Cerita Sejarah: Tok Janggut- Pejuang Agama dan Bangsa



Sejarah perjuangan Tok Janggut tidak dapat dipisahkan dengan sejarah pemerintahan Long Gaffar dan keturunannya di Kelantan. Baginda Long Gaffar iaitu putera Raja Reman, sebagai tokoh yang pernah merajai bumi Negeri Yang Di Kerat Lintang iaitu Kelantan. Beliau bukan sahaja seorang raja bahkan merupakan pengasas kepada negeri Kelantan yang ada pada hari ini. Pada masa pemerintahan baginda buat pertama kali selepas beberapa lama bumi Kelantan bersatu dan berdiri sebagai sebuah negeri yang bebas dari mana-mana pengaruh.

Untuk makluman, sejarah perjuangan Tok Janggut bukan sahaja kisah perjuangan menentang penjajah Inggeris dan Siam, bahkan perjuangan beliau adalah perjuangan bagi mempertahankan pemerintah sebenar Kelantan pada masa itu iaitu Engku Besar Jeram, Tengku Besar Tuan Ahmad. Perjuangan Tok Janggut adalah bagi menentang kerajaan Kota Bharu yang di kuasai oleh tali barut penjajah Inggeris dan Siam yang cuba untuk menguasai bumi Kelantan dan seterusnya menghapuskan saki baki keturunan Long Gaffar dari persada politik Kelantan.

Justeru bagi meneruskan cita-cita jahat itu pemerintah Kota Bharu dibantu oleh Siam dan Inggeris telah bertindak nekad pada tahun 1915 dengan menyerang kubu terakhir zuriat pemerintah sebenar Kelantan di Kota Jeram, Pasir Puteh. Selama tujuh hari tujuh malam kota Jeram di gempur dan dibakar sehingga menjadi abu. Ramai yang telah terkorban syahid, manakala Engku Besar Jeram pula berjaya menyelamatkan diri dan lari ke Reman. Banginda kemudiannya mangkat dan dikebumikan di sana.

Berkenaan dengan Tok Janggut, beliau sebenarnya tidak berjaya dibunuh dalam pertempuran tersebut. Beliau sebenarnya sempat menyelamatkan diri dan dikatakan berjaya melarikan diri dan berlindung di Negeri Sembilan. Dikatakan sebenarnya terdapat 2 orang yang bernama Hassan iaitu Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar. Beliau merupakan panglima raja yang mengetuai penentangan. Beliau berasal dari Kg Saring, Pasir Puteh. Hassan yang kedua iaitu yang didakwa Tok Janggut yang terbunuh sepertimana gambar di atas ialah Penghulu Hassan yang berasal dari Gong Kedak, Pasir Puteh yang bersama-sama berjuang dengan Tok Janggut.

Apabila didapati Penghulu Hassan terbunuh, lantas atas arahan Engku Besar Jeram, maka sebagai satu muslihat diisytiharkan bahawa Tok Janggut telah terbunuh bertujuan bagi menyelamatkan Hj Mat Hassan Munas iaitu Tok Janggut yang sebenar. Secara kebetulan kedua-duanya mempunyai sifat fizikal yang hampir sama. Keadaan ini merupakan satu kelebihan bagi mengaburi pihak Inggeris dan kuncu-kuncunya.


Berita kematian Tok Janggut (Penghulu Hassan) kemudiannya tersebar dan disambut dengan gembira oleh askar-askar Inggeris. Kematiannya bermakna berakhirnya penentangan terhadap Inggeris dan secara tidak langsung menandakan berakhirnya pemerintahan keturunan Long Gaffar di Kelantan.


Mungkin ada pihak yang tidak mempercayai apa yang diceritakan tetapi sejarah juga ada membuktikan bahawa Mat Kilau yang dikatakan dibunuh oleh Inggeris sebenarnya tidak mati. Mat Kilau muncul semula di Pahang sekitar akhir tahun 1960-an dan hanya mati tidak beberapa lama selepas itu. Begitu juga dengan Datuk Bahaman, beliau sebenarnya tidak mati sebagaimana yang ditulis dalam buku sejarah. Beliau muncul semula di Pahang sekitar tahun 1970-an dengan gelaran Tuan Guru Peramu. Walau bagaimanapun, berbeza dengan Mat Kilau yang kemunculannya diktiktiraf oleh kerajaan, kemunculan semula Datuk Bahaman tidak mendapat pengiktirafan kerajaan disebabkan oleh beberapa masalah.


sumber: http://www.syok.org

admin: AL Fatihah untuk Tok Janggut dengan jasa dan pengorbanan dalam mempertahankan agama dan tanahair yang mengorbankan dirinya.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog