monsun timur laut, yang bertiup dari bulan November
hingga Mac, menyebabkan musim yang lebih lembap dalam bulan-bulan tersebut berbanding 

bulan lain di sepanjang setahun. Pada waktu ini, hujan lebat dan lautan di sekeliling 
bergelora, sehinggakan gugusan pulau ini sukar diakses dengan bot. Walaubagaimanapun 
hujan kerap turun di sepanjang tahun dengan cuaca panas yang pendek. Sistem saliran 
dibekalkan oleh sungai utama iaitu Sungai Redang dan beberapa anak sungai.

 
Lebih kurang 200 keluarga menetap di perkampungan nelayan di dalam rumah yang dibina
 di atas tiang-tiang kayu di pulau utama Pulau Redang di muara Sungai Redang.
Pertanian dijalankan terutamanya di tanah rata di lembah Sungai Redang dengan pokok 
buah-buahan ditanam di lereng-lereng bukit. Tinggalan ladang kelapa dan lada masih 
wujud di Pulau Redang. Penghuni pulau sebahagian besarnya adalah nelayan.  
Walaubagaimanapun, sesetengahnya mencari pendapatan sampingan dengan memungut
 sarang-sarang burung yang boleh dimakan dari koloni layang-layang di gua-gua di
 sepanjang pantai timur laut.
Taman Laut Pulau Redang yang diuruskan oleh Jabatan Taman Laut, Malaysia memberikan
perlindungan dan pengurusan khusus untuk kawasan-kawasan marin yang penting untuk negara.
Matlamat utama adalah untuk melindungi, memulihara dan menguruskan persekitaran marin 

yang penting secara berterusan dan menggalakkan orang awam memahami, 
menghargai dan menikmati warisan marin semulajadi Malaysia bagi generasi Malaysia 
masa kini dan yang akan datang. 
Hutan-hutan bakau adalah sebahagian dari tarikan utama di Pulau Redang. Kedua-dua tanah 
dan perairan diuruskan sebagai satu ekosistem bersepadu dengan kerjasama antara Kerajaan 
Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu. Pembangunan di atas tanah persendirian
 diuruskan oleh perancangan dan garis panduan persekitaran yang ditubuhkan oleh kerajaan 
negeri untuk mengurangkan kesan persekitaran yang buruk kepada ekosistem pulau.

Atas

 Kemudahan dan Perkhidmatan
Kemudahan bilik mandi dan tandas, meja untuk berkelah dan tempat barbeku disediakan di 
beberapa kawasan tertentu. Jeti di pusat pelancong disediakan untuk membawa pelancong 
memasuki pulau. Pihak pengurusan taman telah menyediakan boya penambat di atas batu
 karang untuk bot snorkel dan selam. Pelawat boleh membeli barangan seperti makanan 
dan minuman di kedai di kawasan kampung. Untuk menyewa peralatan menyelam dan 
mengisi tangki selam, pelawat boleh membuat pertanyaan di kedai selam yang berkenaan.

:: Perkara Yang Boleh Dilakukan dan Tidak Boleh Dilakukan
Taman ini menyediakan pelbagai peluang rekreasi luar bersesuaian seperti snorkel, menyelam,
berkelah, berkhemah, memancing, menaiki bot, berenang, jungle tracking dan memanjat
 bukit, memerhati burung, meninjau hidupan liar dan fotografi di darat dan dasar laut. 
Snorkel dan menyelam merupakan cara terbaik untuk memerhati dan menikmati terumbu 
batu karang di P. Redang. Perairan di dalam taman menyediakan salah satu tempat menyelam
yang paling menyeronokkan dan menakjubkan di Semenanjung Malaysia.  Jarak penglihatan 

adalah sangat baik hampir sepanjang tahun. 
P. Redang mempunyai beberapa tempat perkhemahan yang baik dengan pantai yang luas dan
sesuai untuk perkelahan. Air yang cetek membolehkan aktiviti berenang dilakukan dengan 

selamat.Kesemuanya boleh didapati di teluk yang luas di Teluk Dalam ke utara dari pulau, Pasir Teluk Kalong dan Pasir Panjang; pantai yang lebih kecil dan terpencil berada di sebelah barat dan utara pantai, diPasir Mak Simpan, Pasir Mak Kepit dan Pasir Chagar Hutang.
Penumpang bot boleh menikmati lawatan ke pulau-pulau yang memakan masa 12 jam, melihat
pembentukan batuan dan hutan hujan yang meliputi sebahagian besar pulau ini.  
Pulau ini menyediakan kawasan semulajadi yang baik untuk mengembara dengan berjalan kaki. 
Ia boleh digabungkan dengan memerhati burung, melihat penyu dan meninjau haiwan dan tumbuhan.
 Fosil tumbuhan yang masih baik dari zaman Upper Paleozoicboleh dilihat di bahagian barat daya
 P. Redang di antara Pasir Macam Ayam dan Pasir Kechil. 

Atas
:: Bagaimana Ke Sana?
Mulakan kunjungan anda dari negeri pantai timur Terengganu di Semenanjung Malaysia. 
Terdapat perkhidmatan bot dari pelabuhan nelayan di Chendering, P. Kambing, Jeti 
Merang ke pulau-pulau. Anda boleh menaiki kapal terbang Berjaya Airlines terus ke Pulau Redang atau memandu dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, ke bandar Kuala Terengganu. Perkhidmatan bas-bas dan teksi juga boleh didapati dari Kuala Lumpur. 
Masa perjalanan dari tanah besar ke pulau-pulau adalah lebih kurang 3 jam dari P. Kambing
atau Chendering dan 2 jam dari Jeti Merang.
Ketika berada di kawasan Taman Laut, silalah berkunjung ke Pusat Pelawat di P. Pinang
dan kami akan membantu dalam memberikan anda haluan serta segala maklumat yang diperlukan
supaya anda dapat merancang lawatan anda dan menjadikannya sebagai satu lawatan yang sangat
 menyeronokkan. Penerangan mengenai gugusan pulau serta perairan di sekitarnya telah
disediakan di pusat dalam bentuk pameran, peta, risalah, tayangan slaid/video dan ceramah
untuk menambah keseronokan dan penghayatan anda terhadap biodiversiti marin dan pulau.
Penerangan denai-denai dan kawasan-kawasan yang sentiasa menjadi perhatian akan ditekankan di pusat ini.

sumber: http://www.dmpm.nre.gov.my
Atas


Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog