iklan nuffnang

Friday, 3 January 2014

Cerita Rakyat Terengganu: Lagenda Bilal Sulaiman

gambar: takusahrisau.wordpress.com

Kg. Gelong Bilal yg terletak di Jalan Pasir Panjang mendapat namanya daripada Bilal Sulaiman yang pernah menjadi bilal di Masjid Kg. Bukit Bayas kerana di Kg. Gelong Bilal ketika itu tiada terdapat masjid. Bilal Sulaiman mempunyai seorang anak lelaki bernama Abdullah yang turut mengikut jejak Bilal Sulaiman menjadi bilal di masjid yang sama. Manakala Bilal Abdullah pula mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Halimah dan seorang lagi bernama Hitam (iaitu ibu kepada Tuan Haji Mohamed Bin Sulong)

Pada suatu ketika, Bilal Sulaiman dikatakan telah pergi mengembara dengan membawa bersama-sama kitab-kitabnya di suatu tempat (tidak dapat dipastikan di mana tempat itu) di Negeri Perak untuk melanjutkan pelajaran beliau. Tiba-tiba beliau telah diserang oleh lanun dalam pejalanan beliau melalui laut, Perahu layar yang dinaiki oleh beliau telah tenggelam bersama-sama dengan penumpang-penumpang perahu layar yang lainnya. Kebanyakan orang-orang kampung ketika itu mempercayai Bilal Sulaiman telah mati akibat kejadian tersebut sehingga 4 bulan yang berikutnya barulah mereka mendapat perkhabaran bahawa Bilal Sulaiman masih lagi hidup dan sedang berada di Negeri Perak.

Mengikut ceritanya, dengan kehendak Allah s.w.t. Bilal Sulaiman telah tenggelam dalam masa lebih kurang 40 hari di dalam lautan yang mana beliau kekal hidup tetapi badan beliau telah dipenuhi dan diseliputi dengan bahan-bahan laut. Bilal Sulaiman telah menceritakan keadaan bagaimana beliau merasakan bahawa air laut yang menggelilinginya tidak sampai ketubuh beliau sehinggakan dapat bemafas sebagaimana lazimnya dan juga tidak berasa lapar selama tempoh tersebut Lama-kelamaan beliau telah dihanyutkan oleh air laut dan sampai kesuatu pantai dimana beliau telah dibantu oleh orang-orang di tempat itu.

Menurut Tuan Haji Mohamed lagi bahawa ketika itu Bilal Sulaiman ada membawa bersama-sama dengan beliau sebilah badik yang terselit di pinggang beliau. Namun pakaian yang telah dipakai oleh Bilal Sulaiman selama 40 hari itu telah koyak rabak. Badik tersebut kini masih tersimpan baik dalam simpanan beliau sebagai pewaris iaitu cicit kepada Bilal Sulaiman. Selepas kejadian tersebut, Bilal Sulaiman telah pulang ke Negeri Terengganu dimana beliau telah meninggal dunia semasa berumur lebih kurang 120 tahun. Semasa umur lanjutnya, Bilal Sulaiman dikatakan mempunyai kesihatan tubuh badan yang sihat anugerah IlLahi dimana deria pendengaran dan penglihatan beliau baik sebagaimana orang lainnya.

sumber: http://www.trg3m.com

No comments:

nuffanng advert

lazada advt

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

My Blog List

kongsi blog