Cerita Rakyat Terengganu: 'Keris Suluh Hati' - Antara Keris-Keris Terbilang Negeri Terengganu

gambar: trg3m-foto-sejarah-lama.blogspot.com


Telah dikisahkan bahawa di negeri Terengganu terdapat tiga bilah keris yang terbilang dan sangat baik buatannya. Walaupun tidak dapat dipastikan siapakah pembuatnya namun nama-nama keris yang dimaksudkan tersebut adalah 'Keris Suluh Hati', 'Keris Teluk Ketapang' dan 'Keris Lidah Jin'. Salah satu keistimewaan ‘Keris Suluh Hati’ sebagaimana yang diceritakan ialah pihak yang menggunakan keris itu dapat (dengan Izin Allah s.w.t.) mengalahkan serta menumbangkan lawannya hanya dengan mengajukan hujung keris tersebut ke arah pihak lawan.

Di ceritakan bahawa keris ini telah dijumpai di Kampung Ladang oleh seorang Dato' yang ingin menggali sebuah perigi. Apabila pekerjanya masuk sahaja untuk menggali perigi tersebut, tiada lagi kedengaran akan ia membuat kerja dan keadaan terus senyap sepi. Apabila ditarik orang tersebut keluar, didapati orang tersebut telah mati dan badan orang tersebut telah bertukar menjadi warna kebiru-biruan. Setelah di hantar seorang lagi untuk masuk mengantikan orang sebelumnya, keadaan yang sama telah berlaku sebagaimana sebelumnya dan perkara yang sama turut berlaku kepada orang yang ketiga dan ini telah menyebabkan Dato' tersebut ingin masuk kedalam perigi itu sendiri untuk menyiasat hal sebenar yang berlaku.

Namun sebelum sempat Dato' tersebut masuk ke dalamnya, beliau telah dicegah oleh hulubalangnya yang memperingatkan kepada beliau bahawa hulubalang beliau masih ada untuk mengerjakan perkara itu. Setelah dibenarkan oleh Dato’ tadi maka hulubalang beliau masuk ke dalam perigi tadi. Tidak lama kemudian, hulubalang tersebut telah naik ke atas dengan membawa sebilah keris dan memberitahu tuannya bahawa keris tersebutlah yang telah menyebabkan beberapa pekerja tadi mati semasa hendak menggali perigi. Keris tersebut seterusnya telah dipersembahkan oleh Dato’ tadi kepada Almarhum Baginda Umar.

Di kisahkan juga pada suatu ketika yang lain tidak lama setelah Itu, telah datang Raja Muda Riau ke Terengganu yang dalam penyamarannya sebagai rakyat biasa. Pada suatu hari, Baginda telah berjalan-jalan di Kampung Losong dan telah berbalah dengan seorang Megat dari Losong tersebut dan hendak bertikaman. Raja Muda Riau telah meminta untuk ditangguhkan perlawanan antara mereka pada suatu masa yang lain (pada masa dahulu, perkara meminta untuk ditangguhkan perlawanan adalah suatu perkara biasa).

Raja Muda Riau seterusnya telah menghadap ke bawah Duli Almarhum Baginda Umar untuk meminjam ‘Keris Suluh Hati’. Diceritakan bahawa Almarhum Baginda Umar terkejut bagaimana Raja Muda Riau itu mengetahui bahawa keris tersebut berada dalam simpanan Baginda. ‘Keris Suluh Hati’ itu telah di perkenankan oleh Almarhum Baginda untuk dipinjamkan kepada Raja Muda Riau.

Dengan Izin Allah s.w.t. berbekalkan dengan ‘Keris Suluh Hati’ yang telah dipinjamkan kepadanya itu, Raja Muda Riau tadi telah dapat menggalahkan Megat Losong pada hari perlawanan yang telah dipersetujui oleh mereka berdua. ‘Keris Suluh Hati’ itu tadi seterusnya telah dihadiahkan oleh Almarhum Baginda Umar kepada seorang Raja dari negeri yang lain di Tanah Melayu (ketika itu) dan masih dalam simpanan Istana Negeri yang mana keris itu dihadiahkan kepada Rajanya tadi.



SUMBER DARIPADA Y.M. TG BAKAR (DALAM KOTA)

terima kasih: http://trg3m-cerita-rakyat-trg.blogspot.com/

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog